BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Selesai segala tugasan dan setelah berpuas hati dengan urusan di UM, kami terus menuju ke Shah Alam. Oh lama sungguh tidak menjejakkan kaki di bandar ini. Terakhir kali mungkin 4 tahun yang lalu. Lama bukan? Dulu selalu datang sini kerana ada kawan yang belajar di UiTM Shah Alam. Selalu melepak di hostel mereka. Selain itu, there was 'somebody'. Hahahaha.. Cinta monyet sungguh. Itu dulu semasa saya masih budak hingusan. Haishhhhh... Baiklah, mari kita lihat gambar-gambar yang sempat di'snap' semasa dalam perjalanan mencari lokasi SIRIM Shah Alam. Luckily my Mr Driver tau selok belok di Shah Alam ini. Hikhik! Harapkan saya drive sendiri, jawapannya, sesatlah saya di sini.
Kami masuk melalui susur ini. Dulu sangat familiar dengan gerbang ini. Semalam, seperti hampir-hampir terlupa tentangnya.
Dan bangunan ini, bangunan lama yg agak unik rekaannya. Betulkan bangunan lama?! Maaf kalau silap. Saya bukan orang Shah Alam! Hik alasan...
Tidak sampai 5 minit perjalanan dari susur masuk dari Lebuhraya Persekutuan, sudah jumpa tempat ini. Sangat mudah rupanya. Kalau saya drive sendiri pun tidak akan sesat punya. Menyusahkan abg saja kerna perlu drive saya ke Shah Alam.
Dan akan menjalankan analisis SEM itu di sini.
Gambar di ambil ketika kenderaan sedang melalui bangunan ini. Sangat suka gambar ini.
Setelah menemui lokasi yang bakal dituju besok, saya serta Mr Driver terus menuju ke Seksyen 2 untuk lunch. Sudah lama tidak merasa ABC Special di medan selera itu. Sangat sedap! Urghhh! Tapi malangnya, disebabkan jam yang sangat teruk serta ketiadaan tempat parkir, maka terpaksa kami beredar tanpa sempat turun dari kereta. Sedihnya saya.. Uhukk... Dan kami makan di tempat lain yang tidak sedap!
Untuk tidak menyusahkan Mr Driver, I decided to stay at Quality Hotel di Plaza Peransang kerana hanya itu saja hotel yang paling dekat dengan SIRIM dan paling convenient kerana berhampiran dengan beberapa shopping complex, hanya beberapa minit berjalan kaki, serta ada banyak gerai-gerai makan. So, tidak akan ada alasan untuk berkata susah untuk carik makan untuk makan malam. Dan stay di Quality Hotel, kebetulan mereka sedang mengadakan promosi, maka price untuk bilik pun sangat murah. I got RM101.20 for deluxe room with double single bed. Normal price adalah RM290, kalau tidak silap dan untuk government rate adalah RM190 something. Better saya ambil saja harga promosi itu. Dan saya pun diturunkan di hotel ini.. Ok dear, see u tomorrow!
Jam 2.58pm. Hari yang sangat panas. Pemandangan dari bilik 2129.
Saja snap senget kerana ingin memasukkan gambar awan dan langit itu.
Bangunan bersebelahan. Bangunan MBSA.
Dan pada waktu malam.
Oh I wish I could took tis pic using my DSLR. Huk, mesti sgt cantik!
Harus tidur dulu. Ada misi yang harus dilaksanakan besok.
Alamak! Faezah, dia ada di UiTM Shah Alam. Tidak sempat untuk berhubung dengannya. Sungguh saya lupa. Faezah, if u read this blog entry, harap maap ye, tidak datang bertemu kamu! Bukan jodoh kita. Hakk! Lain kali ya!
No comments:
Post a Comment