follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Saturday, July 09, 2011

PATRIOT dengan BERSIH sama jer letak otak kat lutut!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Mesti sekarang ramai yang sedang menonton berita kan untuk mengetahui berita serta perkembangan mengenai isu perhimpunan haram yang diadakan di ibu kota Kuala Lumpur pada hari ini? Tak paham betul la dengan dia orang ni. Kesimpulannya, apa yang mereka dapat?! Selesai masalah?! Lagi mendatangkan masalah ada la!

Berita TV3 ni pun satu, berat sebelah, duk kutuk BERSIH je (saya bukan nak sokong BERSIH okeh), padahal PATRIOT tu sama jer. Lagilah dia orang buat perarakan di Bukit Bintang, tempat tumpuan pelancong asing. Napa kena pilih tempat tuh?! Sama je menyusahkan orang ramai. Konon nak bantah perhimpunan dan perarakan haram BERSIH, abih tu yang dia orang pergi buat perhimpunan dan perarakan haram tu, apa kes?! Dua-dua pun sama letak otak kat pala lutut! Emosi lak malam-malam minggu cenggini. Haishhhhh...

Cuba bayangkan kalau kedua-dua kumpulan ni bertembung?! Mula-mula mungkin hanya perang mulut, lepas tu ada la yang terlebih emosi tu mula nak lontar-lontar barang, lepas tu?! Nak mengulangi tragedi berdarah 13 Mei 1969?! Nak porak perandakan KL tu dengan mayat-mayat yang bergelimpangan?! Nauzubillah...

Tahniah dan terima kasih banyak-banyak kepada pasukan PDRM serta semua pasukan keselamatan yang terlibat dalam mengawal situasi pada hari ini.

Tolonglah, jagalah keamanan negara yang kita warisi daripada datuk nenek kita yang sanggup berkorban nyawa untuk mewariskan keamanan tersebut kepada kita. Benarlah, untuk menhancurkan negara tu, dalam sekelip mata pun boleh. Nak membina dan mengekalkan keamanannya?! Semuanya di tangan kita. Jadi, janganlah sesekali kamu jadi sebahagian daripada mereka yang cuba menggugat kesejahteraan negara kita ni.


13 comments:

Sandra Azwan said...

Macam2 sekarang....tiba2 rasa macam tak selamat dekat negara sendiri! Salah siapa? errm....

Na'im Nikmat said...

Tahniah kepada FRU kerana mencederakan peserta bersih, Tahniah kepada FRU seorang peserta bersih meninggal, Tahniah kepada FRU!!! Perhimpunan yang sepatutnya Aman menjadi ganas kerana FRU!!! Tahniah Tn Blog Kerana menjadi pembela FRU!!!

arituarini said...

td kau tgok bertembung ke tak?..tau kes 13 mei dulu pasal apa? td bersih semua kaum ada..nak bergaduh ngan ptriot buat apa..dia 200org je....

datuk nenek mana yang sngup berkorban nyawa utk bagi keamanan kat kita sarang..cuba bg tau sikit...

perompak harta rakyat dalm diam yang selamt...kah kah kah..

*dunia internet skang ada jugak org kat lutu lg..

Senyuman Cahaya mata said...

kenapa ye bleh jadi macam nie
??

AJ said...

As Salam,

saya taknak mengomen pasal bersih. Cuma nak menunaikan janji yang lama tidak tertunai.Mahu teguri blog ini seperti dijanjikan di sini :

http://www.eyriqazz.com/2011/04/siapa-mahu-kena-tegur-dengan-eyriqazz.html

Inilah teguran saya:

1)nama blog nice.mudah ingat,mudah disebut.
2) Header terlalu besar.
3)blog nampak kemas. suka
4)gambar yang diambil agak cantik juga. teruja..jealouss..hik3
5)widget blog rasanya lebih sesuai berada di sidebar dari di bawah sekali
5)saya belum nampak woww faktor di blog ini...namun, i think u r on the right direction...

Shafiq said...

Betul tu. Dua2 lebih kurang sama je. pelik la politik nie..

titan said...

amboi. marahnya dia..

Na'im Nikmat said...

Jika anda seorang yang adil sila terbitkan komen saya ini:

BERSIH 2.0:Lihatlah Gambar-gambar Dan Video Keganasan Polis Untuk Tatapan Umum, Anda Jadi Saksi Keganasan Polis Terhadap Peserta Bersih 2.0.

wan nur said...

salam..
entah, betol2 xpaham ngan manusia skg nih..

Honey Bhulat said...

sokong sgt entry ni..yang xtahan nye..makcik2 n pakcik yang tua2 pon join..xkesah la bersih ke patriot..sama je..xsakit lutut la jalan jauh2, diri lelama..kalo solat lama sikit berdiri ngeluh sakit lutut..hurm, mcm2

arituarini said...

jika bersih otak kat lutut.. siapa yang otak tidak kat lutut?
polis??umni??kerajaan??atau

sy bg cth..konsert yg dibuat di stadium mengapa tidak menjadi kecoh walaupn bilangn yg hadir ramai?kdg2 sampai 5ribu atau lebih..jika ada perlawanan bola sepak pulak sampai 80ribu..setiap polis mengawal lalu lintas..agar berjalan lancar..
mengapa tidak bersih//sedangkn bersih hendak dibuat di stadium.dan bukn nk mngulingkn kerajaan pun...mengapa jd tidak terkwal walupn ramai polis..kerana stdium dtgh2 kl ke? susah nk paking keta ke?

bersih berjalan nak masuk stadium..apa masalhnye..1000 yg ditngkap da parang ke tadi?

Anonymous said...

y we have to blaim BERSIH at the first place. slhkan gov knaper ssh sgt nak bg permit even AGONG da bg green lite.. BERSIH bkn nak guling depa pon.. they are just claimers..
Y the Gov is so afraid of CLAIMERS. please bear on mind rakyat ader hak untuk bersuara.. come on la, smpai bile kita nak ikut telunjuk org. its time to buang budaya tu jauh2. Smapai bile kiter nak tgk kemungakaran?? we are muslim have to do something to hapuskan kemungkaran kan.

shida said...

saya tak suka perhimpunan BERSIH nih!!
:P
jemput singgah
http://luvabenbaby.blogspot.com/2011/07/pembersih-kah-malaysia.html