follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Monday, June 06, 2011

Padan Muka! Ada Jugak Yang Nak Kena Kompoun RM200 Lepas Ni!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Maka lepas mengetahui tentang informasi di bawah ni, takdelah pakcik drebar tu nak buat begini pada saya lagi, takdelah saya rasa bagai nak cepuk je drebar bas ekspress ni. Okeh, saya akan gunakan maklumat ini untuk menegur pakcik-pakcik dan abang-abang pemandu bas ekspress yang merokok di dalam bas semasa memandu. Nak tengok apa pulak jawapan mereka nanti.

Tahukah kamu, mengikut Seksyen 11(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2005, tempat-tempat berikut telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok:


  • Semua kawasan awam yang tertutup termasuk klinik, hospital, semua pejabat kerajaan, kompleks beli belah, pusat sukan, stadium, pusat kecergasan, gimnasium, dan semua tempat yang berkaitan dengan sukan kecuali pusat hiburan (pub, disko, kelab malam atau kasino). 
  • Semua tempat makan berhawa dingin tetapi ada kelonggaran memperuntukkan satu pertiga daripada restoran untuk ruang makan yang boleh merokok dengan syarat ruang tidak merokok dan merokok diasingkan (berdinding). Selain perlu meletakkan tanda yang jelas, pengusaha dikehendaki memasang alat untuk menyedut keluar asap rokok di ruang makan yang dibolehkan merokok. 
  • Hentian pengangkutan awam (stesen bas, stesen kereta api, lapangan terbang). 
  • Tempat ibadat atau suci (masjid, surau, gereja, kuil). 
  • Kenderaan awam (bas, bas sekolah, kereta api, teksi, LRT dan kapal terbang). 
  • Seluruh kawasan institusi pengajian awam dan swasta (taman asuhan kanak-kanak, tadika, sekolah, pusat pengajian tinggi). 
  • Seluruh kawasan pejabat kerajaan dan tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan dalam bangunan. 
  • Kawasan digunakan untuk aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian. 
  • Lif dan tandas awam. 
  • Stesen minyak.

Mereka yang melanggar subperaturan (1) seperti senarai di atas dikira sebagai melakukan kesalahan dan jika disabitkan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun. Setakat ini kompoun yang dikenakan ialah RM200 dan perlu dibayar dalam tempoh dua minggu. Kegagalan berbuat demikian, perokok boleh dihadapkan ke mahkamah. Pemilik mana-mana premis perniagaan terutama restoran yang tidak mematuhi peraturan larangan meroko seperti sengaja membenarkan pelanggannya merokok di ruang tidak merokok boleh dikenakan kompoun sebanyak RM400.

Sumber dipetik dari Harian Metro (31 mei 2011) oleh Norlaila Hamima Jamaluddin.


3 comments:

kblog said...

kasik saman suma yg x folo tuh.

Honey Bhulat said...

best ni..pasni no more asap rokok..sape isap rokok lagi, kita saman dia ramai2..hehe..hani folo cini..cantik belog =]

soorynotnice said...

slalu yang kekadang tak masuk akai merokok tu kat stesen minyak....semak otak aku...kekadang aku sendiri pun takut jugak..