follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Thursday, June 02, 2011

Secret Recipe?! Selama Ni Mengandungi DNA Babi?!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum... Pulak dah! Selama ni duk kata kek Secret Recepi tu paling sedap la, ini la, itu la, tapi memang sedap pun. Hikhikhik... Lepas ni nak makan kek, belajar la buat sendiri. Tapi pastikan bahan-bahan yang digunakan tu jugak berstatus halal. Kalau buat sendiri pun, tapi bahan-bahan buat kek tu tak halal, sama jugak bohongnya tu!

Berikut merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh JAKIM dalam portal Halal Malaysia mengenai penemuan tersebut:

PENEMUAN DNA BABI DALAM BAHAN RAMUAN SYARIKAT PURATOS MALAYSIA SDN BHD

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd (JAKIM-20100609-123757) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan (Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder) yang digunakan syarikat tersebut. Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut:
  1. menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;
  2. mengemukakan resit pembellian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf (jika berkaitan);
  3. melakukan proses samak; dan
  4. mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.



8.  TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD. 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
30/11/2011  PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
9.  TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD. 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
30/11/2011  PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.


PERHATIAN dan PEMBETULAN


LEPAS HABIS BACA ENTRI INI, SILA BACA ENTRI INI PULA, KENYATAAN DARI SECRET RECIPE MENGENAI STATUS KEHALALAN MAKANAN MEREKA.


3 comments:

Anonymous said...

patutlah aku plak nda pernah suka ngn secret recipe..

Anonymous said...

Salam,

Secret Recipe tidak menggunakan bahan yang dinyatakan haram. Sila kaji dulu sebelum pos. Takut nnti kene saman. TQ.

Ina Azrina said...

Luna, kalu tak silap kak, secret recipe yg dimaksudkan adalah "the secret recipe of..bla bla..by puratos, bukan bermaksud SECRET RECIPE restaurant tersebut.

Cthnya mcm kita nak wat sesuatu menu, so, "the secret recipe of my menu are..". Ia tidak merujuk kepada rest SECRET RECIPE. nt dapat sumber yg kak baca tu akak akan linkkan okeh..