follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Saturday, June 16, 2012

Adab Semasa Bersalaman atau Berjabat Tangan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Dipetik dari Rancangan Tanyalah Ustaz TV9, dibicarakan bahawa bersalaman atau berjabat tangan dalam Islam bukan sekadar adat tetapi juga sebagai satu ibadah.


Antara adab yang perlu kita jaga semasa bersalaman atau berjabat tangan dengan orang lain adalah:
  • TANGAN memegang erat, bukan hanya bersalaman dengan hujung jari.
  • MATA memandang tepat ke mata orang yang disalami.
  • BIBIR mengukirkan senyuman.
  • LIDAH melafazkan selawat.
  • HATI mendoakan kebaikan dan kesejahteraan buat orang yang disalami.

Turut dibincangkan bahawa, seandainya bersalaman itu diberi dengan 10 kebaikan, orang pertama yang melepaskan tangan akan mendapat 1 kebaikan manakala orang terakhir melepaskan tangan akan diberi 9 kebaikan.

Mari bersama amalkan untuk mendapatkan kebaikan itu.


7 comments:

syakirah izwanie said...

Sebenarnya senang je nak dapatkan pahala, Tapi. Senang juga nak dapatkan dosa kannn :)

LUNA LANUN said...

syakirah izwanie - thats true! terpulang nak pilih jalan yg mana...

Unknown said...

jaga hubungan manusia itu suci
hubungan dengan Allah itu abadi
http://hakikatcahayasatu.blogspot.com
moga ada manfaatnya

RIZZNA said...

Dan...bersalaman mesralah hanya dgn muhrim dan brlapiklah ketika 'terpaksa' brsalaman dgn bukan muhrim..

Admin said...

Lagi satu ... adab, tak leh salam dengan yang bkan muhrim .. :P

www.hasrulhassan.com

perjalanan pulang said...

salam........

hamzah ian said...

begitu rupanya.. thanks berkongsi..