Tuesday, May 24, 2011

Unsur "JANGAN DIBUAT" Pada Blog Untuk Menjadi "BLOG MESRA PENGUNJUNG"

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum... Adakah blog kamu boleh dikategorikan sebagai "BLOG MESRA PENGUNJUNG"? Apa itu "BLOG MESRA PENGUNJUNG"? Yang paling ringkas untuk mentakrifkannya adalah, blog yang tidak menyusahkan pengunjung dan pengunjung merasa selesa membuat kunjungan ke blog tersebut. Saya pasti tujuan kamu mewujudkan blog dan menulis segala entri dalam blog adalah untuk dibaca oleh orang lain selain untuk menjana pendapatan sampingan. Namun jika tujuan kamu adalah sebaliknya, better tak usah berblog. Pentingkah blog yang mesra pengunjung?! YA!!! Memang PENTING! Untuk menarik trafik ke blog kamu, blog mesra pengunjung memang penting.

Baiklah, perkara-perkara di bawah adalah antara perkara yang sepatutnya "JANGAN DIBUAT" pada blog kamu untuk mengelakkan pengunjung atau bakal pengunjung blog kamu berasa fed up untuk membuat kunjungan semula, atau mungkin yang lebih teruk adalah, belum sempat page blog kamu habis loading, pengunjung sudah memangkah page kamu kerana menyusahkan mereka saja.

Berikut saya senaraikan antara perkara yang membuatkan saya fed up untuk berkunjung ke blog yang mempunyai unsur-unsur seperti di bawah. Menurut pengalaman saya semasa melakukan blog walking. Ambil la tindakan yang selanjutnya sekirannya kamu rasa apa yang saya utarakan di sini ada kebenarannya.


1. Blog for invited readers only!

Adeh, tingglkan komen pada shoutbox saya untuk follow dia semula, namun bila saya klik link blog beliau, ini pulak yang terpapar pada skrin! Hurmmm... Tiada pilihan lain melainkan pangkah terus tab tu!


2. Tiada paparan pautan blog pada profile.

Bila seseorang sudah menjadi follower saya, menjadi kebiasaan saya untuk membuat lawatan balas ke blog mereka demi menghargai mereka, namun apabila saya klik saja untuk melihat profilenya, tiada paparan pautan ke blog beliau. So, tak dapatlah saya nak membuat lawatan balas tersebut!

Cara untuk membuatkan link blog anda visible pada profile:
Dashboard > Edit Profile > Show my blogs > Select blogs to display > tick pada blog anda > Save settings


3. Content warning.
 
Ni pulak mesti kes tak faham dengan apa yang dimaksudkan dengan "Adult Content" semasa edit setting blog. Adik... Option "Adult Content" pada Setting blog adalah bermaksud, kandungan blog mempunyai unsur-unsur yang hanya boleh dilihat oleh orang dewasa, contoh paling mudah, unsur-unsur 18sx yang keterlaluan.

Cara untuk disable option ini:
Dashboard > Settings > Basic > Adult Content? > No 


4. Pop Out Window

Grrrr.. Yang ini memang bikin panas saja! Kadang kala ada blog tu, setiap klik pada blog dia, mesti keluar 'menatang' ni. Kau ingat aku rajin sangat ka mau klik beribu kali hanya untuk baca entri kau?! Urghhhh... Biasanya, saya pangkah terus blog ni. Fed up la nak baca entri dia kalau macam ni. Tak usah la nak bubuh widget mengarut ni!


5. Autoplay song.

Engkau saja yang suka lagu tu, pengunjung tak semestinya suka! Lagi bikin panas hati adalah. Bayangkan kalau seseorang tu sedang blogwalking, tentunya akan buka beberapa blog sekaligus. Jika semua blog yang dibuka tersebut mengandungi autoplay song, tak ke pecah gegendang telinga, pusing kepala otak terutamanya apabila kebetulan memakai earphone.

Dik, winamp adik kan dah install kat laptop tu. Adik bukak lagu kat situ, dengar sendiri-sendiri sudahlah. Janganlah nak menyusahkan orang lain pulak! Ini semua adalah mengarut untuk blog.


6. Bahasa 'ewwwwww' a.k.a bahasa rempit.

"HEy kOrunx? apew kabOw? hrp sumew sehad saja meyh . lamew gileww ta update blOg nie an? rsew2 da na dkt 1 mOnth ta update. mish gilew kt blOg nieyh. bz lha skunk nieyh. dats y lha ta update. eyh2 sbnr nyew adew bnyak stOry nie nk share nan kOrunx. na tawu err? kem. Of cOzz lha besh. t'sanad lha besh."
Planet mana punya bahasa ni, saya pun tak tahu la! Ni kebanyakan budak-budak punya blog la ni! Sebelum ni saya dah pernah menulis artikel mengenai pandangan saya tentang bahasa 'ewwwwww' bahasa makhluk asing ni.


