follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Thursday, June 09, 2011

Terperangkap Dalam Ribut

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Sejurus selesai azan maghrib berkumandang petang tadi, tiba-tiba ribut melanda! Adeh, saya yang kebetulan berada dalam surau, terperangkap. Memang tiada harapan untuk keluar. Mau tak boleh keluar, angin bertiup sangat kuat, hujan turun sangat lebat! Disertai kilat dan guruh sabung menyabung. Pada awalnya, mau pergi makan malam selepas solat maghrib, tapi oleh kerana keadaan di luar yang tidak mengizinkan, maka saya stay back dulu di surau.

Gambar-gambar berikut saya ambil ketika angin dah reda. Cuma hujan masih lagi lebat di luar sana. Masih tak boleh keluar dari surau. Akhirnya jam 9.00pm jugak baru boleh keluar, tu pun masih hujan. Ahhh redah saja la hujan tu.

Besi khemah tu sampai patah. Kerusi bankuet yang berat tu pun boleh diterbangkan angin menunjukkan betapa kuatnya ribut tadi.


Berikut pula gambar-gambar yang diambil sehabis selesai makan malam. Gambar khemah yang patah serta kerusi-kerusi bankuet yang diterbangkan angin.


Situasi lorong jalan di antara surau di Kompleks Pentadbiran Utama dan makmal.

Khemah yang patah. Rugilah tuan punya khemah ni. sapa suruh tak bukak awal-awal!

Berikut pula antara doa yang boleh kita amalkan semasa berhadapan dengan situasi seperti yang saya alami sebentar tadi.









Oklah... Masa tidur sudah terlajak ini. Jumpa pada penulisan pagi ini pula, kalau tidak sibuk dengan urusan dunia yang lain... Haishhhhh...


5 comments:

Syazwan Che Deraman said...

thanks for the share;)

Sayang Amirah said...

bahaya betul.. khemah pun boleh patah.. setakat ni x pernah kena lagi mcm ni.. alhamdulillah ^^

Kamal Halim said...

terimakasih doa2nya ya.

♥ nana i am ♥ said...

terima kasih untuk ilmu yang sangat berguna ni :)

Anonymous said...

pernah terjadi kat gunung lang,ipoh. time org ramai bersuke ria..tp luar drpd kawasan tu..xde ape2.