Assalamualaikum... Sekiranya kamu berpeluang mengunjungi Kota Kinabalu, pastikan kamu tidak terlepas peluang untuk mengunjungi pasar malam Filipino yang terletak di Jalan Tun Fuad Stephen (belakang Pasar Kraftangan Kota Kinabalu juga dikenali sebagai Pasar Filipino). Pasar malam ini dibuka setiap hari bermula seawal 3 pm sehingga ke lewat malam. Pasar malam ini merupakan destinasi makanan laut bakar yang popular di Kota Kinabalu kerana kepelbagaian makanan laut bakar yang disediakan dengan harga yang murah (menurut sahabat-sahabat dari luar Sabah yang pernah berkunjung ke sini).
|
Pemandangan pasar malam Filipino dari seberang jalan yang berlatar belakangkan matahari terbenam. Oh ya, lokasi pasar malam ini adalah di tepi laut. Namun kita tidak dapat menikmati pemandangan laut tersebut semasa makan di sini kerana terdapat penghadang zink yang dipasang di sepanjang pesisir pantai yang telah ditambak dengan batu. Sama ada zink tersebut akan dibuka atau tidak, saya tidak ketahui jawapannya. |
Pasar malam ini sentiasa menjadi tumpuan warga Kota Kinabalu untuk dan
pelancong sama ada tempatan atau luar negara untuk menikmati hidangan
makanan laut bakar terutama sekali pelbagai jenis ikan, sotong, ketam
dan udang. Waktu selepas asar sehingga 8 malam merupakan waktu puncak.
|
Gambar di atas merupakan deretan gerai yang hanya menyediakan makanan laut bakar. |
|
Selain makanan laut bakar, terdapat juga gerai-gerai yang menyediakan masakan panas seperti nasi goreng, mi goreng, dll. Tapi tolong jangan mintak tomyam okeh. Walaupun di sini terkenal dengan makanan lautnya, namun mereka bukan pakar dalam masakan siam. Tomyam2 takde okeh! Kalau ada pun, hanya akan mengecewakan kamu sebab memang tak sedap. Owh, yang itu tomyam yang dijual di gerai-gerai begini, bukan di hotel atau restoran-restoran mabeles! |
|
Masa ni sedang bawa kawan-kawan dari key-el untuk makan di sini. |
|
Suasana hiruk pikuk dengan pekikan para peniaga yang meraih pelanggan untuk singgah di gerai mereka. Serius sangat happening! |
|
Opocot!!
Tokojut pakcik tu dengan flash kamera saya! Hahahaha... Mesti dia
ingat itu petir. Oh ya, bangunan berlampu di belakang itu merupakan Hotel
Le Meridien Kota Kinabalu.
|
|
Selain makanan laut bakar, kepak ayam panggang (atau lebih popular dengan nama sayap bakar di kalangan penduduk tempatan) juga merupakan makanan yang popular dijual di sini. |
|
Lambakan makanan laut yang boleh membuatkan kamu gout kalau makan hari-hari! Hahaha... Macam-macam jenis ikan ada! Kau tunjuk saja mana kau mau! |
|
Memandangkan permintaan yang tinggi terhadap makanan laut bakar di sini, semua makanan ini adalah sudah siap dipanggang sebelum dipamerkan di atas meja setiap peniaga. Apabila ada pelanggan yang ingin makan, mereka akan panaskan semula di atas bara. Sikijap sekejap saja ba tu... |
|
Sangat murah. Serius! Kau makanlah di sini sampai kau muntah hijau! Hahaha... |
Namun pemerhatian yang saya lakukan semasa berkunjung ke sini (terakhir adalah Jun 2010 lepas) mendapati setakat hari itu, tiada peniaga yang menjual kerang bakar. Owhhh... Kerang bakar bukan menu popular di sini rupanya. Kenapa?! Orang Sabah, tolong jawab soalan ni...
