follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Monday, June 20, 2011

Malang Yang Tidak Terhidu Baunya

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum.... Ye saya sudah kembali ke sarang saya akhirnya! Setelah seminggu merehatkan diri di rumah! Ahh sungguh malas ingin kembali ke sini! Serius!!! Sangat malas okeh! Namun perjuangan harus diteruskan.

Setelah beratus kali menaiki bas ekspress, dan akhirnya hari ini diuji pulak dengan bas rosak semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Haishhhhh... Hanya dalam 3 km dari susur keluar Gambang, boleh pulak bas ni rosak. Rasa macam nak jalan kaki jer balik ump. Urghhhhhh!!! Inilah kali pertama terkena begini. Sebelum ni selalu jugak tengok bas ekspress yang tersadai di tepi jalan akibat rosak semasa dalam perjalanan, kemudian penumpang pun duk melangut di tepi bas tu. Kesian bila tengok keadaan yang macam tu. Tak sangka pulak akhirnya hari ini, tiba giliran saya pulak mengalami situasi seperti itu. Haiii lahhh malang yang tidak ku hidu bau mu.

Menurut encik driver tu, tangki minyak aircon bas ni bocor. Bas boleh gerak, tapi aircon akan tidak berfungsi. Daripada membiarkan penumpangnya kelemasan dalam bas yang tidak beraircon, lebih baik cari alternatif lain. Terpaksa tunggu bas lain yang lalu untuk tumpangkan kami yang tersadai ni. Nasib baiklah tak lama sangat menunggu. Adalah sebuah bas double decker kaler kuning tu yang baik hati, sudi untuk singgah menyelamatkan mangsa-mangsa keadaan ni. Walaupun bas tu bukan dari syarikat yang sama dengan bas yang rosak ni.

Alhamdulillah, akhirnya sampai jugak dengan selamat di UMP ni.

Tangki yang kaler kuning tu la yang bocor. Jom main teka teki tekok, bas syarikat mana la agaknya ni eh?! Geegeegegge... Kalau betul tiada hadiah! Hahahha...


1 comment:

damha said...

syukur alhamdulillah semua penumpang selamat drp bencana....dan dpt menuju ketempat destinasi...