follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Saturday, June 25, 2011

7 Tips Menjadikan Artikel Blog Anda Lebih Mesra Pembaca

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Sedang bersiaran secara langsung dari Restoran McDonald Kuala Selangor. Wireless di sini sangat menyakitkan hati. Lemmmmmmbat! Soket tidak banyak disediakan di ruangan yang beraircon. Kebanyakannya di ruangan terbuka. Pelanggan agak ramai pada petang ini, mungkin memandangkan ianya adalah petang hari Sabtu. Okeh, itu sedikit situasi di persekitaran saya pada masa ini. Sila teruskan pembacaan anda berkaitan perkara tajuk di atas.

Baiklah, menjadi impian setiap blogger untuk menjadikan setiap artikel yang dimuatkan dalam blog mereka dibaca. Anda mungkin mempunyai pelbagai strategi untuk mempromosikan blog anda. Namun tidak dapat dinafikan bahawa kandungan sesebuah blog sama pentingnya sebagai ‘alat pemasaran’ blog anda. Alasannya amat mudah: anda ingin pembaca kembali semula ke blog anda. Anda mungkin mampu membawa pembaca datang ke blog anda, namun sekiranya mereka tidak menikmati pembacaan pada kandungan blog anda, kemungkinan untuk pembaca kembali ke blog anda adalah nipis. Menulis artikel untuk dimuatkan dalam blog memerlukan latihan melainkan anda memang dilahirkan sebagai seorang penulis yang hebat. Berikut merupakan beberapa perkara yang boleh dipraktikkan untuk menjadikan artikel dalam blog anda ‘mesra pembaca’.



1. Pastikan struktur artikel adalah tersusun
  • Apabila menulis sesebuah artikel, pastikan artikel tersebut mempunyai pengenalan, isi dan kesimpulan. Pengenalan harus menyatakan idea utama yang ingin diutarakan. Isi untuk mengembangkan hujah anda sama ada dalam satu atau beberapa perenggan. Kesimpulan harus pendek dan merumuskan keseluruhan artikel.
 
2. Gunakan sub-tajuk
  • Pembaca online adalah kurang bersabar. Teks yang terlalu panjang mudah membuatkan pembaca bosan untuk meneruskan pembacaan mereka yang menyebabkan mereka meninggalkan blog anda dalam masa yang singkat. Sub-tajuk adalah cara terbaik untuk membuatkan artikel anda lebih mudah dibaca. Ia membolehkan pembaca untuk mendapatkan idea ringkas tentang isu yang diutarakan dalam artikel anda.

3. Pastikan artikel blog anda rasional
  • Tetapkan idea-idea anda ke dalam perenggan-perenggan dan jangan melompat dari satu topik ke topik yang lain ataupun keluar topik. Semua hujah dan idea perlu mengalir secara logik dan rasional agar pembaca anda tidak ‘sesat’ dalam memahami artikel anda.

4. Gunakan gambar
  • Tidak semua artikel blog boleh diilustrasikan melalui gambar, namun kebanyakannya boleh. Tidak dinafikan, gambar boleh menarik perhatian pembaca dan membuat teks kelihatan lebih mesra pembaca.

5. Elakkan menggunakan nombor dan butiran teknikal
  • Jangan peningkan pembaca anda dengan istilah-istilah saitifik atau butiran teknikal melainkan jika anda sedang menulis untuk sejumlah pembaca yang sangat khusus. Cuba gunakan bahasa perbualan sepanjang artikel anda. Jika ingin menggunakan bahasa saitifik, pastikan anda mempunyai bahasa yang mudah untuk menjelaskannya kepada pembaca.

6. Jangan silap menghakimi pembaca (overestimate/underestimate)
  • Anda tidak perlu menjelaskan tentang sesuatu yang umum telah diketahui oleh pembaca, tetapi jelaskan hal-hal yang mungkin pembaca ingin fahami. Jika anda tidak yakin bagaimana untuk membezakan perkara mana yang perlu diperjelaskan dengan perkara yang tidak memerlukan penjelasan, fikirkan jika teman anda akan memahaminya. Jika mereka faham, perkara tersebut mungkin pengetahuan umum, jika tidak, jelaskan atau sediakan pautan (link) di mana pembaca boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.

7. Jangan gunakan terlalu banyak kata kunci (keywords) ataupun menyertakan pautan (link) yang tidak berkaitan
  • Adalah difahami mengapa anda ingin menggunakan kata kunci yang banyak dalam penulisan anda. Namun ingat, pembaca akan mudah membezakan antara teks yang ditulis dengan tujuan memberi maklumat kepada pembaca dengan teks yang ditulis untuk tujuan SEO semata-mata. Letakkan kata kunci dengan strategic, sesuaikan dengan teks, dan jangan sesekali meletakkan pautan yang tidak relevan. Pembaca akan marah sekiranya mereka klik pada pautan dan dibawa ke laman yang tidak relevan.

Semua perkara di atas adalah antara cara yang baik untuk membina keyakinan pembaca blog anda untuk berkunjung semula ke blog anda kerana mereka yakin blog anda sentiasa menyajikan artikel yang bermutu untuk pembacaan mereka. Jangan terlalu fokus kepada pulangan yang banyak dalam masa singkat, tapi fokus terhadap pulangan yang sederhana namun berpanjangan.


18 comments:

Eera Shera said...

thx luna..info yg sgt baik.boleh x nak share entry ni?sy buat backlink

Lia Irdelia said...

info best... tq!

najihahfara said...

nice tips..
lagi 1 elok guna perenggan kalau entry yang panjang

Kamal Halim said...

good tips!
Nak kena check artikel balik ni.

El said...

nice tips :)

Jones said...

hai luna..u ni kwn farid eh?farid,seorg cikgu di miri..hee

damha said...

setiap komen yg diberi oleh pengunjung pastikan berjawab...he333..moga2 semua tip2 ni menjadi panduan oleh para blogger....

Aween Ashlee said...

tima kasih 4 da info..appreciate gila.:)

Aleen Aiden said...

like! ^_^

LUNA LANUN said...

Eera Shera - dipersilakan... :)

cik najihah - ya betul seperti yang dihuraikan dalam sub topik di atas... :)

KakiLebar - ha ah... kenal pun dari coursemate yang berkerja di Miri.

damha - tidak semua wajib dijawab... hanya komen yang betul-betul memerlukan jawapan yg wajib dijawab. bayangkan kalau ada 100 komen untuk satu2 entri tu, jenuh nak balas semua. penulis pun orang biasa yang ada kerja lain yang perlu diselesaikan. bukan 24hr menghadap blog... :P

Arni Yusnita Ahmad said...

wahhh mcm format mengarang pulak ;)

LUNA LANUN said...

arni - bukan setakat karangan BM atau BI yang perlukan format, menulis blog pun perlukan format! kih3!

[sutera kasih] said...

nice tips :)

Unknown said...

nice tips.. try to use it in future :D

on #Transformers3 mood~
http://eleventx.blogspot.com/2011/06/atwr-comic-transformers-dan-blog.html :D

Unknown said...

thanks singgah blog maiza ye..
info yg baik untuk di share bersama suka sangat hehe..

alepridz said...

thanks for the info... sangat menarik...

Anonymous said...

macam nak buat karangan la jgk. ade rules & term nyee :)

hazroolrizalabdrahim said...

Bagus info ni