BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
PART 5 : Istana Nurul Iman
PART 6 : Universiti Brunei Darussalam
Entri kali ni nak bercerita tentang Kampong Ayer di Bandar Seri Begawan dalam Daerah Muara. Kampung Ayer terbntang sejauh beberapa batu di sepanjang tebing Sungai Brunei. Kampung Ayer merupakan perkampungan di atas air yang terbesar di dunia (
sumber: Brunei Resource) dengan kelompok 42 buah kampung yang dihuni lebih daripada 30,000 penduduk. Sesetengah orang menggelarnya sebagai 'Venice Timur'.
|
Kampong Ayer Brunei. |
|
Pemandangan perkampungan air dari tepi bandar Bandar Seri Begawan. |
|
Bangunan konkrit di bandar vs. rumah kayu di perkampungan air yang dipisahkan oleh Sungai Brunei. |
Pelancong
yang ingin merasai pengalaman menaiki 'teksi air' untuk meninjau kawasan perkampungan Kampung Ayer boleh melakukannya dengan
menaiki 'teksi air' yang sentiasa beroperasi setiap hari di jeti 'teksi
air' di hadapan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di pusat bandar
Bandar Seri Begawan dan juga dari perkampungan air itu sendiri. Bayaran adalah BND15/orang. Agak mahal namun berbaloi dengan pengalaman yang kamu rasai di sini.
Bot dikatakan menjadi kewajiban untuk dimiliki oleh setiap keluarga di Kampong Air selagi tiada jambatan yang boleh dilalui oleh kenderaan darat yang akan dibina bagi menghubungkan perkampungan air ini dengan pusat bandar.
|
Selain kegunaan untuk menangkap ikan, ia juga dijadikan sebagai teksi penambang. |
|
Bot menjadi pengangkutan rasmi di perkampungan air. |
Bagi 'teksi air', bot adalah berbumbung okeh.
Biarpun pusat bandar hanya di seberang sungai, namun perkampungan ini masih dilengkapi dengan kemudahan moden seperti sekolah, kedai-kedai, pasar, masjid, klinik, balai polis dan balai bomba. Semuanya dibina di atas air okeh... Stesen minyak juga dibina di atas air untuk kemudahan bot-bot persendirian dan juga 'teksi air' mengisi minyak untuk kenderaan air mereka.
|
Bangunan sekolah yang dibina di atas air. |
Hari sudah agak lewat semasa kunjungan saya ke mari, almaklumlah, harus round seluruh tempat-tempat menarik sekitar Bandar Seri Begawan tu dalam masa sehari suntuk. Maka tak berkesempatan untuk ronda-ronda kampung air menaiki 'teksi air'. Hukhukhuk... Untuk 5 gambar seterusnya, saya pinjam dari
Blog Maya Dot Com. Mau kasi kamu tengok kemudahan-kemudahan lain yang ada di perkampungan air ni selain sekolah di atas.
|
Balai Bomba. Cool je... Senang nak dapatkan air untuk padam kebakaran kalau macam ni. Tak yah kalut nak cari pili bomba dah. - Gambar ehsan Blog Maya Dot Com |
|
Kedai makan. Drive tru versi atas air... Hik hik hik... Takdenya drive tru. Ko kena parking gak bot ko kat tepi tu. - Gambar ehsan Blog Maya Dot Com |
Oh yer, bagi penduduk yang mempunyai kenderaan darat, kenderaan mereka akan diletakkan di kawasan parkir kenderaan di seberang sungai. Wahhhh, baiknya penduduk BSB ye... Bila dah berani letak kenderaan jauh dari pandangan mata tuan empunya kenderaan, itu menunjukkan tiada berlakunya jenayah mencuri kenderaan la tu...
|
Kawasan parkir kenderaan. |
|
Kat tepi jeti je dia orang parking kereta. Ye lah kan, takkan la nak angkut masuk dalam bot kecik tu sekali! Owh tak logik! Tak masuk dek akai... :P Abaikan gambar mamat tu, my driver of the day. Sorry la Saiful Azman, gambar ko tak banyak, ini aku punya blog, jadi harus gambar aku lah yang banyak. Hahahaha.. |
|
Kereta orang-orang BSB, perghhhh... Tak banyak pun tengok kereta jenama Malaysia kat sini. Sebenarnya nak posing kat depan kereta mewah, tapi oleh sebab ada orang lalu lalang, segan la pulak. Posing la kat mana-mana pun yang boleh. Tu yang dapat kereta ni... |
Okeh. gambar-gambar seterusnya kami ambil di tempat lain. Waweeeee, boleh tahan pemandangan di sini!
|
Pagar dalam gambar di sebelah kanan di atas merupakan pagar Istana Nurul Iman. |
|
Sangat mabeles kan?! |
|
Rumah yang berwarna warni tu mencantikkan lagi pemandangan ni... Huhuhuhu... |
|
Lagi.... |
|
Dan lagi... |
|
Yang ni jeti di kawasan kampung. Jeti di pusat bandar, tak dan nak singgah jenguk pun ari tu... |
Biarpun dikelilingi oleh arus pembangunan dan kemodenan, namun ciri-ciri tradisional perkampungan Kampong Ayer masih lagi dikekalkan sehingga ke hari ini. Kampong Ayer dijadikan sebagai salah satu warisan negara Brunei Darussalam dan pelbagai usaha sedang dibuat untuk mengekalkan gaya hidup ini kerana ia merupakan legasi 'air' orang-orang Brunei. Ia bukan sahaja sebagai tarikan pelancong, tetapi juga untuk generasi masa depan Brunei Darussalam.
Gambar seterusnya adalah gambar selingan saja... Oleh kerana pemandangan yang sangat cantik itu, maka saya menggatalkan diri untuk buat sesi fotografi la pulak di sini! Hahahaha... Layannn...
Maka itulah saja kisah dari Kampong Air Brunei Darussalam... Lepas ni nak siapkan entri untuk bebrapa lagi tempat-tempat menarik yang sempat saya singgahi di sekitar Bandar Seri Begawan, antaranya adalah... Istana Nurul Iman, Universiti Brunei Darussalam (UBD), Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Persiaran Damuan, dan beberapa tempat lain lagi. Tunggu entri seterusnya... :)
8 comments:
sungguh cantik pemandangan kat kg air kat brunei tu.....kat penang pun ade juga...
KK dgn Labuan pun ada... :D
damha- penang? area mana tue? nk terjah laa nanti... hihihi :)
luna- bestnyaa dapat jalan2... mesti suka travell kn?? :)
memang best jln2... yg tak bestnya time kena keluar duit tuh... huk3!
Lama tak jejak Brunei. Terima kasih
Pencarian Jiwa Diri Saya
Lovely place but missed it but sure saw the mosque.
aku tinggal kat brunei. byk mknn sedap sini hehe
Saya baru nk pergi sana. Tgok sini http://isabellaidura.blogspot.com.
Post a Comment