BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum... Ini berita baik buat penggemar mi kari. Jika anda datang ke Kuantan, hah serius harus cuba mi kari di sini okeh! InsyaAllah takkan menyesal punya!
Gerai mi kari ni (gambar di atas) terletak di hentian rehat Gambang (simpang empat Gambang)... Hentian rehat Gambang di sini bukan merujuk kepada R&R Gambang yang terletak di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) tu okeh. Jangan salah faham lak. Boleh rujuk Google Map dengan kata kunci Gambang/Tol Gambang/Lebuhraya MEC, Gambang. Kalau orang Kuantan, tentulah tau tempat ni bukan?! Simpang empat ke Segamat tuh.
Oklah, direction yang paling mudah jika anda datang ke Kuantan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT), sila keluar ikut Exit 830 (Gambang, Pekan, Segamat). Jangan risau, kalau exit ikut tol Gambang ni pun kau orang boleh sampai ke Kuantan okeh. Jimat sikit duit tol kalau dibandingkan kau orang keluar ikut tol Kuantan. Lepas Tol Gambang tu, nanti akan melalui Lebuhraya MEC akan lalu depan kampus Universiti Malaysia Pahang). Dalam 4km melepasi Tol Gambang, akan jumpa simpang 4. Ikut arah ke Muadzam/Segamat (Arah jam 12). Gerai mi kari ni terletak pada deretan gerai-gerai di sebelah kiri kamu tu. Dalam 200m je dari persimpangan lampu isyarat tu. Tak jauh sangat.
Gerai ni, kalau sebelah petang, serius ramai giler pelanggan dia. Kalau hujung minggu, lagi la. Tak pasti sama ada dia orang bukak setiap hari atau ada hari-hari tertentu mereka tutup. Sebab setiap kali datang makan kat sini, sentiasa bukak je. Tapi yang pasti, mereka hanya buka pada sebelah petang (ye ke?! tak sure lak).
Menu makanan tak banyak. Berikut senarai makanan yang disediakan di gerai ni beserta harga bagi setiap menu.
Pada kebiasaanya, menu pilihan saya sememangnya bihun kari cendawan! Perghhhh, masa dia hidang tu masih menggelegak lagi kuah kari dia tu... Kau tak percaya?! Sila lihat gambar berikut. Nak telan air liur pun boleh sebab ianya sangat mengiurkan! Hahahahha...
Mi kari ni special mungkin sebab dia orang masak guna claypot kot. Antara bahan yang saya perasan dia letak dalam mi kari ni, ada udang, ayam, cendawan (optional, kalau kau nak bubuh pun boleh, kalau kau tak nak bubuh pun boleh, harga asing-asing), taugeh, ermmm apa lagi eh?! Dipendekkan cerita, kau orang cuba sendiri la. Kuah kari dia, perghhhh pekat mabeles! Memang kau takkan menyesal punya la!
Gambar kat bawah ni pulak, nasi air. Pun dia masak guna claypot. Saya tak pernah rasa menu yang lain kalau makan kat sini. Memang akan order bihun kari cendawa tu. Amaran keras, Sila baca Bismillah sebelum makan dan ambil langkah berjaga-jaga! Kau jangan pegi sodok masuk dalam mulut terus bila order kau tuh dah sampai! Mau menggelagak satg dalam mulut engkau orang! Padan muka!
Dapur mereka, kau boleh tengok kat luar.
Bulan September ni, konvokesyen kat Universiti Malaysia Pahang. Kot-kot kalau ada saudara mara yang terlibat dengan konvokesyen tu, boleh la singgah sekali mencuba menu-menu di sini. Caittttt, jadi promoter Along Mee Kari yang tak berbayar pulak saya ni! Kena mintak komisyen ni dari dia orang! Hahahhaha...
Ini adalah iklan tidak berbayar. Huhuhuhuhu...
14 comments:
awwwwwwwww
nyum2..delicious ^___^
Bila baca entry ni, serius meleleh air liur. huhu. Nice pic. :)
argh...nak g gambang jugak!!!
bukan nyer jauh shida de kat muadzam je pon..huhuhu...IA akan ke sana sebelum kuar dari pahang nih...
sedap nyer makan!!!
haiih,, nape lah ramai sgt asyik bwat orang terliur kat blog... sedapnye !!
sedapnya...saya belum pernah lagi ke kuantan...berharap akan ke sana nanti...hehehe...thanks for info
rindu la pulak nk mkn kat sana... nmpk gaya lps raya nnt la br leh merasa pun...huhu
salam singgah.
makanan kat kuantan memang sedap-sedap!
ouhhh, simpang 4 p segamat tu, yang ade shell jugak tu ek?
ade, ingat tempat tapi tak pernah nampak kedai ni, sebab setahun ja duduk kat gambang tyme matrik dulu,,rindu gila...
tempat yang paling aku rindu, kalau dapat p lagi, mesti pekena ni, thanks LL
fiq. - bukan shell kt situ. tapi caltex... :P gerai2 tu betul2 kt belakang caltex tuh... klu dari simpang memang tak nampak.
Nasi air tu buat msred telan airliur....leleh da.....hheee
tiap kali balik rumah mertua mesti lalu...tp tak pernah singgah...hehehe...
sy penah makan rojak ayamnya....best...!!
tinggal kat kuantan tp tak penah tau plak pasal kedai ni,nmpak sedap je.
terliur tau!
kita org sempat gak g singgah kat situ hari tu.time tu dari homestay depan gambang waterpark.owner homestay tu yang bagitahu kat kami kedai yg terdekat dan best.bestlah dengan owner tu..kalau korg nak stay kat gambang,aku cdgkan hmstay yg kitaorg pernah duduk.ni nombor dia 0133778513(en semi).bye..
Post a Comment