follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Thursday, March 22, 2012

Borong Amplang di Pasar Tanjung, Tawau

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Siapa sini orang Tawau?! Sila angkat tangan! Saya sendiri sebenarnya lahir kt Tawau. Cuma membesar di Papar sampailah sekarang memang dah jadi pemastautin Papar.

Okeh, seperti entri yang pernah saya terbitkan sebelum ni bertajuk Makanan Yang Wajib Dibawa Balik Selepas Melawat Sabah, salah satu daripada makanan tersebut adalah amplang. Ya amplang! Dan tentunya bagi penggemar amplang, amplang Tawau menjadi pilihan sebab lebih sedap jika dibandingkan dengan amplang dari Kota Kinabalu. Jika ke Tawau, jangan lupa singgah di Pasar Tanjung yang terletak di pusat bandar Tawau yang menjadi lokasi untuk mendapatkan bekalan amplang ni untuk dibawa balik sebagai buah tangan. (Huhuhu, promot Pasar Tanjung lak! Saya takde share langsung dengan pengurusan Pasar Tanjung okeh! :P).

Hanya mampu tangkap gambar camni... Malas nak seberang jalan untuk dapatkan full picture of this building!

Pemandangan apabila melangkah masuk Pasar Tanjung.

Perghhhh!!! memang rambang mata tengok kiri kanan amplang pelbagai jenis berlambak! Rasa macam nak borong semuanya bawak balik KK. Yela sekali sekala dapat pegi Tawau, perlulah dimanfaatkan kesempatan tersebut!

Gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan IKS tempatan.

Kat pasar ni, bukan setakat jual amplang saja okeh! Macam-macam produk IKS tempatan, mostly produk makanan laut memandangkan Tawau merupakan bandar di tepi pantai. Jadi hasil laut, banyaklah jual kat pasar ni. Betul tak orang Tawau?!

Udang Tawau, 1kg  RM45... Harga yang terpapar adalah pada September 2011.

Pada pendapat saya, harga amplang kt Tawau ni murah sikit dari kat Kota Kinabalu. Rasa pun lagi sedap dari amplang KK. Tapi tak tau la pendapat orang lain. Masing-masing punya tekak!

Tapi menurut saudara saya kat Tawau yang bawak kami ke Pasar Tanjung ari tu, kalau beli kat kilang pemprosesan amplang ni, boleh dapat lagi murah! Tapi masa tu tak dan nak pegi kilang tu sebab kelam kabut nak kejar flight balik KK malam tu jugak! Anyway, orang Tawau, sapa tau berapa harga amplang tu kalau beli terus kat kilang pemprosesan amplang tu eh?! Mana tau ada rezeki lain kali leh datang Tawau bawak keta lak! Bolehlah borong gila-gila masa tu! Waweeeee!!!!

Antara yang sempat diborong...

Ikutkan hati, nak borong banyak lagi. Tapi sebab naik flight, adeh satu hal lak. Sat lagi bagasi over limit lak!

Okeh, ni saja bingkisan dari Tawau, Sabah.


22 comments:

Shafiq said...

Orang Sabah rupanya ya..:-)

LUNA LANUN said...

Shafiq - made in Sabah! Originally Sabah mari! Kih3!

Unknown said...

belum berkesempatan ke Sabah..

ZuraHana said...

wah, bestnye amplang. nak sikit.. lama kot xmkn. 1st n last mkn tahun 2004 kot. 2pon org bg. huhu.. 1st mkn tros jatuh cinta. brape rm ye skang ni.

ZuraHana said...

wah, bestnye amplang. lama kot xmkn. 1st n last mkn thn 2004. huhu. 2pon org bg. 1st time mkn trus jatuh cinta.. brape rm ye skrg.

KuNanGKuNanG said...

amplang ni rase dia camne ye?

LUNA LANUN said...

ZuraHana - last year masa borong tu RM5 untuk bungkusan 200g dan RM10 bagi bungkusan 450g (mengikut harga amplang Tawau la)...

KuNanGKuNanG - rasa cm keropok... :P

siti suraya said...

wahh banyaknya borong . hehehe . boleh jual balik tu :)

siti suraya said...

wahh banyaknya borong . hehehe . boleh jual balik tu :)

Gadis Kampung said...

tak penah sampai sabah la huhuuhu..sedap tak makanan tue..teringin nk makan...

shahrazali said...

bawak mak pergi sini mesti dia suka nih..hehe...x pernah lg jejak kaki di sabah dan sarawak....

Faieza Maddaru said...

org sabah juga ek...hihihi

faeza eighteverlens said...

amplang??..yg bulat2 tu kah??

penyuluh perikanan said...

ditunggu folow balik kawan..oke.trims

penyuluh said...

blog sudah saya folow, ditunggu folow balik dan komentar kawan, terima kasih

Unknown said...

Salam kenal..akak baru sekali ke Tawau, dah terpikat dgn ikan bilisnya. Tapi nak ke sana tu...huhu...kematu bontot ni.

vietnam family vacation said...

best tourism ha

Unknown said...

Benda paling best dalam blog ni bila 1st time aku datang, header blog. Hahah. Nice!

ellynadyra said...

Sedapnya amplang

Cahaya Ramadhan said...

sape tau almt kilang amplang d tawau?ada nmber ble d hubungi? Email ka?website ka? Sy nak buat kajian utk presntation sy. Tq

Anonymous said...

Assalamualaikum.... nama saya muammar. sy adlh pengeluar dan pembekal amplang terbesar d tawau. jika tuan inginkan amplang, sy boleh hantar ke tempat tuan. 500 gram = RM19 1 kg = RM35 ni harga utk semenanjung tau. Harga ni termasuk postage dan terus smpi kerumah tuan. hubungi saya di 0135584513 @ whatsaap ke 01119277051.

Unknown said...

Lokasi tuan d sabh d mna ya?