|
Dan ini merupakan rumpai laut yang dijadikan sebagai ulam dan tersedia di atas setiap meja. Makan mentah-mentah macam ni ja. Owh saya geli memandangkan rupa rumpai laut ini tidak ubah seperti telur katak dan ianya kenyal seperti biji sagu yang dimasak. |
|
Mereka adalah sahabat-sahabat saya yang datang dari Terengganu. Kamu lihat saja lah makanan laut tersebut. Sangat mengujakan bukan?! Apatah lagi bila kamu pilih untuk duduk di sebelah makanan laut yang mereka pamerkan di atas meja ini. |
|
Dan saya sedang melantak tanpa mempedulikan orang di sekeliling saya. Siap sinsing lengan baju lagi tuh! Sangat rindu mau makan di sini! |
Jadi kamu sudah tau kan destinasi makan-makan yang syiookkk ini. Serius, saya sangat cadangkan agar kamu singgah di sini.
22 comments:
udang ngn sotong bakar!!!! sedapnya...adei....
wahhh,bestnyaa . mau pegi jugakk :)
lebih tepat lg kat area sinsuran bah..senang orang nak cari..
Hmm..lama tak jenguk2 sana..
cleverspider55 - aittt... mana da di Sinsuran. Di Jalan Tun Fuad Stephen la... Sinsuran tu dah area belakang hotel Le Meridien da tu. Haiyyooo, ko mau tipu sama ini orang Papar ka?! salah org ni.. huhuhu...
pukul 6am..tetiba lapar lepas baca entry nih...aduhhh, mane nak cari sotong, ikan, udang bakar sini..grrrrrr :p
teruja tul tengok udang bakar ngan rumpai laut tuh...
SEDAPNYA!!!!
I went there a few years ago. The seafood there is simply delicious and the price is quite cheap too.
saya dah sampai kat pasar filipino..gi jln2 kat area citu...saya org penang...mcm2 makanan yg ada kat citu...
Thanks info awak amat berkesan. Sy juga br lepas blk
Dr sana.
hahaha. lucu. hai, saya urang KK. ya, mimang d pasar filipin murah2 sedja makanan dia. rata2 sana peniaga gerai2 ikan bakar adalah bangsa bajau dan suluk. biasa la urang bajau suluk ne kan mimang kegemarannya lah makanan laut. kalau nak tahu lebih lanjut pasal bangsa bajau dan suluk boleh lah jenguk2 blog aq di sini http://azmisabahan.blogspot.com/
Rugi sapa ndak penah pigi Sabah (Rugi siapa yg tak pernah datang Sabah)
Boleh bw sy jln2 x?sy pg bln okt nnt insyallah..1st time..
sy sendiri kat semenanjung... hu3... nak mudah jalan2 kat sana, visit jer website Sabah Tourism...
Sy sdg berada di kk sekrg bersama family.antra tpt wajib utk pergi cik luna
wuuu...x sabarnya...tiket sudah beli..tinggal mau tunggu untuk naik belon saja lagi bha..+ survey2 lokasi best utk disinggahi once dh pijak bumi sabah nanti..can't wait..!
Bln mac thn ni sya ngan suami nk g kk nti..mcm ne la perubahan kk da 8 thn g kk..rindu
kalau maw makan kerang/lukan bakar..
bukan d pasar filipino..
pegi ke Jln Rugading berdekatan dengan Telipok...
Meh singgah di Penang pekena Aree Bihunsup Gear Bozx plak..sempouuu
Luna tinggal di KK, Sabah ke? kalau luna tinggal di KK sy ada perkara ingin berbincng sedikit atau mnta pertolongan dr luna..ini email sy..hyereaa@yahoo.com.my ...hrp luna boleh email sy utk bincangkn perkara lanjut..tq
sy tgal di semenanjung... skali skala sja blik kampung kt sabah ni...
nk tanya hotel mn yg paling dekat dengan pasar mlm ni..
Post a Comment