BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
MENARIK SEKITAR BANDARAYA KOTA KINABALU
- Pasar Kraftangan Kota Kinabalu
- Pasar Malam Filipino
- Menara Pemerhati Bukit Bendera
- Menara Jam Atkinson
- Kota Kinabalu (From KKIA to 1Borneo)
- Makanan Yang Wajib Dibawa Balik Selepas Melawat Sabah
Assalamualaikum...
Sebelum ini dikenali sebagai Terminal Ferri Kota Kinabalu sebelum penjenamaan semula sebagai Jesselton Point Waterfront setelah penswastaannya pada Februari 2006. Tempat ini merupakan salah satu destinasi pelancongan yang wajib dilawati semasa berada di bandaraya Kota Kinabalu. Kenapa?!
Pintu gerbang utama Jesselton Point Waterfront. |
Berlatarbelakangkan pintu gerbang yang diambil dari dalam kawasan Jesselton Point |
Terletak di bahagian utara pusat bandaraya Kota Kinabalu, berada di Jesselton Point Waterfront tentunya memberi sedikit sentuhan sejarah awal bandaraya Kota Kinabalu kepada anda. Terdapat beberapa potret-potret lama bandaraya Kota Kinabalu (dahulu dikenali sebagai Jesselton) yang terpapar di dinding-dinding bangunan di sepanjang laluan pejalan kaki. Juga terdapat 2 buah pondok telefon vintaj Inggeris berwarna merah. Bukan kat Genting
Highland je leh jumpa pondok tepon tu. Kih3...
Potret lama bandaraya Kota Kinabalu dipaparkan di dinding bangunan. Adapted from Sabah Tourism |
Antara potret lama bandaraya Kota Kinabalu yang terdapat di sini. |
Ingat kt Genting Highland je ke ada pondok tepon ni? KK pun ada maaa... Adapted from Sabah Tourism |
Jesselton Point Waterfront berfungsi sebagai satu-satunya terminal ferri penumpang untuk laluan air terus dari Kota Kinabalu ke Labuan. (Laluan alternatif kalau nak ke Labuan, boleh menaiki bas dari Kota Kinabalu ke Terminal Ferri Menumbok selain menaiki kapal terbang). Untuk ke pulau-pulau di Taman Laut Tunku Abdurahman dan Pulau Gayana, juga boleh mendapatkan perkhidmatan bot penumpang di sini.
Kaunter tiket ferri dan bot penumpang. Adapted from Sabah Tourism |
Platform untuk menaiki bot penumpang ke pulau-pulau di Taman Laut Tunku Abdurahman |
Gambar diambil dari atas bot sekembalinya kami dari pulau-pulau Taman Laut Tunku Abdurahman |
Selain berfungsi sebagai terminal ferri dan bot penumpang, Jesselton Point Waterfront juga menawarkan tempat makan yang bersifat santai dan riadah dengan deretan gerai/kedai F&B, gerai-gerai kraftangan serta pusat futsal empat gelanggang.
Gerai kraftangan yg menawarkan pelbagai hasil kraftangan tempatan. Adapted from Sabah Tourism |
Adapted from Sabah Tourism |
Bagi kaki pancing pula, anda turut dialu-alukan untuk menghabiskan masa memancing di jeti yang terdapat di sini yang dibuka dari jam 6.00 pm hingga 6.00 am dengan bayaran RM10 sekali masuk (bayaran boleh dibuat di Suria Futsal Center). Walaubagaimanapun, peralatan memancing tidak disediakan, maka anda perlu membawa peralatan memancing anda sendiri.
Alang-alang berada di sini setelah penat bersuka ria seharian di Taman Laut Tunku Abdurahman, apa kata anda nikmati pemandangan matahari terbenam di sini?! Sangat.... Sangat... Sangat... Subhanallah cantik, indah dan menenangkan! Ditambah dengan bayu laut petang yang menyamankan setelah seharian berpanasan di pulau. Pastinya satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan berada di sini!
Jesselton Point Waterfront dibuka setiap hari dari jam 6.00 am sehingga 2.00 am, manakala terminal ferri pula beroperasi setiap hari dari jam 6.00 am sehingga 6.00 pm.
Proud to be Sabahan! There are so much things to explore! Jom melawat Sabah! Kih kih kih... Tak menyesal wa cakap lu... :D
6 comments:
wahhh..matsam di kiki baini..hahhaha..me to..proud to be sabahan..yey
singgah tenguk jetty.
bestnya...bile la dpt g sabah..huhu
نورهازانه ابراهيم - mimang di kiki ba tu... :P
thomas - ada apa di jetty tu!? :P
Mira - uinaa... tiket flight murah ba... :P
sy nak tau sedikit info ttg pakej untuk pg pulau manukan cthnya.. how much.. sbb nak atur bajet awal2 ehehe and brapa lama masa ambik utk explore la kalo pg ikut pakej tu.. sbb masa sy pun terhad di sbh tp nak jugak explore benda lain di sbh hehe. thanks.
sy juga mahu tau hotel-hotel yang agak berpatutan dgn kedudukan yg strategik utk terokai semua tmpt yg dimention ni.. hehe
Post a Comment