follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Thursday, June 02, 2011

Isu Halal Secret Recipe : Kuatnya Penangan Internet Pasal Penyebaran Khabar Angin

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum... Berkenaan dengan posting saya sebelum ni yang bertajuk Secret Recipe?! Selama Ni Mengandungi DNA Babi?!,  terdapat komen dari seorang Anonymous (sila jangan takut sekiranya anda berniat untuk mendedahkan kebenaran, saya sentiasa menerima positif setiap pandangan pembaca saya okeh...), mengenai status kehalalan makanan tersebut, maka saya membuat semakan semula dan terus ke website Secret Recipe untuk melihat jika terdapat apa-apa maklumat mengenai cerita yang disebarkan itu. Teguran dari pembaca amat saya titikberatkan. Dari teguran itulah saya boleh memperbaiki kesilapan, kesalahan, ketidaktepatan fakta yang diutarakan dalam penulisan saya. Owh terima kasih kepada yang sudi menegur.

Susulan isu JAKIM yang menarik balik pengiktirafan status halal dua jenis produk dari jenama Puratos keluaran Puratos Malaysia Sdn. Bhd. iaitu "Talento Brownies Concentrate Secret Recipe" dan "Talento Cakes Concentrate Secret Recipe", terjadi salah faham mengenai kehalalan kek keluaran syarikat bakeri terkenal iaitu Secret Recipe. Isu ini timbul besar kemungkinan disebabkan penggunaan nama "Secret Recipe" pada kedua-dua produk keluaran syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd tersebut. Maka orang ramai membuat kesimpulan (termasuk saya) bahawa kek keluaran Secret Recipe adalah tidak halal.

Melalui pencarian maklumat yang saya lakukan sebentar tadi, hasilnya adalah seperti di bawah. Pada halaman utama laman web Secret Recipe sudah terpampang notis ini:

Notis yang terpampang di halaman utama laman web Secret Recipe.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Syarikat Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn Bhd.

Yang  ni pula kenyataan dari Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd.

Maka, bijakkan lah diri kamu untuk membuat kesimpulan okeh. Saya simpan kesimpulan saya untuk peringatan buat diri saya agar sentiasa berhati-hati dengan makanan yang dibeli di luar. Kesian Secret Recipe. Hah, betapa kuatnya penangan internet ni dalam penyebaran berita dan cerita tak kira betul atau sekadar khabar angin. Tapi saya tatap tetap mau bilang saya memang pinin2 pening-pening lalat kalau makan kek Secret Recipe tu sekaligus 1 slice tu.

Pendapat kamu bagaimana?!


5 comments:

Norliyana Kartini said...

Jangan cepat percaya dengan khabar angin. itu yg terbaik. ^^

dya mohamad said...

dhlh dya pminat setia kek dia
(:

724422 @ matyo said...

kalau benda tu xbenar, dh jd fitnah. bila kita pun terlibat sebarkan, free je dpt dosa.

Dah tukar domain.. selamat tinggal blogspot

Anonymous said...

Salam,

Tahniah sbb cpt react to clarify regards 2 this isu..

btw, i xletak nme sbb i'm not that really important.. don't get me wrong.. i'm not a stalker or anything.. i just want to stay low..

Yg penting awk teruskn berblogging ya.. Keep it up girl.. =)

umifuzy said...

Sorry la sebab ni isu lama tp setahu saya Secret Recipe sekarang mendapat bekalan dari Federal Bakery. Kalau nak try kek yang sama seperti Secret Recipe try usha ke www.rossatkitchen.blogspot.com..Chef Ross ni mmg hebat membuat roti dan cakes dan yang pasti bahan2 yg digunakannya adalah HALAL tanpa was2..hehhehe