BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
MENARIK SEKITAR BANDARAYA KOTA KINABALU
Pandangan dari bawah bukit (bukit takdelah tinggi mana pun, ada tangga kat tepi menara ni kalau nak naik ke tapak menara ni). |
Assalamualaikum... Kalau kamu datang ke Kota Kinabalu, bagi yang jenis suka ronda tempat-tempat menarik tu, bolehlah datang jenguk-jenguk, gambar-gambar, posing-posing depan Menara Jam Atkinson yang terletak berdekatan dengan Padang Merdeka, Kota Kinabalu ni. Menara ni terletak betul-betul dalam bandaraya Kota Kinabalu. Kalau setakat duduk kat hotel ataupun backpacker dalam bandaraya Kota Kinabalu, tiada masalah la nak ke tempat ni dengan hanya berjalan kaki.
Kalau dah penat berjalan tu, jangan lupa singgah untuk makan malam di Pasar Malam Filipino. Perghhhh, di sinilah dia syurga makanan laut di Kota Kinabalu yang menawarkan pelbagai jenis ikan, sotong, ketang, udang panggang/bakar dengan harga yang sangat murah. Engkau orang makanlah sampai muntah hijau kat situ!
Kalau dah penat berjalan tu, jangan lupa singgah untuk makan malam di Pasar Malam Filipino. Perghhhh, di sinilah dia syurga makanan laut di Kota Kinabalu yang menawarkan pelbagai jenis ikan, sotong, ketang, udang panggang/bakar dengan harga yang sangat murah. Engkau orang makanlah sampai muntah hijau kat situ!
Okeh, berbalik kepada Menara Jam Atkinson ni, atau dalam bahasa kampung saya, Atkinson Clock Tower (ekekekeke). Jom baca sejarah di sebalaik pembinaan menara ni...
Bangunan menara jam ini telah mula dibina pada tahun 1902 dan siap pada tahun 1905. Pada asalnya, ia dibina sebagai tanda untuk memperingati Pegawai Daerah Kota Kinabalu (dulunya Jesselton) yang pertama, Encik Francis George Atkinson yang meninggal dunia akibat ‘demam Borneo’ (malaria) ketika berusia 28 tahun. Bangunan ini dibina hasil sumbangan orang ramai. Jam asal di menara ini yang disumbangkan oleh ibu Atkinson telah diganti dengan yang baru pada tahun 1964. Jam ini telah mula berfungsi pada 19 April 1905 ketika masih dalam pembinaan. Pada asalnya, menara jam ini dibina daripada kayu Mirabau (Merbau) dan berketinggian 157 meter (48 kaki). Selepas dibina dan melalui pembaikan dan pembaharuan yang menyeluruh, bentuk permukaan asalnya telah mengalami perubahan yang besar. Pada tahun 1979, pihak Muzium Sabah telah mengambil alih penjagaan dan pemeliharaan menara jam ini. Tapak bangunan ini telah diwartakan sebagai Simpanan Kerajaan pada Ogos 1983.
Tangganya begini... Owh abaikan saja muka saya dalam gambar ni okeh! Dah takde gambar lain nak tunjuk yang ada gambar tangga ni... |
Yang ni pulak pemandangan menara ni pada bahagian belakang... Kereta kancil ni bikin spoiled gamabr saja! Haishhhh... Sapa punya ni?! |
Dan inilah bukit menara tu?! Tak tinggi kan?! Ko nak panjat dari sini pun boleh kalau malas nak pusing jalan jauh gi panjat tangga tu... Huhuhuhu... |
7 comments:
Bestnya. :).
huhu. :)
W'salam...
Warisan sejarah yg perlu dikekalkan.
seronok nya lah kalau dapat p jalan2 sabah sarawak kan, boleh naik kapal terbang~ hukhuk ;)
damha..masa saya gi kk x sempat le tengok jam tu...he333..saya sewa kat kg air...he3333..keta putih tu cik luna punya ka....
siti kektus - alaaa... skrg tiket kapal terbang da sgt murah, bkn takat air asia, MAS pun ada msanya sgt murah. tambah2 lg skrg ni firefly pn dah buat penerbangan KL-KK.
damha - caitttt... itu kereta xtau siapa yg empunya... :P
kat sabah mmg ada banyak tempat menarik..
saya mmg suka sabah..
pegi KK leh pegi sini nieee ;)
Post a Comment