BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum... Dalam perjalanan balik dari KL ke Kuala Selangor tengahari tadi, kami singgah Shah Alam sebab ada urusan lain. Memandangkan azan sedang berkumandang sewaktu kami melalui Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, maka kami pun singgahlah menunaikan solat Zuhur di situ. Perghhhh, pertama kali melangkah masuk masjid ni, sikit punya luas daaaa... Saya sampai sesat-sesat kat dalam tu nak cari tandas perempuan... Orang kata, malu bertanya sesat jalan ek?! Beberapa orang jugak la yang saya tanya minta direction ke tandas. Serius luas...
Chuppp!!! Iklan 1 Minit: Cer teka apakah 'tempat' ni. Jawapan cepat, tepat, spesifik, dapat hadiah misteri tau...
Chuppp!!! Iklan 1 Minit: Cer teka apakah 'tempat' ni. Jawapan cepat, tepat, spesifik, dapat hadiah misteri tau...
Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah |
Nak dijadikan story of the day, usai solat Zuhur, tiba-tiba je, entah dari mana hala, abang meluru dari satu penjuru masjid, dengan tak pakai seliparnya, dengan cemasnya, dengan tergesa-gesanya, menerpa ke arah kereta, kelam kabut bukak bonet, keluarkan besi bukak tayar kereta dia tu, terus berlari semula dari arah dia datang tu sambil berkata: "Ada budak tersepit!"
Hah?! Saya tanpa sebarang soalan, terus follow je la abang dari belakang... Sampai ke lokasi kejadian... Lorrrr... Budak sekolah, perempuan, kaki dia tersepit kat penutup longkang!
Jemaah masjid yang lalu di kawasan terbabit sedang berusaha mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit. |
Kesian tengok keadaan budak perempuan tu masa saya tiba di situ. Sedang menangis, tapi takdelah meraung. Tangan dia kelihatan sangat menggigil. Dahi, baju, abih basah akibat mandi peluh. Sekuriti masjid lak, duk tercongok je kat tepi tu dengan walkie talkie dia, duk minta besi la, hapa la... Beberapa orang gentlemen (:P huhuhu), termasuk abang la tu, berusaha meregangkan besi penutup longkang tu, manakala dua orang cikgu perempuan, cuba mengangkat badan budak perempuan tu.
"1, 2, tarikkkkk!!!!" |
Beberapa minit lepas tu, akhirnya terlepaslah kaki budak tu. Alhamdulillah... Hampir setengah jam jugak budak tu tersepit kat situ.
Dan akhirnya... Selamat semuanya... |
Alhamdulillah. Tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Semasa mereka bertungkus lumus untuk keluarkan kaki budak ni, risau gak dorang, takut patah lak kaki budak perempuan tu kalau dorang tarik dengan paksa kaki dia keluar. Namun, setelah terlepas, kaki budak perempuan tu hanya mengalami calar sedikit saja.
Semasa dalam perjalanan ke kereta, abang cakap, "Haiihhhh budak-budak... Padang sikit punya luas, tang tu jugak dia nak main!" Saya tersengih je la dengar.
Kemudian dia menambah, "Alhamdulillah, keluar-keluar je dari masjid lepas solat, Allah bagi rezeki kat abang untuk bantu orang yang dalam kesusahan..."
Ermmmm... Baiklah...
8 comments:
lol~
kcian.........
nsib baek slmt..xyah pggil bomba~
Kesiannya.
kalau orang lain tak perasan macam mana la kan.
macam mana la boleh termasuk kan?hurm..
ha3
interesting story..cian adik tuh..mst cuak tahap dewa dah..Alhamdulillah xda cedera teruk..
jmput sggah blog shida..tq
http://luvabenbaby.blogspot.com/2011/07/8-penyebab-korang-ni-mudah-lupa.html
ya allah..cmner boley tersepit..urm, nakal la tu...xpon petanda jodoh dgn org masjid..hehe
penah kena mcm ni..huhu
agaknya kaki budak tu terlampau kecil kot
Post a Comment