7. Word verification


Yang ini lagi satu hal. Maaf, saya tidak berkerusi roda seperti gambar kecil di atas ni. Tolonglah disable 'Word verification' tu. Tau tak, bila orang dah taip verification word kemudian tekan 'Post Comment', page awak tu akan reloading semula tau tak?! Kalau loading page awak tu sekejap, boleh tahan lagi la. Biasanya, saya batalkan saja niat saya untuk post komen. Pangkah juga buat blog yang begini.

Cara untuk disable 'Word verification':
Dashboard > Settings > Comments > Show word verification for comments? > No

Cara untuk menapis komen sebelum dipaparkan kepada umum:
Dashboard > Settings > Comments > Comment moderation > Always


Nasihat saya, jangan susahkan pembaca/pengunjung yang pada mulanya berniat baik untuk melakukan kunjungan ke blog kamu seterusnya memberikan trafik kepada blog kamu. Pastikan blog kamu sentiasa menjadi "BLOG MESRA PENGUNJUNG".

Senarai di atas akan saya update dari semasa ke semasa untuk rujukan para blogger terutama sekali blogger-blogger baru.

30 comments:

  1. setuju dengan semua di atas. lagi2x ada lagu auto-play. ni saya memang bangkang habis-habisan. huhu. ;)


    My latest entry : Pokemon Versi Minimalis

    ReplyDelete
  2. yang part lagu tu boleh dimaafkan lagi kalau letak button stop pause segala. yang tak boleh blah bahasa eww eww. rasa nak pitam bila baca ditambah dengan huruf berselang seli kecik beso kecik beso kengkonon kreatif. HAHA

    ReplyDelete
  3. nice info....thanks for sharing!!

    ReplyDelete
  4. nice..
    yup mostly blog ramai buat word verification..kadang2 melecehkan

    ReplyDelete
  5. setuju..adult content memang menyesakkan...padahal entri biasa ja..takdala private sangat..hahah

    ReplyDelete
  6. gud info...jadi, blog saya adalah blog mesra pengunjung...hehehe^^

    ReplyDelete
  7. thanks for sharing good info

    ReplyDelete
  8. setuju sgt5 heheh..lagi2 yg pop up tue hehehe..paling x tahan tue hehehe

    ReplyDelete
  9. betui tuuuuuuu setujuuu sangat dengan cik luna pirate kehkeh

    ReplyDelete
  10. Betul, stuju sgt². Lagi tensi klo iklan tu di letak kat tgh² entry, memang tak boleh baca di buatnya.

    Masalah Gigi Berbunyi/Berlaga @ Bruxism dan Petua Mengatasi nya

    JUSCO Taman Equine J Card Member's Fiesta

    ReplyDelete
  11. hmmmmmm banyak betul kak zu ketinggalan ni. iye kadang2 bila bw pun byk gak terdapat unsur2 seperti di atas. tapi layan jugak hehehehhehe

    ReplyDelete
  12. info yang terbaik , anyway blog adik macam tu tak ? if ya . please tell me , *budak baru belajar tak berapa tahu lagi selokbelok cara mnjadi blogger yang mesra

    ReplyDelete
  13. thank you soooooooo000 much !!! coz sudi post kat sheera=)

    ReplyDelete
  14. info yang menarik dan berguna terutamanya newbie(mcm saya).Nak kena check balik blog sdri kalau2 ada unsur2 diatas.

    ReplyDelete
  15. bagus la tips u bagi. tak tau blog saya ni mesra alam ke tak :p

    http://izatilsuhaimi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  16. 1 sampai 7.. semua saya setuju.. yg paling fedup autoplay song.. terus pangkah..

    ReplyDelete
  17. sangat bersetuju... kadang2 sakit ati pon ader bila kuar kes2 yg macam ni... hehehe

    ReplyDelete
  18. dah ramai blogger tulis mender nie. tapi masih ramai yg masih buat2 tak faham...

    ReplyDelete
  19. menarik... selalu jumpa benda2 tu...

    ReplyDelete
  20. trima kasih dah promote entry ni untuk saya baca..
    entry yang berguna untuk para blogger..^^

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah... semua 7 elemen tu takde kat blog sy... (^^,)

    ReplyDelete
  22. menyemak ea muzik uh?? opsstt.. tak tau.. kay2.. tak buat dah k.. thanks 4 the info..hehe..

    http://dak-applebiru.blogspot.com

    ReplyDelete
  23. setuju sangat dengan entry di atas sis :) hik2.. saya pnye blog mmg teeeerrrrrsimple hbs da. hehe koddd,,

    btw, boleh aimie mntak tlg untuk komen entry ni? http://imedianna.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

    saya masuk GA CONTEST yg memerlukan komen yg banyak. :) Thx a lot

    ReplyDelete
  24. Sempoi la blog nie. Aku teringin juga blog sempoi mcm nie. Sudi2 la juga jenguk blog aku ye. fareed84.blogspot.com

    ReplyDelete

Pastikan komen ditulis dengan berBUDI BAHASA dan menggunakan AKAL YANG WARAS. Sebarang komen yang dirasakan tidak berSOPAN SANTUN, tidak akan diluluskan untuk paparan. Pemilik blog mempunyai HAK MUTLAK sama ada untuk meluluskan atau tidak komen yang dihantar di sini. Sekian terima kasih.