follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Tuesday, July 05, 2011

UV 1000 Tanpa Perlu Ping Blog!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Seawal pagi semalam sudah terasa bahawa blog ini seperti menerima kunjungan yang tidak henti-henti... Setiap kali saya masuk blog saya ni, kelihatan widget whos.among.us di sebelah ni sentiasa memaparkan angka tidak kurang dari 10, yang memang jarang-jarang terjadi kepada blog saya ni sepanjang selepas widget tersebut dipasang pada blog ni!

Ya, pertama kalinya dalam sejarah blog ini mendapat angka sebanyak itu! Itu yang sempat saya captured semalam. Masa lain, tidak berapa pasti!

Nuffnang analytic sehingga jam 10.00 pm semalam. 189 UV dalam tempoh sejam?! Seriuosly, this is my first time!

Yang ni pulak Refferals sehingga jam 10.00 pm semalam. Engkau tengok, dari mana sebenarnnya datang trafik aku yang mencanak tuh?! Abang Nara, blog mu penyumbang utama trafik ku semalam... Ermmmm, sape tau, yang datang dari www.blogger.com tu actually apa maksudnya?!

Dan inilah beza trafik yang sangat ketara sepanjang minggu ni! Dan semalam adalah yang paling tinggi dalam sejarah penubuhan blog ini!

Dan ini adalah refferals untuk trafik seminggu. Beautiful nara juga menjadi penyumbang utama visitor ke blog ini!

Tau tak perubahan apa yang saya buat untuk mendapatkan trafik setinggi itu untuk blog saya yang cikai dengan bilangan Follower tidak sampai 1500 pun?! Walaupun saya tidak buat Ping kat mana-mana Ping website. Mesti korang cakap, "Hek eleh minah ni, baru UV 1500 sehari pun dah nak kecoh bagai nak rak!". Ko jangan g bandingkan trafik blog aku dengan blog Fatin Liyana, Hanis Zalikha atau si Ben Ashaari yang dah lama terkenal tu. Tak aci la weh!

Okeh berbalik semula kepada rahsia penjanaan trafik tu, owh itu bukan rahsia okeh! Ilmu tu milik Allah, jadi tak perlu saya simpan untuk diri saya sendiri. Saya cuma g tempek iklan kat komen blog-blog terkenal seperti dalam bloglist TEMPAT TEMPEK IKLAN di bawah ni. Ni contoh iklan yanag saya gi tempek kat entri blog Beautifulnara semalam:
Saya suka background pelamin dorg tu yang banyak munge2 tuh!
Entri best la ni, pilih je mana yang korang nak baca:
1. Cara Membezakan Kucing Sebenar dan Kucing Jelmaan Jin
2. Doa Menghindari Kemudaratan
3. Cerita Di Sebalik Malam Pertama Saya
4. Kota Kinabalu (From KKIA to 1Borneo)
5. Siapa Tak Nak Laki Macam Ni?! Aku Nakkkk!!!
6. Ye Saya Akui Saya Minat Dengan Suami Orang Ni! So What?!
7. Udah-udah Ler Tu Luna Nak Ganggu Dia, Tapi Dia Sangat Comel Okeh! Seriusss!!!
8. Adakah Siput Sinonim Dengan Lembab dan Lambat Sahaja?!

by LUNA LANUN

Cara untuk tempek iklan, boleh rujuk TUTORIAL MEMASANG LINK DALAM RUANGAN KOMEN.

Engkau jangan setakat pergi tempek iklan jer, satg tuan punya blog annoy pulak dengan iklan kamu tu. Jangan lupa beri komen yang berkaitan dengan entri. Tapi ada jugak blog blogger famous sorang tu yang tak approve komen saya yang banyak-banyak link macam kat atas ni. Touching gak la sekejap. Macam taknak berkongsi trafik je dengan orang lain. Takpela, itu blog dia, maka menjadi hak dia untuk buat macam tu. Apa ada hal?! Beautifulnara kan ada... Ekeekeke...

Lepas tu kan,  buat pertama kalinya seorang blogger famous drop comment dalam entri saya, mau tak rasa macam nak melompat lebih tinggi je kalau macam tu. Serius, itu menjadi satu motivasi untuk saya terus menulis yang terbaik pada masa akan datang.

