follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Friday, July 01, 2011

Friendster Bertukar Jadi 'Gamester'

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Ingat lagi kan pada Friendster?! Sebelum Facebook ni jadi satu fenomena dalam dunia social networking, Friendster adalah antara laman web sosial yang paling popular. Namun setelah Facebook semakin diangkat menjadi laman web sosial nombor 1 di dunia, Friendster semakin lama semakin dilupakan... Ya, saya juga begitu. Mana tak dilupakan kalau Facebook tu semakin hari semakin mesra pengguna dan semakin compatible dengan semua golongan usia, status, latar belakang, dipendekkan cerita sesuai untuk semua orang!

Namun petang tadisemalam, tergerak hati untuk menjenguk kembali akaun Friendster saya yang entah bila kali terakhir saya menjenguknya. Kononnya nak ambil semua gambar-gambar lama di Friendster tu untuk diupload ke Facebook atau blog ni sebab gambar-gambar dalam Friendster tu memang tiada backup, namun akhirnya hampa dan hampeh!!!! Tengoklah layout muka depan terbaru Friendster ni. Tidak banyak option, hanya ada GAMES dan FRIENDS.

Layout muka depan terbaru Friendster. Yang ada hanya game!

Friendster sudah berubah 100% dari sebuah laman sosial kepada laman online game! Baik tukar jer la nama Friendster tu kepada 'Gamester' kalau begitu. Semua kandungan dalam profile Friendster termasuk album gambar, blog, comment, testimonial dan banyak lagi telah di'removed' sepenuhnya! Tiada backup! Menurut admin Friendster, pihak mereka ada mengeluarkan notis kepada semua pengguna Friendster mengenai perkara ini seperti dalam kenyataan berikut:

We gave users months to save their profile and photos. Unfortunately, the deadline for that was last June 27.

Sebulan?! Ramai yang terlepas pandang weh! Mana cukup masa tu! Kejamnya kamu Friendster! Takde pun dapat sebarang notification email tentang perkara ni. Jangan-jangan mereka ni touching kot sebab semua pengguna sudah beralih arah kepada Facebook. Dan tinggalkan terus Friendster. Macam balas dendam jer mereka ni! Huk3! Saya sedih, habis semua gambar-gambar lama tak sempat nak save!
Berikut pula saya petik satu soalan dari pengguna Friendster dan juga jawapan yang diberi oleh Friendster Team mengenai perubahan besar yang berlaku pada laman sosial Friendster...

                                               SOALAN                                              

                                              JAWAPAN                                             

Banyak komen negatif berbaur perasaan tidak puas hati terhadap Friendster, dan yang paling ketara adalah mengenai album-album gambar yang telah dipadam sepenuhnya. Boleh tengok komen-komen mereka di SINI.


6 comments:

eintan nurfuzie said...

ala..pic lama dh hilang...

UyaRayza said...

alaaaaaaaaaaaaaa ye ke...tak pasan pn...ok2 nk bukak balik akaun frenster

ct N honey said...

saya pun dulu ada gak tgk balik,mmg dah byk game..lepas tu senarai kawan dah x de, ingatkan tersalah klik...sekarang ni dah lama x buka,password pun dah lupa....

cleverspider55 said...

biasalah tu..diaorg yg kontrol semua..users nak buat camane.Tapi mmg tak patut ler buat cam tu..sikit pun tak fikir users yg setia ngan diaorg selama ni.

Benrauf said...

friendster? apa tuh? haha
adat lah tu. setiap yg bermula ada penghujungnya. lepas google+ launch nanti maybe facebook pun menerima nasib yg sama macam friendster.

teha said...

ceo frenster ada bg email..sy baru dpt td.dia mmg nk tukarkan kpda web game.sy tak bc abes pn. mls..baca secara rawak je..hehe..tryla cek email kt inbox or spam!

itZ me Tehanurfateha =)