follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Saturday, July 02, 2011

10 Tokoh Malaysia Berdarah Indonesia?!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Sedang google gambar-gambar Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie tadi, sekali tersinggah la kat satu website ni, ke blog?! Tapi nampak macam layout forum pun ada... Apa-apa je la... Anyway, seperti perkara tajuk di atas, saya kongsi kat sini apa yang dikongsi dalam laman web tu. Laman web tu milik orang negara jiran kat seberang tu hah... Kalau tengok komen-komen kepada posting dia tu, ermmmmmm... Saya tak mau komen apa-apa la.


1. Tun Abdul Razak
Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein Al-Haj merupakan anak sulung Dato' Hussein bin Mohd. Taib dan Hajah Teh Fatimah binti Daud. Ia memiliki darah bangsawan Bugis yang datang ke Malaya pada abad ke-19.


2. Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, sama seperti Tun Abdul Razak, beliau juga memiliki darah Bugis.
 

3. Leftenan Adnan
Adnan bin Saidi atau lebih dikenal sebagai Lt. Adnan Saidi dilahirkan di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor pada tahun 1915. Adnan Saidi merupakan anak sulung dalam keluarga keturunan Minangkabau.


4. Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman
Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-10 (26 April 1994 hingga 25 April 1999) dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-4 dan anak dari Yang di-Pertuan Agung yang pertama. Baginda memiliki darah Minangkabau.


5. Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo
Dato' Seri Dr. Mohammad Khir bin Toyo (lahir di Tali Air 2, Ban 4, Sungai Burung, Tanjong Karang, Selangor, 6 Ogos 1965) adalah bekas Ketua Menteri Selangor memiliki jejak keturunan Jawa.


6. Dato' Sri Najib Razak
Anak kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Masih memiliki darah bangsawan Bugis.


7. Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim
Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim lahir dari pasangan yang berasal dari Minangkabau, Indonesia iaitu Mohammad Yatim@Jatin bin Tahir (ayah) dan Siandam (ibu). Ayahnya seorang pedagang yang berasal dari Palupuh, Agam, Sumatera Barat. Pada tahun 1920-an, ayahnya merantau ke Klang dan terus ke Gagu. Sedangkan Siandam berasal dari Kampung Sipisang, Palupuh, Agam. Ketika berumur belasan tahun, ibunya merantau ke Sungai Serai, kemudian Kampung Katub, Lenggeng dan akhirnya di Jelebu.


8. Raja Melewar
Raja Melewar atau nama sebenarnya, Yang Maha Mulia Paduka Sri Tuanku Sultan Mahmud Syah ibni al-Marhum Sultan Abdul Jalil adalah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pertama yang memerintah dari tahun 1773-1795. Merupakan putera kepada Sultan Abdul Jalil (raja Pagaruyung) dari barat Sumatera yang datang untuk memerintah negeri itu selepas delegasi daripada ketua-ketua tempatan mencari pemimpin baru bagi Negeri Sembilan telah dihantar ke wilayah Minangkabau.


9. Sheikh Muszaphar Shukor
Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha merupakan angkasawan Malaysia pertama dikatakan mempunyai darah keturunan Bugis.


10. Syeikh Muhammad Saleh Al-Minankabawi
MENGENAI ulama yang berasal dari Minangkabau ini, masih terdapat beberapa perkara yang masih bersimpang-siur. Terdapat dua nama mengenai orang tuanya, iaitu ‘Abdullah dan Muhammad Thaiyib. Ayahnya yang bernama ‘Abdullah digunakan pada tiga buah karyanya yang telah ditemui. Nama Muhammad Thaiyib pula digunakan sewaktu beliau menjadi Syeikh al-Islam Perak Darul Redzuan. Syeikh Muhammad Saleh dilahirkan di Kampung Tungkar, Luak Tanah Datar, Minangkabau, Sumatera Barat. Muridnya bernama Muhammad Saleh Mandahiling, penulis buku biografinya yang menyebut bahawa Syeikh Muhammad Saleh lahir kira-kira pada tahun 1266 Hijrah. Penulis masih meragui tahun andaian itu, kerana beberapa fakta bertentangan dengan jalan sejarah yang ada hubungan dengannya. Syeikh Muhammad Saleh meninggal dunia pada 17 Zulkaedah 1351 Hijrah/12 Mac 1933 Masihi di Kuala Lumpur.


