follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Monday, June 20, 2011

Rumah Api Kuala Selangor - Monumen Sejarah Lambang Kemegahan Kuala Selangor

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Baiklah saya bukan orang Kuala Selangor okeh. Namun Bukit Malawati tu sudah beberapa kali saya lawati. Dan setiap kali lawatan, kekaguman terhadap sisa tinggalan Kota Malawati di sini sangat-sangat dirasai. Kadang kala tertanya tanya bagaimana pada zaman yang tidak wujud teknologi seperti yang ada sekarang mampu membina binaan yang indah dan kukuh seperti itu?!

Okeh untuk entri yang ini, saya hanya akan berkongsi mengenai Rumah Api Kuala Selangor ini sahaja. Tarikan lain di Bukit Melawati akan di buat pada entri yang akan datang sebab gambar banyak sangat. Berikut informasi yang diperolehi daripada papan informasi di kawasan tersebut.


Rumah api yang terletak di atas Bukit Malawati, Kuala Selangor ini juga dikenali sebagai Rumah Api Altingsburg bersempena dengan nama Gabenor General Belanda yang memerintah semasa penawanan Kota Malawati di tangan pihak Belanda. Ia merupakan lambang Kuala Selangor yang masih teguh dan berfungsi sehingga kini untuk menjadi panduan kepada kapal-kapal yang melalui Selat Melaka sama ada dari arah Utara atau Selatan. Lampu dari rumah api ini akan dipasang dari jam 7.00 malam sehingga 6.00 pagi setiap hari.

Beberapa perincian yang disediakan oleh Jabatan Laut Semenanjung Malaysia (Wilayah Tengah) mengenai rumah api ini adalah seperti berikut:


- Ciri-ciri Lampu : Fi (2) 15 Saat
- Julat Penglihatan : 18 Batu Nautika
- Ketinggian Lampu : 73 Meter (atas paras APPM)
- Ketinggian Bangunan : 27 Meter
- Tahun Dibina : 1907


Cantik jugak rupanya gambar ni...

Kualiti gambar ni kurang sikit sebab ambil gambar guna enset cabuk aje...



Siapa orang Kuala Selangor sini?! Angkat tangan! Bangga la kamu dengan kampung kamu ni sebab ada monumen sejarah begini yang tiada di tempat lain.


11 comments:

damha said...

saya org penang...kat penang ada padang kota lama...dekat dgn pantai...terdapat kubu zaman francis light..ade meriam atas kubu tu...

LUNA LANUN said...

saya org sabah...kat sabah ada papar...dekat dgn pantai...terdapat keretapi zaman british yang masih menggunkan sumber arang sebagai bahan api.. gegegeggeege...

Benrauf said...

kalau nak tau asal-usul negeri selangor dekat kuala selangor lah. lepas tu baru merebak sampai lembah klang. lembah klang dari gombak sampai ke langat dulu negeri sembilan lama. sabak bernam dgn hulu selangor pulak asalnya negeri perak. sekian kelas sejarah hari ni. :D

LUNA LANUN said...

seronok sebenarnya belajar sejarah ni! tp kenapa subjek sejarah sepanjang sekolah menengah tak pernah dapat A... huk3!

Ina Azrina said...

Saye anak jati kuala selangor!!! ekekekeke!

damha said...

saya dah pun sampai kat kk...gi melawat gunung kinabalu...pasar filipino...taman buaya kat tuaran..tmn lok kawi...jambatan tamparuli....bukit bendera...dlll..he333

LUNA LANUN said...

damha - melawat gunung kinabalu je ke?! tak mendaki?! hihhihi...

damha said...

saya cuma sampai kat pintu gerbang tempat nk mula mendaki je...he333...kul 10 pg leh lihat puncak gunung kinabalu dgn jelas tanpa kabus.......pondok timpohon pun saya singgah lihat puncak gunung tu...

LUNA LANUN said...

damha - kalau berkesempatan, lain kali daki la... serius takkan menyesal!

shaqza said...

Baru balik melawat kota malawati. Kali pertama sampai ..sudah lama teringin akhirnya sampai. Sangat menarik bagi yg mengerti ilmu sejarah. Khususnya sejarah malaysia

maizatulazma mukhtar said...

Utk projek folio ehe