follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Thursday, July 21, 2011

Fitnah Melalui Artikel, Penulis Blog Diarah Bayar RM300,000

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Ini adalah entri "salin dan tampal". Selagi viva voce saya belum selesai, selagi itu blog ini hanya akan menyiarkan entri-entri "salin dan tampal".

Baik, berbalik kepada tajuk entri. Untuk peringatan kita bersama okeh! Oleh kerana saya juga salah seorang penulis blog, ramai pembaca blog ini juga penulis blog, dan komuniti penulis blog di Malaysia semakin hari semakin mengembang, berita berikut harus dijadikan peringatan agar sentiasa berhati-hati dalan setiap penulisan kita dalam blog. Jangan sampai dikenakan tindakan undang-undang sudah!

Penulis blog Amizudin Ahmat diarah membayar ganti rugi RM300 ribu kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana memfitnah Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan itu berhubung artikel merogol pembantu rumahnya warga Indonesia.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof turut mengarahkan Amizudin yang juga ahli jawatankuasa PKR, membayar kos RM100 ribu.

Kata hakim, tuduhan itu tidak sihat daripada segi hubungan diplomatik dan menambahkan lagi kemarahan negara jiran memandangkan terdapat kes warga negara berkenaan didera ketika bekerja sebagai pembantu rumah di negara ini.

Bagi hakim tindakan Amizudin mengeluarkan artikel itu sebelum memastikan kesahihannya, tindakan cuai.

Artikel itu disiarkan dalam sharp-shooter-blogger.blogspot.com Disember tahun lalu.

Wanita terbabit kemudian dilapor memberitahu sebuah portal berita Indonesia, dia tidak  pernah dirogol atau dilayan buruk majikannya itu.
Sumber: Berita TV3


8 comments:

-privcy- said...

blogger perlu mpunyai etika tsendiri,supaya tidak mbuat sebarang artikel palsu dan mnyalahi undang2:)

LUNA LANUN said...

NorAslan - itulah yg kadang kala penulis blog ni terlepas pandang. Terlalu kusyuk nk lepas geram, aspek lain terlepas pandang...

Anonymous said...

Kadang2 mereka ni mengamalkan "ni blog ak, sukati ak lah". Tu lah yg mnybbkan perkara macam ni berlaku. huhu. :)

Kamal Halim said...

tu lah padahnya bila mgunakan penulisan sbg wadah kritikan,silap hrbulan...mcm tu jdnya.
Harap kita semua berhati2..

-privcy- said...

betul tu..terlalu kusyuk sampai lupa nak nilai apa yg dtulis:)

fatian athiea said...

masyaAllah..subhanallah..astaghfirullah:)

cityiklan said...

ni kes main tulis je ni...

Cityiklan
Iklancoffee
andaforex
iklan percuma Online Malaysia
Watey Blog

norliza said...

tagg:
http://ibuarifandaisyah.blogspot.com/2011/07/first-giveaway-by-idas-creative-craft.html