15 comments:

Firdaus Life said...

ehh betol ke berdarah indonesia ?

Anonymous said...

tapi tak boleh nak percaya sangat jugak, sebab fakta-fakta yang keluar kat internet ni bnyk yg tak dijamin kesahihannye. wallahualam

Mitch said...

Masalahnye, siapa yang cakap kite tidak berasal dari Indonesia? Mungkin bukan 'berasal' dari Indonesia, sebab 'Indonesia' muncul pada tahun 1945 atau 1949. Banyak datuk nenek kita datang ke Tanah Melayu sebelum tarikh itu, juga sebelum munculnya Malaysia atau Malaya (sebelum munculnya sempadan diplomatik). Jadi memang lah kite berkongsi asal usul yang sama.

Mase ni baru nak mengaku org2 Malaysia berasal dari Indonesia. Tapi xnak terima pula yang kita kongsi budaya yang sama. Ingat lagi diorg tuduh kite curi tarian pendet (adat kebudayaan) diorg. Bukan curi, dah sebab orang kite dulu berasal dari Indonesia, mestilah kite bawa adat budaya kite sekali. Seolah2 mcm orang di Tanah Besar China marahkan Malaysia sebab kite kate tarian singa tu budaya kite.

Maaflah panjang pulak komen. Org Indonesia ni tak habes2 nak bermusuh dgn Malaysia. Kite semuakan serumpun. Haish.. =)

akubiomed said...

Dulu Indonesia terkenal dengan nama Sumatera. Generasi sekarang kebanyakkan dilahirkan di Malaysia dan sentiasa dikenali sebagai anak Malaysia. Malaysia tanah tumpahnya darahku

Aida said...

nak komen jugak.....

nasib bek aida x der darah...ader la darah...tapi itu cina ma...

moyang, n watever aida pedagang cina n menetap kat melaka..

campor bugis pon ader n india kowt...hahahhaha

well, biler la malaysia ni nak kurg kn PATI

B33HA B3n said...

komen beeha ialah :

"same mcm komen encik Helmi kt atas ni ye.." :)

bone-makasar said...

Makkasar juga lah..harapan...

Unknown said...

Sy tak kesah dngan ucapan tu.. bgi sy lh. Dri negara mna pon kta ni smua brsaudara... hehehehe

Anonymous said...

abdullah ahmad badawi orang penang. penang bukan bugis

Nur Syafika Abdul Wahid said...

WOW!!!

antihipokrit said...

Penang pun banyak bugis..bukan johor dgn Selangor je..Perak Kedah pun ramai bugis...cuma aku nak tegaskan..kita di semenanjung ni bukan orang Indonesia..sebabnya Indonesia baru wujud..tak ada istilah indo ratusan tahun dulu..yg ada cuma Sumatra, Sulawesi, jawa Borneo..jadi aku bukan orang indo..indo tak wujud dlm jiwa aku

Unknown said...

Cuba kaji asal usul bangsa dan Bahasa Melayu. Semua berasal dari Indonesia dan Thailand. Melainkan orang Asli..di Sabah Sarawak pun majoriti berasal dari Kalimantan dab Filipina..

Unknown said...

Jadi bugis tu bukan indo lah?? Owh baru tau yang bugis tu bukan indo hahaha gi bukak wikipedia bugis tu dari mana dan kepulauan mana...

Unknown said...

Kita saudara serumpun...Kita tak perlu bermusuhan. Jangan mau kita di adu domba. Pastilah banyak keturunan Jawa, Sumatra, Bugis dll ada di Malaysia kini.

Unknown said...

Betullah tu
Keturunan bugis,jawa,atau lain2 yg datang ke tanah melayu , sebelum pembetukkan indonesia..bukanlah org indonesia...sebaliknye mereka berasal dr kerajaan mereka waktu itu.iaitu kerajaan sulawesi yg sekarang berada dibawah kerajaan indonesia.

Kalau di malaysia biar pon datuk atau nenek lahir di tanah melayu sebelum merdeka dia tetap dapat ic merah maksudnye bukan warganegara.sebb lahir sebelum merdeka atau sebelum gagasan malaysia dibentuk.

#fakta