BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
SEKITAR BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI DARUSSALAM
PART 1 : Bandar Seri Begawan
Alhamdulillah... Akhirnya tercapai hajat untuk singgah di masjid yang indah ni. Serius sangat cantik. Tapi ada satu lagi masjid di Bandar Seri Begawan ni, yang serius lagi sangat cantik apatah lagi jika dilihat pada waktu malam. Owh, yang itu nanti lain kali saya kongsikan okeh.
Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah |
Dianggap sebagai salah sebuah monumen terhebat kepada umat Islam di seluruh rantau ini, Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah merupakan idea Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam.
Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Kiarong oleh penduduk tempatan memandangkan lokasinya yang terletak di Kampong Kiarong, beberapa kilometer dari ibu negara Brunei Darussalam (Bandar Seri Begawan). Ia dibina bagi memperingati ulang tahun pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda yang ke-25 tahun. Masjid ini dibuka secara rasminya pada hari Khamis, 14 Julai 1994.
Orang ramai dibenarkan untuk memasuki masjid ini, namun perlu menanggalkan kasut sebelum masuk dan tidak berbuat bising bagi menghormati orang lain yang sedang bersolat. Bagi pelawat wanita, mereka perlu menutup kepala dan berpakaian sopan.
Waktu Lawatan:
Ahad - Rabu [8am-12pm, 2pm-3pm dan 5pm-6pm]
Masjid ditutup kepada bukan Islam pada hari Khamis dan dibuka pada hari Sabtu sekiranya tiada majlis rasmi pada hari berikutnya.
Sumber: My Brunei Darussalam
Pintu pagar sahaja, bukan main gah lagi! |
Menurut penduduk tempatan yang saya temui di kawasan masjid ni, kubah masjid ini adalah diperbuat daripada 100% emas tulin. Menurutnya lagi, semasa masjid ini masih dalam pembinaan, beberapa jongkong emas yang belum dileburkan untuk kegunaan kubah masjid tersebut telah dicuri. Sapa la yang tak rambang mata tengok emas berketul-ketul depan mata. Huhuhuhu... Sabo je la.. Takpe, Sultan Brunei kan kaya, apa ada hal...
Kau tengok sajalah kubah utama masjid ni dengan kubah untuk menaranya, dari jauh pun boleh tengok kilauan kubah emasnya tu! |
Lagi satu, kalau nak masuk dewan solat, kamu boleh bawak diri saja masuk. Segala beg, kamera, handphone, kena tinggal di kaunter penyimpanan barang di pintu masuk dewan solat. Ada staf masjid yang akan jaga. Masa kunjungan saya tempoh hari, tengok yang jaga kat kaunter tu beberapa orang lelaki berjubah dan berserban. Uikkkkkssss... InsyaAllah selamat sebab tempat simpan barang kat situ berupa peti/loker besi dan berkunci. Tandas?! Perghhhhhhh superb! Bersih giler! Ko boleh guling-guling macam dalam filem Hindustan kat dalam tandas masjid tu.
Pemandangan dari kawasan parkir. |
Selain seni bina masjid yang sangat halus dan teliti, ditambah dengan landskap yang sangat cantik, kawasan masjid pun serius... sangat luas! Luar dan dalam. Memang luas. Jika kamu berkunjung ke Bandar Seri Begawan, memang saya cadangkan, singgahlah ke masjid ni.
4 comments:
luna, mmg menarik la seni binanya kan.. ceria2 selalu... :)
wahh dah sampai bandar seri begawan rupanya...he333..selamat bercuti...
gadis butterfly - serius sgt cantik!
damha - egegegegge...
waah . asa nk pe plak brunei tw . bole jumpa my boyfie skali . ngaa .
Post a Comment