follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Friday, July 29, 2011

Aku Tetap Sokong Kau Anak-anak Harimau, Tulennnnn Banggggg....

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Pastinya cerita bola malam tadi masih lagi menjadi topik panas walaupun sudah hampir 9 jam berlalu (saat artikel ini ditulis) dengan keputusan kemenangan memihak kepada pasukan anak-anak singa... Namun sebagai rakyat Malaysia, saya tetap bangga dengan pasukan kita. Kalau kau orang tak puas hati, itu kau orang punya pasal okeh! Cuma ada 4 perkara yang saya ingin komen sebagai pengulas tidak professional mengenai perlawanan malam tadi:

  1. Khairul Fahmi! Kau memang hero! Rasanya kalau dia jadi penjaga gol masa perlawanan di Singapura Sabtu lalu, pasti tak banyak gol yang disumbatkan oleh Singapura.
  2. Ermmm, semalam kita lawan negara mana eh?! Singapore ke pasukan barat?! Dari jurulatih ke pemain, kelihatannya muka mat saleh je lebeh! Malaysia semuanya tulennnn banggggg...
  3. Pemain Singapore ni, asyik-asyik tergolek... Asyik-asyik tergolek! Syabbasss betta! Kau orang memang pelakon terbaik! Nak main golek-golek, balik rumah la sayang oiiiii... Penjaga gol sempat lagi nak berlakon masa minit-minit terakhir tu!
  4. Siapa penyokong Malaysia yang bawak laser tuh?! Kau orang ni bikin malu nama baik Malaysia jer! Bagi lah peluang kepada pejuang-pejuang bangsa kita tu bermain dengan usaha yang 100% tulennnn. Tak payah mau main tipu-tipu...


Kesimpulannya, kalah atau menang, aku tetap sokong kau Harimau Malaysia.

p/s: Kenapa guna istilah Harimau 'Malaya'?! Habis tu Sabah Sarawak?! Aku sebagai anak Sabah ni, touching tau! Aku pun penyokong padu jugak!


11 comments:

Anonymous said...

harimau malaya, sejenis spesis yang ada kat malaysia ni. mana ada harimau malaysia. http://en.wikipedia.org/wiki/Malayan_tiger

amierah said...

mak saya cakap, singapura negara kecil. susah nak cari pemain. terpaksalah mereka import orang luar..

kita doakan skuad olimpik terus berjaya pulak lepas ni. insyaAllah..

Idah said...

sokong 101% apa yg luna ckp tu...tahniah utk apek dan safee..dan tahniah utk penonton peminat di stadium...penuh bebbb...

mizzkechique said...

SOKONG!!!!!!!!

Tea said...

to singa celup. pfftt kat lu. haha.

serius kita punya pemain tulen.

yang main laser tu, mungkin singa yang menetap kat malaysia so duduk kat bhgn penyokong malaysia pfftt.

pape pun, ade rezeki nanti lainkali. ;)

malaysia kalah bermaruah. salute!



p/s: anti singa celup.

honey amour said...

sokong harimau malaya :)

Kancil 8349 said...

sokong lebih daripada 100%....hebatlah Malaysia...

anitadiana said...

cik luna kak ita minta izin..copy ulasan cik luna tu ke blog kak ita.. kak ita suka sesanggat komen tu.....dan sokong 100%...

aizamia3 said...

kalau pemain malaysia main tak bagus dah tentu banyak gol bolos malam tadi.. tahniah buat semua pemain negara walaupun tewas..

Gen2Merah said...

yalaa.. saya sbg org sabah pun rasa kecik hati jugak... napa lag tak pakai nama Harimau Malaysia kan.. ekekeke

LUNA LANUN said...

anitadiana - xder masalah. boleh jer, janji kena credit ke blog ni... :P

Gen2Merah - huhuhuhu... no comment!