BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
MENARIK SEKITAR BANDARAYA KOTA KINABALU
Assalamualaikum...
Pintu utama pasar kraftangan Kota Kinabalu. Gambar dipetik dari azuanzahdi.com |
Terletak di sepanjang Jalan Tun Fuad Stephens, Pasar Kraftangan yang juga dikenali sebagai Pasar Filipina di kalangan penduduk tempatan, menjadi destinasi wajib yang perlu dikunjungi bagi mendapatkan cenderamata apabila anda melawat Sabah. Ianya terletak di sepanjang jalan yang sama dengan Kota Kinabalu Waterfront dan mengambil masa antara 5 hingga 10 minit berjalan kaki dari pusat bandaraya. Lokasi secara lebih spesifik, pasar tersebut terletak berhadapan dengan Hotel Le Meridien Kota Kinabalu.
Pemandangan belakang bangunan Pasar Kraftangan Kota Kinabalu. Gambar dipetik dari azuanzahdi.com |
Pasar Filipina dahulunya merupakan pusat transit bagi pelarian dari Filipina. Semenjak dari itu, ramai orang Filipina yang berniaga di sini sehingga ke hari ini. Memandangkan kebanyakan peniaga di Pasar Kraftangan ini merupakan orang Filipina, maka dari situlah gelaran Pasar Filipina diperolehi.
Bagi penggemar mutiara air tawar ataupun air masin, pasar ini adalah tempat yang tepat untuk anda mendapatkannya samada dalam bentuk rantai, cincin, gelang, subang, kerongsang, butang baju melayu dan boleh juga dibeli dalam bentuk aslinya. Barangan mutiara tersebut boleh didapati hampir di setiap gerai dalam pasar ini.
Selain barangan kemas berasaskan mutiara, terdapat juga barangan kemas berasaskan manik. Pelbagai pilihan untuk setiap pengunjung yang datang ke pasar ini.
Bagi mereka yang sukakan ukiran kayu, pelbagai jenis ukiran kayu turut boleh didapati di sini termasuk topeng kayu eksotik, bingkai gambar, dan panel dinding yang menakjubkan. Juga terdapat pelbagai jenis bakul rotan dalam pelbagai bentuk dan saiz.
Bagi peminat rantai kunci (keychain) macam saya ni, atau mungkin magnet peti sejuk, anda telah datang ke tempat yang betul untuk melengkapkan koleksi keychain/fridge magnet anda, juga turut boleh dijadikan cenderamata buat keluarga dan sahabat yang sedang menanti kepulangan anda. Boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan saiz, bermula dari harga yang murah hingga ke mahal. Terpulang kepada budget masing-masing.
Tidak lupa juga, pelbagai T-Shirt dalam pelbagai warna dan corak, juga boleh dibeli di pasar ini.
|
Pastinya anda rambang mata melihat segala jenis cenderahati mengelilingi anda apabila masuk ke dalam Pasar Kraftangan ini. Yang pastinya, pasti ada sesuatu yang menarik untuk setiap pengunjung yang singgah di sini. Tip yang paling penting apabila berkunjung ke pasar ini, jangan lupa untuk tawar dan tawar dan tawar dan menawar semasa membeli. Pastikan anda membuat bandingan harga dari gerai ke gerai untuk mengelakkan dari ditipu. Sekiranya anda mempunyai pemandu pelancong, rujuk kepada pemandu pelancong anda untuk tips membeli di pasar tersebut.
Pasar Kraftangan ini dibuka setiap hari dari jam 7.30 am hingga 7.30 pm.
8 comments:
owhhh baru tgk pic ni..mata moon dah rambang nengok...
xsabar nak g KK bulan 11..huhu.. mau shopping....
bilelah nak fly over the sea...heee~
macam2 la ada ek~
Terima Kasih Admin sbb 'promote' pasar kraftangan Sabah!!
Hah! Marilah! sesiapa yang berminat, silalah kunjungi Page FB "Pak Lah Pasir Mas Kelantan" . Harga sgt MOLEK!!
Terima kasih!
salam
boleh share nama2 hotel yg berdekatan dgn pasar filipina ni?
Sayaa d kundasang sekarang...bermlm d bilik sewa dpn kaki gunung kinabalu...smlm 28.10.13 smpai kk mentap d a&j hotel...ni 29.10.13 d kundasang...sok nk g rumah terbbalikk...sejukkkkkkk Sgt....0127657866
Slm semua. ..
sy mahu buka kedai kraftangan tapi sy perlukan pembekal kraftangan. .
blh telepon atau sms ke no: 010-5463176.
Hi anonymous sy cherry...sy ingin promot kraftgn vinusak yg sy bt dn ingin mcri pembeli..sekiranya anonymous bminat sy brbesar hati...
Post a Comment