follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Thursday, January 14, 2010

Lesson From A Snail

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Okeh selamat pagi semua. Ni saja ingin berkongsi sesuatu yang boleh diambil iktibar disebaliknya. Sebagai motivasi kepada diri sendiri sekiranya kita berada dalam situasi seperti berikut (bukan situasi di mana kamu menjadi siput la! haiyya lurus lak ngko ni berpikir!). Okeh, gambar-gambar dibawah dicedok dari satu sumber yang diGoogle.

Bila seseorang mengatakan kepada kamu bahawa kamu tidak boleh melakukan sesuatu, padahal kamu yakin kamu boleh buat, kamu rasa down tak sebentar?! Owh, jangan percaya kata-kata mereka tu. Belum tentu mereka benar! Yang penting kamu sentiasa berusaha ke arah itu! Jangan pernah putus asa okeh! Aja aja fighting!

Bila seseorang katakan bahawa kamu tidak boleh melakukan sesuatu perkara...

Jangan ragu terhadap keupayaan diri sendiri!


Sebaliknya hulurkan lagi keupayaan kamu!

Kamu harus hulurkan yang terbaik dari dalam diri kamu tu! Cuba sedaya mungkin!

Guna semua kuasa keinginan kamu disertai sikap sentiasa ke arah yang positif...

Jangan sesekali menyerah kalah!

Kerana akhirnya, kamu pasti akan berjaya dan membuktikan bahawa mereka salah!


10 Tips Menjadi Orang Yang Positif
  1. Ambil masa memulakan pagi anda dengan bersyukur dengan kehidupan anda. Bagi yang muslim, sudah tentunya solat subuh. Ia akan mewujudkan minda  yang subur untuk bersedia kepada kejayaan.
  2. Ubah kepayahan kepada kejayaan dengan memutuskan bahawa perubahan bukanlah musuh sebaliknya sahabat kamu.
  3. Membawa perubahan kepada kehidupan orang lain.
  4. Jangan buang tenaga berharga kamu terhadap gosip, isu yang sudah berlalu, pemikiran negatif atau perkara yang diluar kawalan kamu. Sebaliknya, labur tenaga kamu dalam perkara terkini yang positif.
  5. Hidup dengan penuh bertenaga, bersemangat dan memahami orang lain.
  6. Ingat!!! Tiada pengganti untuk kerja keras!
  7. Daripada asyik merungut, lebih baik fokus kepada penyelesaian. Ia adalah kunci kepada inovasi.
  8. Baca lebih banyak buku.
  9. Lebihkan senyuman. Ia merupakan anti-stress semulajadi.
  10. Nikmati perjalanan kamu. Kamu mempunyai satu perjalanan melalui kehidupan, maka jadikan ianya yang terbaik, dan nikmatilah ia.


2 comments:

Aujinz said...

nice entry..
nice pitcha..

siput tue hidup lagi ker?

LUNA LANUN said...

siput tu dah jd siput sedut! muahahaahahaha...