BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum... Bersiaran secara langsung dari Bandar Baru Bangi... Serius sangat penat!
Okeh berbalik kepada topik. Biasanya perokok ni susah sangat nak berhenti merokok. Kenyataan ini berdasarkan pemerhatian saya terhadap orang yang saya kenal di sekeliling saya yang merokok. Rasanya, boleh pakai ke kaedah-kaedah seperti di bawah ni?! Biasanya perokok adalah jenis orang yang agak susah untuk mendisiplinkan diri untuk tidak merokok. Pernah bertanya kepada beberapa orang kawan (lelaki) yang merokok tentang keinginan untuk berhenti merokok, jawapan lebih kurang sama je semuanya. Alasan, susah untuk berhenti dan rasa tidak senang duduk sekiranya tidak merokok, terutama sekali selepas makan! Haishhhhhh…

Walaubagaimanapun, saya tetap ingin kongsikan beberapa tips untuk melawan keinginan merokok. Manalah tau kan, kaedah tu lambat laun boleh menyebabkan mereka berhenti merokok...
1. Lengahkan merokok
- Apabila terasa mahu merokok, beritahu diri sendiri untuk tunggu 10 minit dan lakukan sesuatu untuk mengalihkan perhatian anda daripada rokok. Ulang kaedah ini selagi anda terdaya.
2. Jangan kata ‘hanya sebatang saja’
- Jangan terperangkap dengan pujukan keinginan merokok kerana biasanya anda tidak akan berakhir dengan sebatang saja.
3. Elakkan perkara yang boleh merangsang keinginan merokok
- Ini termasuk melepak dengan kawan perokok.
4. Bersenam
- Aktiviti fizikal boleh membantu mengalihkan perhatian anda pada rokok. Malah senaman dalam pejabat atau rumah dengan naik turun tangga atau senaman ringan lain juga sangat berguna khususnya jika anda kerap merokok kerana bosan.
5. Amalkan teknik berehat
- Jika dulu rokok menjadi teman rehat anda, kini ia boleh ditinggalkan kerana rokok akan membuat badan lebih ‘tertekan’ dan sakit. Cuba yoga, urut, teknik pernafasan, senaman atau hypnosis.
6. Mengunyah
- Setiap kali anda mahu merokok, kunyah gula-gula getah atau kulum gula-gula keras. Anda juga boleh makan buah-buahan, lobak merah atau batang saderi.
7. Cuba kaedah terapi penggantian nikotin
- Sama ada kaedah tampalan, inhaler atau lozeng. Dapatkan bantuan dan sokongan daripada mana-mana klinik berhenti merokok yang berdekatan.
Sumber dipetik dari Harian Metro (31 mei 2011) oleh Norlaila
Hamima Jamaluddin.
6 comments:
salam kenal...
dah follow awak..
jemput join segmen simple saya..
SEGMEN SIMPLE : JOM KOMEN ENTRY SAYA ...
http://akubecerita.blogspot.com/2011/07/perokok-tak-ramai-sakit-jantung.html huhu mai singgah
pasal apa plak nama berhenti?? best apa hisap rokok..
well... sebenarnya memang nak berhenti, tapi tak tau bila. saya save entry ni...
Entry KongsiCerita.com yang paling diminati
[GAMBAR] 5 tempat paling menakjubkan di dunia
Negara paling ramai umat Islam
[VIDEO] koleksi binatang beranak
Cara buat burger jadi sedap
Cara melajukan buffering video di YouTube
nak bagitau hubby la....susah betol dia nak quit... opss...follow kembali
Good luck lah untuk para perokok semua. stop smoking please!
Tips utk berhenti merokok (aku dah berjaya buat) : 1. Tiap kali nak merokok ucapkan doa ni "Ya ALLAh, aku nak berhenti merokok, tapi aku tak mampu. Datangkanlah sebab buatku Ya ALLAh utk aku dapat berhenti merokok." 2. Istiqamah dengan doa tersebut tiap kali anda hisap rokok. 3. Jika dapat hidayah dan taufik-NYA usah berpaling lagi.
Post a Comment