follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Wednesday, April 15, 2009

Hadiah Biasiswa NSF-MOSTI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Allah... Sungguh tidak saya sangka okeh akan dapat biasiswa ni.. Tau kenapa?! Panjang al-kisahnya dan sy akan pendekkan... Selepas interview bulan September yg lepas, kata mereka keputusan akan diperolehi dalam bulan Disember... Kalau dapat, mereka akan call. Kalau tiada call dari pihak mereka, anggap sajalah permohonan anda tidak berjaya.. Aisyemennn... Kemudian, tunggu punya tunggu punya tunggu... Habis bulan Disember, masuk bulan Januari. Owhhh.. Saya sudah putus harapan. Saya harus terima bahawa saya tidak dapat biasiswa itu...

Kemudian dalam bulan March, saya dapat emel dari MOSTI menanyakan sama ada saya masih berminat untuk menerima biasiswa itu atau tidak... Aik?! So, i give a call to the contact person yg diattachkan dalam emel itu... MasyaAllah, rupanya saya dapat biasiswa itu. Dokumen perjanjian sudah diedarkan kepada saya, cuma mereka tersalah alamat, kerna itu dokumen itu dikembalikan kepada MOSTI semula! Besarnya nikmatMu Ya Allah...

Begitulah al-ceritanya.... So selepas ini, kamu harus belajar rajin2 okeh Luna! Kamu sudah punya penaja. So, tiada alasan untuk kamu tiada semangat meneruskan perjuangan ini! Aja2 fighting!


4 comments:

Anonymous said...

klu rezekimu byk, rezekiku pon ada la tuh!!! ahahahha

LUNA LANUN said...

Byk la.. Klu mau, usaha sndrik! Jgn arap rezki org! Miahahahhaha!

Unknown said...

Salam. Maaf ingin bertanya pemilik blog..Bagaimana untuk saya apply biasiswa ini yea?

LUNA LANUN said...

wan hse - waalaikumussalam... rasanya biasiswa ni dah dimansuhkan... tukar kepada Biasiswa MyBrain15 yg ditawarkan utk peringkat Master dan PhD. Untuk maklumat lanjut tentang MyBrain15, boleh lawati LAMAN RASMI MYBRAIN15