Friday, July 15, 2011

Hujan rahmat di pagi Jumaat, antara waktu mustajab berdoa...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Sebelum azan subuh pagi tadi, hujan dah turun, renyai-renyai pastu berhenti... Sekarang ni pula hujan sedang turun lagi dengan lebatnya, tapi belum kepada hujan yang membahayakan. Doa buat apabila melihat hujan yang membahayakan, boleh lihat SINI. Alhamdulillah... Rahmat buat seluruh alam...

Hujan yang turun.... Bagaikan mutiara - Sudirman Hj Arshad.


Hari Jumaat, pada waktu hujan, merupakan antara waktu-waktu mustajab berdoa. Dari Sahal bin Saad katanya, Rasulullah S.A.W. bersabda: “Ada dua macam doa yang tidak ditolak iaitu ketika azan dan ketika turun hujan.” Dan Rasulullah S.A.W. bersabda juga: “Pada hari Jumaat terdapat suatu saat, apabila bertepatan seorang Muslim dengan saat itu dan dia sedang solat (berdoa) meminta kebajikan kepada Allah nescaya Allah akan memperkenankannya.” [Riwayat Bukhari & Muslim]


Alhamdulillah, kedua-dua waktu tersebut digabungkan pada pagi ini. Rahmat buat orang-orang yang sentiasa mengingati PENCIPTAnya, yang tahu memanfaatkan waktu-waktu seperti ini. Rasulullah S.A.W. mengajar kita untuk membaca doa yang sunat dibaca ketika hujan turun iaitu:


Hadis riwayat Bukhari


Beberapa amalam ketika hujan turun ada dikongsi seperti dalam Rumaysho.com. Alhamdulillah... Sekurang-kurangnya, dengan turunnya hujan seperti ini, boleh la mengurangkan keadaan berjerebu yang berlaku sekarang ni. Sesak nafas bila keluar rumah tengok kat luar, kelabu asap jer keadaan!


Gambar ni diambil pada Selasa lepas (12/07/2011) ketika melalui lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR)

7 comments:

  1. Highway LATAR!!! Kami belum lalu lagi walaupun kami duduk area2 situ. hee. :)

    ReplyDelete
  2. UN - free tol sampai 31 Ogos 2011. :)

    ReplyDelete
  3. best hujan kannn.. dah lama x mandi hujann..hehe


    eh, xde code verificatiopn laa..hehehe

    ReplyDelete
  4. hari jumaat hari yg pnuh kberkatan.. :)

    ReplyDelete
  5. macam gambar kt depan/belakang umah lunalanun ja....

    ReplyDelete
  6. terima kasih berkongsi info ni Luna..

    p/s : highway LATAR ni baru je lagi dibuka kan..? hehe~

    ReplyDelete

Pastikan komen ditulis dengan berBUDI BAHASA dan menggunakan AKAL YANG WARAS. Sebarang komen yang dirasakan tidak berSOPAN SANTUN, tidak akan diluluskan untuk paparan. Pemilik blog mempunyai HAK MUTLAK sama ada untuk meluluskan atau tidak komen yang dihantar di sini. Sekian terima kasih.