follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Friday, May 18, 2012

Mini Popia Ikan Bilis & Kacang Tanah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Assalamualaikum... Sebelum tu nak say thank you so much kat kawan sekolah menengah saya yang share resepi yang mudah murah simple super duper ringkas ni 12 tahun yang lalu. JURIDAH ATON, kalau kau terbaca entri ni, thank you geng! Hahahahaha... Nostalgia sungguh! Ni masa merasa kuih raya di rumah ko la ni dulu, aku termintak resepi dan balik rumah terus aku buat! Sedap plang!

Okeh, cut the crap! Bahan-bahannya sikit saja. Dan bahan utama tentunya seperti nama resepi di atas. Kulit popia, ikan bilis dan kacang tanah.

BAHAN-BAHAN:
  1. Kulit popia
  2. Ikan bilis (goreng sehingga garing)
  3. Kacang tanah (goreng kering tanpa minyak)
  4. Cili (ikut pedas yang anda suka)
  5. Minyak masak untuk menggoreng
  6. 1 biji telur (sebagai gam kulit popia)

Nisbah ikan bilis dan kacang tanah adalah 1:1. Cili pula ikut kepedasan yang anda suka!

Saya guna brand KG Pastry ni sebab mudah nak handle. Tak melekit.


CARA-CARA:
  1. Potong kulit popia tu kecil-kecil. Pastikan saiz tetap segi empat sama. Untuk saiz kulit popia seperti gambar di atas, saya potong 4 saja. Biar besar, senang nak gulung nanti. Leraikan kulit popia yang telah dipotong dan letak dalam pinggan.
  2. Untuk bahan inti, kisar ikan bilis, kacang tanah dan cili. Pastikan anda gunakan pengisar untuk bahan kering okeh! Kisar sehingga hancur, jangan lama sangat, takut kacang tu berminyak pulak!
  3. Letakkan bahan inti yang telah dikisar di atas kulit popia dan lipatkan seperti membuat kuih gulung. Gamkan dengan telur.
  4. Panaskan minyak yang banyak dan gorengkan popia dengan api sederhana. Sentiasa kacau semasa menggoreng supaya masak rata.
  5. Apabila nampak kuning keemasan, angkat dan toskan minyak.


Ngam-ngam penuh 1 bekas ni untuk  sebungkus kulit popia saiz besar.

Yummie! Yummie! Jemput makan. Selamat mencuba!


7 comments:

Cik Puan Kocik said...

sedapnye .... bolehlah CK cuba nnti utk raya

Sari said...

saya memang buat bisnes popia time raya...tapi popia simpul...allah azabnyaaa dah siapkan tempahan...hahha

lovely said...

boleh cuba utk raya nanti ni.

Unknown said...

Akak pun macam nak cuba, hubby suka ni..
Nanti akak ambil resipi ye.

Hanif said...

sedap mata memandang ...yummmyumm..

LUNA LANUN said...

cuba, jangan tak cuba... kompom sakit belakang nak menggulung popia ni! huk3!

Jacklye said...

wow..memang berguna sekali entri ni...ehehe..sebgai balasan sy akan bagi resepi untuk buat kek coklat yang sedap pula...

terima kasih info yg berguna k?

ini dia resepi tu

--->Rahsia Kek Coklat Yang Sedap