BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum... Okeh sebelum tu boleh baca Part 1 dan Part 2 pada pautan di bawah:
PART 1 - Sekitar Bandar Seri Begawan
PART 2 - Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah
PART 4 - Kampong Ayer Brunei
PART 5 : Istana Nurul Iman PART 2 - Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah
PART 4 - Kampong Ayer Brunei
PART 6 : Universiti Brunei Darussalam
Masjid Omar 'Ali Saifuddien |
Untuk Part 3 ni, saya kongsikan satu lagi mercu tanda negara Brunei Darussalam yang terletak di tengah bandaraya Bandar Seri Begawan, ibu negara Brunei, iaitu Masjid Omar 'Ali Saifuddien. Masjid ini juga merupakan salah sebuah monumen kebanggaan negara ini yang diilhamkan oleh ayahanda Sultan Brunei kini, iaitu Sultan Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, yang menjadi peneraju takhta ketika masjid ini sedang dalam pembinaan. Masjid ini siap sepenuhnya pada tahun 1958.
Masjid ini dikelilingi oleh laguna pada tiga sisinya, yang mana di tengahnya terdapat sebuah replika tongkang diraja abad ke-16 atau dikenali sebagai Mahligai, yang digunakan sekali sekala untuk upacara keagamaan seperti pertandingan membaca Al-Quran tahunan. - My Brunei Darussalam
Masjid ini juga merupakan salah sebuah masjid yang paling mengkagumkan
di Asia Tenggara. Seni binanya yang sangat mengkagumkan dilengkapkan dengan
penggunaan batu marmar Itali sebagai bahan bina lantai masjid ini dan
granite Shanghai untuk dinding luar. Candelier dan tingkap kaca berwarna
didatangkan khas dari Britain manakala permaidaninya diimport dari Arab
Saudi dan Belgium. Kubah emasnya yang berkilauan terdiri daripada 3.3
juta keping mozek Venice yang melitupi 520 meter persegi. - My Brunei Darussalam
Cantik bukan?! Pemandangan pada waktu malam?! Subhanallah... Perghhhh!!!! Lagi superb. Tak percaya, lihatlah sendiri...
Baiklah, nikmati pemandangan malamnya di bawah ni...
Sewaktu tiba di sini pada sebelah malamnya, waktu maghrib hampir tiba. Tu yang awan tu berbalam-balam hitam birunya. |
Serius, saat ni sangat-sangat kelesuan akibat seharian berjalan mengelilingi semua tempat-tempat menarik di sekitar bandar Seri Begawan. |
Serius sangat cantik. Dari jauh, kamu boleh lihat warna (pantulan cahaya lampu) masjid ni sangat menyerlah daripada bangunan-bangunan lain di sekitarnya. |
Sementara menunggu sahabat sedang menunaikan solat Maghrib, gambar ini dirakamkan dari arah padang Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien. |
Sekian untuk episod ke-3 pengembaraan di Brunei Darussalam. Tunggu sambungan episod berikutnya. Sekian terima kasih. Nak sambung menghabiskan KFC Ole Pocketfull saya ni sambil melayan cerita Mission Impossible 4 di TV2. Tak percaya lak aku layan cerita mengarut yang mana hero dia ni tak reti nak mati walau dalam situasi ngeri dan bahaya macam mana pun. Cessss... mengarut! Lepas ni nak layan midnite movie di TV3 pulak. Huuhhuhhu... Selamat malam semua.
2 comments:
cantik nye masjid tu... suke ngat bile night view tu.. nice one...
sungguh indah pic masjid tu waktu mlm....
Post a Comment