follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Saturday, June 18, 2011

My First Assignment for Wedding Photography

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Okeh quick update... Currently sitting and enjoying my drink in Old Town White Coffee Kuala Selangor. Haiseymennn... Ngam-ngam seminggu baru nak update! Macam Chipsmore pun ada, kerna sekejap ada sekejap tiada! Kalau Dr. Abdurahman ni, mesti dia akan cakap, "Owh are you still alive?!" Hahahhaha... Of course la I'm still alive! Seriously sangat malas untuk keluar ke mana-mana bila dah balik rumah ni. Tengok analytic Nuffnang pun, aisyehhhhh.... Sangat menyedihkan... Purata 100 uv je sehari! Caittttt...

Okeh untuk update hari ni, saya hanya ingin berkongsi gambar outdoor perkahwinan kakak saya yang diambil pada penghujung tahun 2009 yang lalu. Owhhhh itu merupakan tugasan pertama saya sejak memiliki DSLR yang mana saya sekadar melatih diri sendiri sebagai jurukamera pada hari tersebut untuk merakamkan hari bersejarah kakak saya. Untuk indoor, mereka punya hired photographer sendiri. Lokasi kejadian adalah di Pantai Pungit, Kimanis, Papar, Sabah.

Kepada photographer otai di luar sana yang sempat lalu di entri ini, kalau rajin singgahkan komen anda ye. Sekurang-kurangnya saya boleh perbaiki mana-mana kelemahan yang ada memandangkan saya tidak pernah mengikuti sebarang kursus fotografi atau photo editing. Main taram saja tu.

Okeh, gambar-gambar di bawah ni saya edit pakai Picasa saja. Sungguh jakun untuk menggunakan Adobe Photoshop yang sudah berkulat dalam laptop ni. Serius tak reti okeh! Tunggu pergi kursus saja nanti baru belajar...

InsyaAllah, untuk penghujung tahun ni, jika tiada aral melintang, satu lagi sesi outdoor wedding photography bakal saya jalankan. Berlatarbelakangkan perkampungan sawah padi dan juga Bukit Melawati! Owhhh sesungguhnya itu semua FOC (free of charge). Hanya sekadar ingin mengasah bakat... Sebelum ni ada juga menerima beberapa tawaran untuk menjadi wedding potographer, namun masih belum berkeyakinan untuk menerima sebarang sesi fotografi berbayar kerana tidak ingin mengecewakan pelanggan jika hasil kurang memuaskan nanti. Sekadar suka-suka begini, boleh la!






























Haishhhhh... Bukan nak puji diri, tp comel pulak saya bergaya begini! Hahahahahha! Baiklah! Kepada sesiapa yang menyampah dengan kenyataan itu, silakan. Kamu layak untuk menyampah. Teda hal la. Bulih ba kalau kau!









My PA of the day... Si Lempeng, bukan Si Capik okeh! Gegegegegege...

Iyaaa.. Saya la tu orang di sebalik lensa untuk foto-foto di atas ini... Sangat suka ini gambar! Boleh jumpa ka pemandangan landasan keretapi KTM begini di semenangjung?! Owhhh... Ini landasan keretapi yang masih menggunakan arang sebagai bahan api okeh! Bukan macam KTM punya yang pakai elektrik.

Maka, itu sajalah yang mampu dikongsi untuk update hari ini.


10 comments:

sailaaf said...

saya suka scene masa kat rail ketapi tu..nice3

senyumSOYA said...

huhuhu..byak gmbar y cntik2..
tempat pun unik..heheh(^^!

Eera Shera said...

cantik la..

Unknown said...

sweet je dorang.. kan kan kan...
paling suke y gamba kasut tu...

Syeeda said...

wah terbaik..cntik2

io said...

okey la kak.cantik sgt foto yg akk ambil.I like. :)

AzieYmiN said...

yang last comel

Benrauf said...

Cuba bayangkan shooting camtu kat landasan monorel. Rosak!! haha

damha said...

tahniah saya ucapkan walaupun ini tugasan yg pertama kali luna menggunakan dslr ni...teknik2 n sudut pengambaran pun menarik..fokus gambar jelas...ade kombinasi dgn alam....suasana waktu senja paling menarik sekali...good luck for you....

Ed_dE said...

i like.!
jeles jeles..!! =))