follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Sunday, January 10, 2010

Akuarium Seksyen 2 Shah Alam

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Akuarium ni betul2 terletak bersebelahan dengan Wet World Shah Alam (yang sudah kelihatan lebih kepada 'Dry World' kerana keadaan yg kelihatan kering kontang itu). Rasanya seperti sudah lama Wet World Shah Alam tu tutup. Kenapa ya? Malas mau ambil pusing.

It was my abang punya idea la ni yang tetiba bawak saya datang ke akuarium ni. Katanya masa mengajak tu, 'Jom g pasar ikan jap, nak beli lauk sikit.' Blur2 sebentar apabila dia berkata begitu. Tapi layankan saja, adat menumpang kereta dia, jangan terlalu banyak songeh katanya.. Hik3! Sementara menunggu En Siam siapkan SEM analysis di SIRIM tu, we all spent time di akuarium ni. Sebenarnya, akuarium ini adalah kedai menjual ikan serta aksesori akuarium dan yang berkaitan dengan membela ikan. Already know that my abg ni memang dah lama minat dalam bela membela ikan ni.

Oklah, malas mau mengarang ayat lagi, so lets these pics tell u the story...

Akuarium ni sangat besar. Seperti sebuah kolam renang (mungkin keterlaluan pula perbandingan ini) hahahha... oklah, kurang dari kolam renang kalik. Tapi ikan ini sangat besar. Betul. Tidak tipu la.

Rasa seperti ingin terjun ke dalam kolam ini dan mengambil gambar di sebelah ikan ini agar anda boleh mendapat gambaran yang lebih tepat tentang betapa besarnya ikan ni. Ikan yang terbesar di akuarium ini. I told my abg, 'Besarnyer ikan ni bang, macam anak paus kan?' Tapi besar paus lagi. :P

Pari ini diberi makan cacing tanah. Berselera melihat mereka makan. Yaakkkksss!

Henlei sp. Stingray : RM3688
Goshhh!!! Mahalnya!

Gelak kecil saya apabila teringat betapa bersinar-sinar mata abg mention betapa comelnya ikan ini.. Saya hanya mampu mengerutkan kening memandang wajahnya.. Hahahhaha... Sungguh tidak terduga dia akan berkata begitu.

Tiger Oscar : RM6
Alahhhh, gambar tidak berapa sharp la snap guna kamera henset ni. Mata ikan-ikan tu jadi begitu disebabkan pantulan dr flash kamera.

Ni sejenis makanan untuk ikan-ikan itu. Masih hidup lg. Meremang bulu roma okeh tengok ulat2 itu. Yakkssss... Bukan takut, tp geli!

Endlicheri Bichir : RM168
Cantik kah ikan ini? Kenapa harganya sungguh mahal?!

Talapia Sabah, kalau tidak silap saya. Betulkan saya sekiranya silap. :P

Pigeon Checker Board : RM98

A Grade Love Shape Blood Parrot : RM12
Sungguh pelik nama ikan ini.. Hahaha... Gambar tidak begitu cantik, if u can c d real 1, memang sangat cantik ikan ini.

Dasar ikan spa. Hahaha... Saya cuma tekapkan tangan saya pada dinding akuarium itu, berebut ikan-ikan itu mendekati tangan saya.. Hahaha.. RM0.80 seekor kalau tidak salah saya.

Haiwan ini pula tidak termasuk dalam kategori ikan. Hahaha... Dan haiwan comel inilah yang membuatkan saya tercegat lama di tepi sangkar mereka, melihat aksi-aksi mereka. Sangat comel! Its hamster. Si tikus comel itu...

Sangat comel yang seekor yang sedang tidur itu. Kemudian datang si pengacau ini menguis-nguis dengan kepalanya si comel yg sedang tidur itu. Nakal, tp comel! Geram! Haishhhhh...

Rupanya dia ingin mnecari tempat untuk tidur juga. Sekejap saja dia sudah tidur! Dan aksinya tidur juga cukup mengujakan. Sangat sangat sangat sangaaaaaaaat comel ok! Lihatlah sendiri.

