follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Sunday, May 06, 2012

Menara Pemerhati Bukit Bendera di Kota Kinabalu


Assalamualaikum...


Menara Pemerhati Bukit Bendera atau dalam bahasa omputihnya, Signal Hill Observatory Platform, merupakan titik tertinggi di bandaraya Kota Kinabalu. Merupakan lokasi terbaik untuk melihat pemandangan yang mabeles bandaraya Kota Kinabalu. Hanya beberapa minit memandu dari Padang Merdeka akan membawa anda ke dek berangin di mana anda boleh mendapatkan pemandangan yang menakjubkan sehingga ke pulau-pulau di Taman Tunku Abdurahman.


Sekiranya anda tidak mempunyai kenderaan sendiri, anda boleh menaiki teksi dengan tambang antara RM10-RM15 ke lokasi tersebut. Anda perlu menaiki kenderaan sendiri ataupun teksi sahaja memandangkan ianya adalah di luar laluan biasa bas.


Menara Pemerhati Bukit Bendera dibuka setiap hari dari jam 8.00 am hingga 12.00 am. Masuk adalah percuma.

Gambar dari kaki bukit

Pintu masuk ke menara tersebut

Pemandangan memang superb dari atas ni. Boleh lihat sebahagian besar pusat bandaraya Kota Kinabalu. Tak percaya?! Tengoklah gambar-gambar kat bawah ni...








Nice view kan? So kalau rasa ada masa untuk jalan-jalan sekitar bandaraya Kota Kinabalu, jangan lupa singgah di sini. For sure tidak menghampakan pemandangannya.






9 comments:

ecadwinkyasha said...

nice place,pena dgr tpi belum pernah sampai sana..teda kenderaan sendiri.hahaha....apa bha nama seja org sabah,tpi dkt2 pun xpena pg kan..rugi betul!..haha :D

Kierra said...

even saya orang labuan, tapi saya sendiri x penah p. hehehe.. nanti nak p la.. ;)

Shafiq said...

Pemandangan yang indah..:-)

LUNA LANUN said...

ecadwinkyasha - sama la kita. yg ni pun kita 1st time pegi. tu pn sbb mo bwa kwn2 dr smnjg ni jln2 di sekitar KK.

Unknown said...

nice picture.

redlomo said...

wah boleh nampak semua yang kat bawah 2.. best nyer

FEDO said...

Ini kali lah. Mcm di kk.He2

Unknown said...

assalamualaikum. seronok jalan-jalan ye... muda-muda gi la jalan mana pun.. yang dah tua boleh gak jalan-jalan tapi agak-agak ye..

Akhelaken said...

mmg syiok! mengimbas kenangan sms belajar kat UMS dulu :')