BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum... Umum maklum mengenai perhimpunan tanpa permit BERSIH yang bakal dianjurkan pada hujung minggu ni (09/07/2011) di pusat bandar Kuala Lumpur bukan?! Maaf sebelum tu, sila maklum bahawa ini bukan entri mengenai politik okeh! Namun jika kamu bercadang untuk menjadi sebahagian daripada perhimpunan tersebut, apa kata kamu lihat dulu video berikut...
Mulanya hanya sebuah perhimpunan dan perarakan yang akhirnya bertukar menjadi sebuah tragedi berdarah yang menjadi sejarah hitam negara kita. Begitu juga dengan peristiwa pada 1 Ogos 2009 yang lalu apabila sebuah demonstrasi tanpa permit anjuran Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) yang juga turut berlangsung di ibu kota Kuala Lumpur. Biarpun tidak se'berdarah' tragedi 13 Mei, namun masih mampu melumpuhkan aktiviti seharian di ibu kota itu.
Adakah itu yang kita mahu?! Fikirlah semasak-masaknya... Bagi hangus pun tak kisah, janji kau tidak menghanguskan negara kau kelak!
6 comments:
dah pikir masak2 dah..hangus pun dah..
i m on of your follower... allow me to comment. Let see this as objective as possible, seperti u kata fikir masak-masak. saya ingin mulakan dgn pertanyaan kalau boleh:" kenapa membandingkan perhimpunan yg kononnya menuntut sistem pilihanraya yang lebih baik/telus dan indah dgn trgedi 13 mei". Maaf bertanya kerana sepanjang pembacaan saya tiada sedikit pun kaitan, ( fakta2nya saya mungkin boleh huraikan kemudian). Saya ingin tahu kerana mungkin saya terlepas pandang. Mari berbicara secara ilmiah. Dan saya juga cintakan negara seperti saudari.Wslm
tak sanggup nk tengok dah.. klu ad mesin masa, nk skip 9 july
jom puasa bulan sya'ban
http://eleventx.blogspot.com/2011/07/jom-puasa-bulan-syaban.html
afakah ini berkaitan dengan bersih 2.0??tak sepatutnya menghukum bersih sebagai satu perhimpuanan yang salah..keinginan bersih cuma mahu oilihan raya yang adil.bersih ni sama hukumnya macam nak gi berperang..hukum berperang menurut islam tak boleh rosakkan harta awam,tak boleh cederakan orang tua/wanita dan kanak2//dan tak semua perang itu membawa kepada keburukan..ada juga yang membawa keamanan..saya tak menyokong bersih 100%..Tetapi sebelum menghukum sesuatu keadaan..seharusnya dihukum menurut akal..bukan menurut hawa nafsu dan kepentingan sesuatu pihak..
Semua orang tau, mula mula aman. Lepas kena gas pemedih mata, habis semua dibalingnya. Tengok Greece baru baru ni.
mudah-mudahan dijauhkan lah kite dari peristiwa nie semula...
Post a Comment