BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum... Sambil melayan Al-Kuliyyah TV3 dengan topik Angin Ahmar, tangan dengan rajinnya ingin berkongsi artikel seperti tajuk di atas.
Wahai kaum Hawa yang masih bujang tu, ingat semua perkara berikut bila nak carik laki kelak! Kalau yang tengah bercintan cintun tu, atau yang dah bertunang tu, kalau pacar kau ataupun tunang kau tu tiada ciri-ciri asas berikut, baik putuskan saja dia! INGATTTTT!!!! Laki tu kelak boleh menyebabkan kau masuk syurga, juga boleh menyebabkan kau hanyut dengan dunia dan lupa akhirat dan seterusnya mengheret kau ke neraka kelak! Sendiri mau ingat la macam mana...
Wahai kaum Adam pulak (pesanan untuk yang bujang dan juga yang sudah berkahwin), kau jangan ingat muka kau dah hensem, dompet kau yang tebal, rumah kau yang besar, kereta kau yang Ferrari, gelaran kau yang Dato' dan segala yang terbaik di dunia ni milik kau, kau dah cukup sempurna. No! No! No! Sekiranya agama kau belum sempurna, maka kau masih belum cukup sifat.
Berusahalah sebaik mungkin untuk menjadi suami/lelaki yang terbaik!
So, antara ciri-ciri suami terbaik menurut Ustaz Azhar Idrus:
- Solat fardhu cukup 5 waktu.
- Ada kerja gaji RM800-RM1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh hantar ke tempat kerja. Nafka zahir boleh bagi, bukan nafkah batin aje...
- Ada kenderaan. Motor kapcai dah cantek! Honda EX5 orait sangat la tu dengan dua helmet. Basikal pun boleh, tapi penat lah sikit kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
- Lulus ujian fardhu 'ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajid dengan betul apatah lagi mandi-mandi yang lain.
- Boleh baca Al-Quran dan boleh mengajar Al-Quran walaupun setakat "Alif Ba ta" samapi Surah Iqra'.
- Jenis lurus, baik dan baik hati, tak menipu. Takdelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
- Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
- Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain, sopan santun gitu.
- Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, "Ehemmm... ramainya kawan lelaki kat opis. Jangan sampai lupa abang tau..."
- Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
- Kalau dia jenis diam, takdelah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak cakap pun, takdelah dia samapi mengata-ngata orang lain.
- Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isya'.
- Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola.
- Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
- Jenis senyum sokmo.
- Tak tengok sangat awek cun, duk tengok bini dia je walaupun bini dia tan berapa nak cun. (Tak cun takpe, boleh tutup lampu).
7 comments:
love this entry :)
hope, bakal suami sy ader ciri2 gitu... :)
serius..rasa nak kahwin je huuhuu
nk bakal suami y ad ciri2 mcm tu.. which is skrg nie, jue kna baiki dri dlu... ^_^
subhanallah..
postingan yang sangat bermanfaat..
Alhamdulillah aku jadi tambah ilmu,,
terima kasih sharenya..
I like it..
Salam kenal dari saya yang awam..
alhamdulillah..suami akak setakat ni ok la,walapon x sehebat ustaz don, tp xder la menyakitkan hati..hehe
betul tu. kalau tk cun, boleh ttup lampu
Post a Comment