follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Friday, June 10, 2011

'Masa Bersenang-senang' Amat Sangat Diperlukan Sekarang!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Entri ini adalah entri kelam kabut. Bak kata si Wonderpets: "Ini serius..." Serius sejak kebelakangan ni, masa seperti tidak mengasihani saya walau sedikitpun. Hidup sangat dilanda kelam kabut. Apatah lagi saat-saat genting ingin melampiaskan segala bebanan pengajian Master Degree ni yang dah masuk semester ke-6! Arghhhh ini bikin tension! Tu lah kau ni Luna, di awal-awal semester kau banyak sangat main-main! Zaman master mu kau anggap seperti honeymoon. Arghhh tidak!!! Tak nak menyesal sebab saya tau itu semua sudah tidak berguna.

Teringat satu hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a. yang berbunyi:

"Rebutlah lima perkara ini sebelum datangnya lima perkara lain. Masa muda mu sebelum datangnya masa tuamu. Masa sehat mu sebelum datangnya masa sakit mu. Masa kaya mu sebelum datangnya masa miskin mu. Masa lapang mu sebelum datangnya masa sibuk mu. Dan masa hidup mu sebelum datangnya saat kematian mu."
(Hadis Riwayat Muslim dan Tirmizi)

Petikan tersebut mungkin sudah terlalu biasa kita baca atau dengari bukan?! Namun berapa ramai di antara kita yang benar-benar memahaminya dan mengambil iktibar daripadanya?! Ya sama macam saya. Okeh saya mengaku tidak pernah mengambil serius walaupun perkara tersebut semuanya berlegar dalam kehidupan seharian saya. Begitulah  manusia, saat senang kau lupa semua yang susah, saat susah kau menyesal kerana telah mengabaikan segala kesenangan yang diberikan pada kau sebelum ini.

Maka Luna, selepas ini kau harus menanamkan tekad untuk merebut perkara-perkara tersebut sebelum kau didatangi 5 perkara yang lainnya.Gambateh!!! - Apa yang aku mengarut pepagi buta ni?! Okeh, abaikan, saya mau pergi bersarapan... Layan gambar di bawah. Sekadar hiasan untuk entri ini. Hikhikhik...


Masjid Padang Gajah, Terong, Perak Darul Ridzuan.

Gambar ini dirakamkan sewaktu singgah solat dhuha, dalam perjalanan dari Kuala Selangor ke Merbok, Kedah. Serius guna jalan lama lagi seronok dari menggunakan lebuhraya, pada pendapat saya saja okeh! Kamu yang lain setuju?!


3 comments:

Kamal Halim said...

Alhamdulillah..syukurlah.Kesedaran itu sesuatu yang amat indah apatah lagi andai disertai dengan tindakan.

Unknown said...

Tengah sambung master ke?bgsnye..ade plan jugak..maybe next year..insyaAllah

damha said...

jln kg banyak khazanah yg x ternilai berada disepanjang perjalanan berbanding dgn lebuhraya berbukit bukau......