Kemudian di dalam sangkar sebelah, mereka berdua ini sedang main gaduh2 mungkin. Sangat comel!

Dan yang ini sedang layan tidur.

Luas juga kedai ini. Mereka turut menyediakan ruang pameran ikan seperti gambar-gamabr di bawah ini. Mari kita lihat...
Anda akan melalui lorong ini untuk ke ruang pameran.

Dan kolam ini. Cuba kita zoom...

Sangat byk coins dlm kolam ikan ini. Izit a wishing pond? Membazir saja mereka humban syiling ke dalam kolam ini. Bukannya ikan-ikan itu boleh menggunakan syiling-syiling itu untuk shopping. Hahahaha...

Ruang pameran.


Setelah melihat-lihat beberapa akuarium, mata terpaku ke arah akuarium ini. Kenapa? Sila lihat gambar di bawah ini. Its arowana. Apa yang ganjil mengenainya? Perhatikan gambar kedua di bawah.

Ikan ini sungguh kasihan. Ini adalah pandangan sebenar ikan ini dr tepi. Ianya bengkok hampir 90 darjah. Kuat sungguh semangat ikan ini untuk hidup dan terus berenang dgn kecacatannya itu.

Dan saya tidak faham apa yang sedang dilakukan oleh penyu ini. Semasa saya mendekati dinding akuarium ini untuk menangkap gambarnya, ia melekat di dinding akuarium seperti gambar di atas. Seolah-olah ingin menonjolkan dirinya untuk di'snap'. Sangat lucu melihat kelakuan penyu ini. Hahaha...

Dan pemandangan ini dilihat dari dalam kedai ini.

Sempat meluangkan setengah jam pusing-pusing dalam kedai ini sebelum En. Siam call untuk pergi mengambil result and report of my SEM Analysis. Sangat seronok dapat melihat kelakuan haiwan-haiwan dalam akuarium ini. Rasa seprti tidak puas melihat. Terfikir untuk mengajak abg untuk pergi ke zoo... Hahaha...


17 comments:

Aujinz said...

masuk kena bayo tak ?...

mo pegi gak laa.. :D

LUNA LANUN said...

takyah byar. tp klu rasa2nya nk jugak keluarkan duit tu, byar kt aku jer lah! hahahhahahha...

Muhammad Izuan said...

waa... bestnya... teringin pergi...

Azahani Salleh said...

Bersedia membekal arnab hias berkualiti tinggi. Pelbagai spesis & harga terbaik utk petshop. Untuk pilihan menarik, sila layar http://arnab-manja.blogspot.com. Hubungi kami utk perbincangan lanjut. Zaha, arnabmanja@yahoo.com

me_nazri said...

itu ikan kaloi sabah bukan talapia sabah :)....

tinggal kat shah alam tapi tak pernah pergi lagi huhu

Anonymous said...

Kedai ikan hiasan kt seksyen 2 tu dh pndh mana?gua pgi tgk tmpt sudh kna rboh

LUNA LANUN said...

i'm not sure la... this is the last time I pegi sana...

Unknown said...

kedai ni pindah dekat seksyen 20..alamat dia dh lupa...

Unknown said...

kedai ni pindah dekat seksyen 20..alamat dia xingat...heheh...and satu lagi...pameran dia dh xde..

Unknown said...

kedai ni pindah dekat seksyen 20..alamat dia dh lupa...

Anonymous said...

Kedai niy dh pindah kt seksyen 24..dekat dgn Eon Big,blkg tu ade uma2 n kedai ..dkt blkg skali..betul2 depan rumah teres tu.
Ade kilang kecik2 kt situ..kedai tu no2..

Unknown said...

Tq so much nasib baik tak pergi tempat lama. today will visit new place.tq frens

Unknown said...

Sorry,, seksyen 20 kat mne ye,, nak pi beli ikan hias na

Unknown said...

Dimana Saya boleh dapatkan ini encik

Unknown said...

Hi, salam. Just nk tnya boleh buat PRAKTIKAL tk kt sni ?

Unknown said...

Kedai ni ambil student praktikal tak ?

Unknown said...

katak pancing ada jual?