follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Friday, June 10, 2011

Kuantiti vs. Kualiti?! Mereka Memilih Kualiti

BISMILLAHIRRAHMNAIRRAHIM

Assalamualaikum... Akhirnya keterujaan semalam berakhir sebentar pada hari ini sebelum meneruskan tugasan berikutnya... Ya, sebanyak 4 salinan draf tesis sudah dihantar! Itu baru draf okeh, perjalanan masih panjang lagi ni. Hindarkan diri dari over excited Luna! Oh ya, apa itu tesis? Menurut carian saya menggunakan enjin carian Google, ini yang saya jumpa. Dicedok dari Wikipedia namun sumber asal adalah dari ISO (International Organization for Standardization).

"A dissertation or thesis is a document submitted in support of candidature for an academic degree or professional qualification presenting the author's research and findings. In some countries/universities, the word "thesis" or a cognate is used as part of a bachelor's or master's course, while "dissertation" is normally applied to a doctorate."


"I hereby declare that the work in this thesis is my own except for quotations and summaries which have been duly acknowledged. The thesis has not been accepted for any degree and is not concurrently submitted for award of other degree."

Ketebalan sesebuah tesis belum tentu menjamin kualiti penulisan si penulis, itu nasihat yang selalu disampaikan oleh supervisor saya. Tesis yang tebal tanpa isi yang berkualiti hanya akan mengundang padah kepada calon sekiranya terdapat banyak kesalahan dalam format dan terkadang juga disebabkan oleh penerangan yang panjang berjela yang tiada kaitan langsung dengan tajuk penyelidikan yang ingin disampaikan. Jadi elakkan! Tesis harus ringkas dan padat, dan hanya mengadungi isi-isi yang berkaitan dengan tajuk penyelidikan yang dijalankan saja.

Mengikut buku panduan menulis tesis UMP yang saya guna untuk penyediaan tesis saya, elemen yang paling penting yang menyumbang kepada kedayatarikan dan pembacaan sesebuah tesis adalah konsistensi (konsisten). Konsisten dalam format penulisan bermaksud, calon hendaklah mematuhi beberapa aspek penampilan sesuatu tesis termasuk spacing, heading, sequencing dan aspek lain sebagai panduan visual kepada pembaca untuk memberikan konsentrasi kepada pembaca semasa membaca sesebuah tesis tersebut.


Jumlah untuk membuat 4 salinan draf tesis, RM96. Hukhukhuk... Itu baru draf! Belum hantar yang final lepas viva nanti yang kena buat hardcover! Patutlah Biasiswa MOSTI yang MOSTI bagi ni alocate RM1050 hanya untuk belanja penyediaan tesis saja!

Owhhhh... Penghantaran tesis ini belum bermakna berakhir sudah kesibukan saya. Lepas ni harus bersedia untuk viva pulak! Dalam tempoh maksimum tiga bulan yang diberikan pihak Pusat Pengajian Siswazah, saya harus lengkap dengan semua persediaan untuk ke medan viva! Huk3! Ketar ni... Viva?!

Viva voce (berasal dari perkataan Latin yang bermaksud "dengan suara secara langsung") atau ringkasnya viva merupakan satu ujian terakhir buat calon untuk mempertahankan tesis mereka. Biasanya dibuat dengan cara persembahan pembentangan yang melibatkan calon dan juga dua orang pemeriksa (examiner) yang terdiri daripada seorang pemeriksa dari jabatan/fakulti universiti calon (tidak termasuk supervisor calon) dan seorang lagi merupakan pemeriksa dari universiti luar.

Selesai viva, calon akan diberi tempoh untuk membuat pembetulan terhadap mana-mana yang dirasakan perlu diperbetulkan sama ada tesis itu sendiri ataupun harus melakukan eksperimen tambahan mungkin disebabkan data yang tidak mencukupi. Minor correction biasanya antara 3 hingga 6 bulan dan major correction adalah setahun (menurut yang diamalkan di UMP, betulkan saya jika silap).


Aku ingin terbang!!!

Serius, saya perlukan masa berehat sebentar sebelum menyambung kembali tugasan untuk membuat persediaan menghadapi viva. Urghhhh... Harapnya, pemeriksa tidaklah terlalu cerewet orangnya!


3 comments:

Ann said...

gud luck luna;)

peNulis SeNjA said...

sabar makcik jgn emo sangat deh

damha said...

semoga berjaya siapkan thesis tu dgn jayanya...good luck for you...