BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum… Okeh sebelum tu, cuba anda bayangkan 2 situasi
berikut:
Situasi pertama…
Anda sedang memandu kenderaan anda ditemani beberapa orang
teman. Semasa sedang memandu, anda melihat tidak jauh di hadapan anda, seorang pejalan
kaki wanita sedang bergelut dengan dua orang peragut yang ingin meragut beg
tangan wanita tersebut. Persekitaran ketika itu sedikit lengan dengan dengan beberapa
kenderaan yang silih berganti melalui kawasan kejadian. Setelah berjaya
mendapatkan beg tangan wanita terbabit, peragut tersebut melarikan diri
menunggang sebuah motosikal.
Jika anda berada dalam situasi di atas, apakah tindakan
anda?!
Gambar hiasan yang dilakonkan oleh saya dan adik-adik. Huhuhuhu... Lakonan tidak berapa menjadi! |
Situasi kedua…
Anda dan beberapa orang teman baru selesai bersarapan pagi
di sebuah kawasan R&R. Semasa dalam perjalanan menuju ke arah kenderaan
anda, anda dan teman anda melihat tidak jauh di hadapan anda, seorang lelaki
sedang memecahkan tingkap sebuah kenderaan dan mengambil beberapa buah beg dari
dalam kenderaan tersebut, manakala seorang lagi sedang bersiap sedia di atas
motosikal menunggu temannya untuk melarikan diri. Dengan jelas, anda boleh
melihat nombor pendaftaran motosikal pencuri terbabit.
Jika anda berada dalam situasi itu, apakah tindakan anda?!
Kebanyakan sikap ‘orang kita’, apabila melihat
situasi-situasi di atas, hanya akan mengambil langkah selamat dengan bersikap
tidak ambil peduli. “Biar je la… Tak yah nak sibuk jaga tepi kain orang lain.”
Mungkin itu yang anda fikirkan. Mungkin juga, “Tak yah nak carik pasal!”
Baiklah, jika dilihat dari sudut faktor keselamatan, ya
tidak dinafikan, itu perlu dititikberatkan. Anda tidak perlu menjadi superhero
dalam situasi-situasi di atas dengan bertindak berhadapan dengan
peragut/pencuri terbabit. Namun berapa ramai yang akan berhentikan kenderaan
untuk menolong mangsa ragut seperti dalam situasi pertama di atas?! Sekurang-kurangnya
untuk menghantar mangsa ragut ke balai polis untuk membuat laporan. Berapa
ramai yang akan menuju ke balai dan melaporkan kejadian yang anda saksikan
seperti dalam situasi kedua di atas?! Berapa ramai yang bersikap prihatin?! Tahukah
anda, keperihatinan anda biarpun sedikit mungkin mampu memberi perubahan yang
besar kepada mangsa-mangsa dalam situasi-situasi di atas. Mungkin anda merasakan
anda tidak perlu masuk campur kerana itu bukan urusan anda. Namun, cuba
letakkan diri anda sebagai mangsa dalam kejadian di atas. Apa perasaan anda?!
Fikirkanlah… Mungkin ada perkara yang boleh dimanfaatkan
agar anda tahu apa tindakan yang sewajarnya diambil sekiranya anda berhadapan
dengan situasi-situasi di atas.
9 comments:
hu3..kalau berlaku depan haku, IA akan saya try tulun...w/pon actually tkut. bleh je kita g tulun reramai kan...
sangat bermanfaat!
ramai yg takut...tu pasal la siang2 hari dan diepan rumah sndiri pun peragut jd berani...
jgn ckp la berani..bila situasi sebenar lariii tk pun tgok dri jauh..org jht tu dah blah bru la dtg ..cakap..."eeee..kesiannyeeeee"
setuju!!!
akan di fikir-fikirkan...^^
kalau hal mcm tu takyahlah nak fikir jg tepi kain ke tidak,tolong je lah apa termampu..
bygkan jika kita yg kena cam tu..
tapi kebanyakkan masyarakat kita ni, ambil sikap tidak peduli...
damha....berilah bantuan setakat yg terdaya...
tolong selagi mampu..tapi takut jgk nak tolong..kang kita plak yang jadik mangsa...
mintak maaf lah kalau kami tak komen benda yg berkaitan dgn entry ini. cuma kami nk bagitau yg kami sudah follow blog anda. dan jgn lupa follow blog kami pula eh. :)
Post a Comment