Terima kasih Kak Kujie sebab sudi nak tampal komen dalam entri blog saya ni!

Blogger Kak Kujie ni memang salah seorang blogger yang saya sangat-sangat respect! Penulisan dia santai, namun setiap penulisan dia pasti tidak lupa untuk menyelitkan sedikit pengajaran. Dan dia memang jenis yang akan jawab komen yang berbentuk soalan. Saya dah lama peratikan. Serius, jarang blogger famous buat begitu.


14 comments:

Unknown said...

wahhhhhhhhhhhhhh mencanak2 naik tue hehehe..congratez dear and thankz for the info

Firdaus Life said...

gila gempak trafik

Hamba Ilahi said...

saya pun penah buat camtu..
trafik masuk beribu-ribu..
tapi rasa tak puas sebab cuma menumpang trafik orang lain..

erm, kalau dari blogger.com atau draft blogger tu suma rasanya follower2 awak la tu..

cepat jugak naik follower blog ni, entri sebelum ni baru 1234 kan, sekarang dah 1257.. banyak tu..


saya nak ajak tukar feed blog nak tak? boleh tambah trafik masing2.. tapi UV saya memang tak sampai 1000 sehari. kalau PV ja kadang2 naik sampai 2ribu..

saya tunggu jawapan awak kat sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

:)

zie_ira said...

uww,, nak try la lepas ni,,tenx 4 sharing de info,,^_^,,

rase nye x silap www.blogger.com tuh dari list2 blog kat dashboard la,,means2 blogger bukak blog luna ni through dashboard diorang,,^_^

Anonymous said...

huhu. Nice info. :)

Unknown said...

wow.. trafik dr beautifulnara.. untung r.. :D
blogger tu follower kita..

http://eleventx.blogspot.com/2011/07/jom-join.html

misz myza said...

perasan jugak luna komen kat BN.. kita x berani nak wat, takut org marah... hehehehehhe.. tp xpe, selamber je la kn luna..

Azza Azman said...

wahnak ikut jugak lah macam tu... sebelum ni buat kat blog serius je.. huhu

Jap nak tepek kat blog kamu boleh? Kenapa Rumah Kita Macamni

:.DiDa.: said...

nk letak iklan dlm komen tu mcmna ?

LUNA LANUN said...

UyaRayza - hik3! TQ dear...

Freaky - alhamdulillah... rezeki smlm... hr ni mesti turun sbb xdan nk menempek iklan.. hik3!

Hamba Ilahi - itu slh satu usaha utk mempromosikan blog sy... sy x kisah lak klu org nk label buat mcm tu sbg menumpang trafik org, janji tak mencuri, x aniaya org sudah! ekekekee...

myza - dia x kisah pun... belasah ajer... janji kita x aniaya dia sudah... :P

Chempaka - hahaha.. dan2 tempek kt cni...

Unknown said...

wahhh..tahniah..=)

Que said...

pergh..hebat2..usaha lg smpy menten 1000++ UV okies ;)

Entri Ngetop Papadom 2 Shooting In Penang | Skodeng Aktiviti Sekitar Pulau Mutiara

SUCI KUDUS said...

congretz...bagus dik.. teruskan usaha dapatkan 10 000 UV pasnih.. yakin boleh gittew

Kujie said...

Kat blog wp yang pasang plugin Commentluv memang tak approve komen ada link di kotak komen, ada satu bahagian yang disetting - satu link akan masuk kotak spam

kalau masuk kotak spam, kadang2 secara otometik akan didelete oleh sistem plugin Akismet ( ikut setting tuan blog )

lagi satu ada sebab knp ada blogger tak benarkan link kat kotak komen, dia nak control link juice yang tak perlu , sebab itu akan mempengaruhi juga PR dan SERP blog masing2.

Bayangkan kalau 50 org yg komen buat seperti itu....

Tentang Kak Jie...eemmm...dulu kini pun mcm ni..bkn femeslah....blogger indie je tak terlibat dgn blogger selebriti..hihi