follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Wednesday, July 06, 2011

Maklumbalas KFC Berikutan Laporan Kebersihan Premis Makanan Mereka Tempoh Hari

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Berikutan aduan yang saya buat kepada Khidmat Pelanggan KFC mengenai video yang dimuatnaik ke laman Youtube (pada saat entri ini ditulis, video ini telah dipadam dari laman tersebut), yang mana video tersebut merakamkan aksi seorang pekerja di dapur KFC yang telah mencalitkan ayam yang telah disalut tepung ke tapak kasutnya.

Sebenarnya, saya pun baru tau tentang isu tersebut walaupun isu tersebut sebenarnya merupakan isu tahun 2010 yang lepas. Namun bila dah tengok video tersebut, saya memang tak fikir panjang, terus buat aduan kepada Khidmat Pelanggan KFC pada hari itu jugak. Berikut aduan (yang entah hape-hape je aku tulis) yang dihantar tersebut:
Untuk makluman pihak tuan, aduan ini tidak ada kaitan langsung semua butiran di atas, yang wajib diisi dalam borang aduan ini.

aduan ini berkaitan dengan sikap seorang pekerja di dapur restoran (tidak diketahui lokasi sebenar) yang dengan sengaja mencemarkan makanan (ayam goreng) dengan menyapu ayam tersebut pada tapak kasutnya. Aksi pekerja tersebut dirakam dalam sebuah video yang telah dimuatnaik dalam laman YouTube. Untuk rujukan pautan video tersebut:
http://youtu.be/0EvkgwDbSpc

Diharapkan pihak tuan dapat membuat siasatan terperinci mengenai perkara tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pekerja terbabit, memandangkan video tersebut mula disebarkan dalam blog-blog dan laman sosial yang mana perkara ini boleh menjejaskan imej jenama seterusnya syarikat tuan.

Sekian Terima Kasih

Aduan di atas saya hantar pada 01/07/2011 yang lepas. Dan maklum balas berikut telah saya terima melalui emel bertarikh 04/07/2011 seperti berikut:
Salam Sejahtera dari Perkhidmatan Pelanggan KFC!

Puan Luna,

Sebagai susulan kepada maklumat terkini kami, KFC Malaysia ingin menyatakan rasa kesal yang tidak terhingga dan mengutuk tindakan tidak wajar yang dilakukan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Kejadian yang dipaparkan ini dibawa kepada pengetahuan kami pada bulan Oktober 2010 yang lepas, yang mana dua laporan polis telah dibuat berhubung insiden tersebut. Individu yang terlibat dalam insiden tersebut bukan lagi anggota pekerja KFC Malaysia.

Kami sedang menjalankan siasatan berhubung penyiaran video tersebut baru-baru ini dan telah membuat laporan polis dan satu lagi laporan kepada Pesuruhjaya Multimedia & Komunikasi. Kami juga sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan supaya tindakan pantas dan sewajarnya boleh diambil ke atas sesiapa sahaja yang melanggar prosedur standad operasi kami yang ketat. Kami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan sokongan berterusan anda sekalian.”

Yang Benar,
Perkhidmatan Pelanggan KFC
Hubungi Kami di: 03-2026 3388 ext. 443 / ext. 855

Oklah tu kalau macam tu. Video tu pun tengok dah dipadam dari laman YouTube. Lepas ni, mana-mana restoran perlu lebih banyak membuat pemantauan dalam menitikberatkan soal kebersihan dalam penyediaan makann di restoran mereka.


6 comments:

zuwaidah said...

wowww..very quick response...bagus laaaa

Niena Muhammad said...

moga kejadian tu xberulang lgi..

bombay said...

semoga jadi pengajaran dekat diorg..

Unknown said...

sebagai seorang bekas staff kfc, aku sangat kecewa ngan sikap dia.. :(

mark dan google
http://eleventx.blogspot.com/2011/07/mark-zuckerberg-dan-google.html

Unknown said...

salam kunjungan... wah, nice header. cantik. trm kasih sbb sudi jenguk blog sy...

shahjiehan said...

mmg tobatx mo layan kfc daaaa