BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum... Memandangkan kelajuan internet di hostel sangat-sangatlah lampi lembab, ditambah pula menggunakan laptop skrin kecik cap ayam yang akan mengambil masa selama 10 tahun untuk loading satu page, maka tempat melepak di hujung minggu adalah di work station saya jugak la nampaknya, dalam bilik pascasiswazah yang terletak dalam makmal kimia ni.
|
Okeh, mari masuk pejabat pelajar-pelajar siswazah Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli, Universiti Malaysia Pahang. Yang masuk akhir sekali tu, jangan lupa tutup pintu okeh. |
Pagi-pagi buta camni, duduk sorang-sorang kt makmal yang besar gedabak ni, seram jugak ye?! Askar-askar saya ni pun, penakut jugak sebenarnya. 'Kau' jangan tunjuk muka atau perdengarkan suara 'kau' dah la ye. 'Kau' jangan kacau aku sebab aku tak kacau 'kau' okeh!
Kau orang tak percaya?! Meh saya bawak jalan-jalan tengok keadaan di sekeliling saya pada masa ni...
|
Maaf la, rumah agak bersepah sikit. Kalau tak bersepah, tu maknanya bukan makmal penyelidikan la tu namanya... Huhuhu... |
|
Owhhh inilah work station saya tu. Kononnya bersepah ni menunjukkan saya sedang sibuk la... kononnya la! Tengok makanan je yang bertimbun atas meja tu. Kantoiiii! Hahaha... |
|
Syyyhhhh... Jangan kacau. Dia sedang buat-buat sibuk!
|
Memandangkan bilik ni mempunyai dinding kaca yang membolehkan saya memandang terus ke bahagian luar bilik yang bercahaya agak sama-samar kerana malam-malam begini, bila tiada pelajar yang buat eksperimen di luar tu, maka spotlight di luar akan dipadamkan dan hanya lampu kalimantang yang sedikit tu saja dihidupkan. Seram wehhhh!!! Rasa macam ada yang sedang perhatikan kita je dari luar!
Okeh, abaikan! Tapi serius seram. Sebab sunyi dan kelam je suasana di luar tu. Seboleh-bolehnya saya tak mau pandang ke arah lain. Tam mau pandang belakang, tak mau pandang tepi, pandangan jatuh pada skrin PC ni saja!
|
Beginilah pemandangan dari meja saya apabila menghadap dinding berkaca tu. Tengok dalam gambar ni tidak berapa jelas disebabkan pantulan cahaya lampu dari bilik ni. |
|
Hah, yang ni pemandangan di sebalik dinding kaca dalam gambar di atas tu. |
|
Yang ni pula, pemandangan dari luar bilik pascasiswazah. Kalau dari luar, terang la tengok kat dalam tu. Tapi kalau dari dalam bilik, tak berapa nampak kat luar. |
|
Suram saja cahayanya. Bila menjelang tengah malam, memang mula la terasa keseramannya bila duduk sorang-sorang dalam bilik pascasiswazah ni. |
|
Nasib baik bahagian belakang makmal ni, spotlight tu dihidupkan, maka terang benderang la bahagian belakang tu. Cuma kat depan seperti gambar di atas ni la. |
Masa awal-awal dulu, selalu jugak buat kerja-kerja projek penyelidikan saya tu sampai ke subuh kat luar ni. Tapi lepas tersebar cerita pasal CCTV makmal ni yang berjaya merakamkan 'something' sedang berlegar-legar di ruang belakang makmal (gambar), maka saya stop sekejap buat kerja pada waktu malam. Bagi reda dulu cerita tu, bila saya dah dapat keberanian semula, maka saya teruskan lagi stay up di makmal ni sampai ke subuh.
|
Sambil blogwalking, pekena neslo dengan donut ni jugak... Donut tak sedap. Haishhhhh *kecewa* |
|
Bagi mengurangkan kesunyian dan menenangkan hati saya, saya bertemankan alunan bacaan dari Mawarsoft Digital Furqan ni. Takdelah sunyi sangat. |
Oklah, hati tidak berapa sedap ni. Saya mau balik bilik dulu la. Huhuhu... Jumpa besok pagi.
9 comments:
woah .. apa tak seram kalau macam tu keadaannya . huhuh ;)
Tia - serius seram wehhh!
pergg.. mmg seram ni..
TUTORIAL : openGL
kak limah agak2 datang x ziarah??hahaha..
Entri terkini : tolong we,aku kene aniaya ngan blogger.
tujukan lagu ni untuk ibu (lagu untuk ibu)
seram ke?
Taufan - kak limah tak tau jalan nak dtg cni... satg dia sesat lak.
cayrol - kena berada di sini dulu barulah anda merasai keseraman itu.. :P
Salam..Kenapa kita nak Merasa seram..dia pun hamba Allah gak..Kita ni kan Khalifah atas Bumi Allah ta'ala,
As-Safra - tulah kelemahan saya sebagai manusia biasa... hu3! serius seram!
amboi berani gila cik lanun. tabik sikit. :D lain kali bawaklah teman, bahaya. kalau hantu tu takpe jugak, kalau lelaki jahat mcam mana?
Post a Comment