BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum... Ingatkan adik-adik undergraduate universiti awam ni akan memulakan sesi pengajian bermula September tahun ni, owh itu hanya untuk kursus degree saja rupanya. Untuk kursus diploma, mereka sudah mula mendaftar (bagi pelajar baru) pada minggu ni, dan akan memulakan sesi pembelajaran pada minggu hadapan. Manakala pelajar yang mengikuti kursus degree akan memulakan sesi semester baru pada September nanti. Mak aihhhhh!!! Jauhnya beza tempoh tersebut! Beruntunglah pelajar-pejar degree eh?! Balik kampung bercuti sakan lah kamu ye...
Patutlah banyak sangat khemah didirikan di hadapan Kolej Kediaman ni. Dah mula mendaftar rupanya hari ni. |
Satu kampung turun mengiringi si pelajar untuk mendaftar di universiti! Siap bawak tikar berkelah dengan bakul makanan lagi tu. |
Melihatkan suasana itu, membuatkan saya terkenangkan kembali 8 tahun dahulu iaitu pada tahun 2003 sewaktu mula melangkahkan kaki ke menara gading ni (walaupun tak nampak sebatang gading pun di sini), saya datang seorang diri tanpa dihantar oleh sesiapa pun! Huk3... Sedih... Sedih... Duk mengangkut beg pakaian yang lagi berat dari saya, datang nun jauh dari Sabah semata-mata ingin mengejar impian menjadi seorang pelajar universiti. Besar jugak amanat mak yang saya bawa memandangkan saya anak pertama ayah (dari tiga orang isteri) yang masuk universiti. Dari KK-KL-Kuantan, seorang diri okeh! Dah la masa mula-mula sampai di UMP (Universiti Malaysia Pahang) pada masa tu bagaikan sebuah padang jarak padang tekukur yang terletak nun jauh di ulu (jauh sangat dari bandar). Tanah masih merah lagi! Duhhhh, tak sanggup mau mengenang kembali.
Dah banyak pokok dah UMP sekarang ni! |
Bertuahlah budak-budak UMP sekarang ni. Terlalu banyak perubahan terutamanya kemudahan-kemudahan asas yang telah disediakan di UMP ni. Apatah lagi sejak LPT (Lebuhraya Pantai Timur) ni dah dibuka dan Exit Tol Gambang ni merupakan antara pintu masuk utama ke Kuantan, maka jalan raya di hadapan universiti ini mula la menjadi jalan utama bagi bas-bas ekspress dari KL ke Kuantan, mudah la sikit boleh turun terus di pintu depan universiti, tak perlu turun di bandar Kuantan kemudian tunggu bas/teksi untuk datang ke UMP.
Sejak tu jugaklah, kedai-kedai, premis-premis perniagaan, dan terbaru, sekolah sukan didirikan di sekitar universiti ni menjadikan sekitar kawasan universiti yang dahulunya bagaikan pekan koboi, akhirnya semakin meriah. Walaupun tak semeriah universiti yang terletak di tengah-tengah bandar, tapi oklah dari yang dulu, lagi sedih weh!
Tak sangka saya ni betul-betul menyusuri setiap perkembangan di UMP ni depan mata saya setelah tahun ni masuk tahun ke-8 saya menjadi pelajar kemudian pekerja kemudian pelajar kembali di sini.
Haishhhh... Apa pulak yang saya mengarut panjang-panjang ni! Oklah buat adik-adikku yang mendaftar pada hari ini, tak kisah la di UMP ni ke atau di universiti awam lain, selamat menjalani minggu orientasi yang sungguh membosankan! Hahahaha... <- gelak jahat!
10 comments:
sgt seronok igt kembali saat2 mula2 msk U dulu huhuhu
cantik jugak UMP nih. :)
atie - cantik dah skrg.. klu dulu.. hek! 8 tahun sudah, masa mula2 mjejakkan kaki di sini, hek! padak jarak padang tekukur!
kebanyakkan IPT dulu memang jauh dr bandar.. Igt masa hantar kakak sulung ke Uitm Arau.. masa 1st time sampai rasa mcm terpinggir jer.. dok pk mcm mana la akak nak sesuaikan diri dgn tmpt yg jauh dr pekan tu tu
TERKINI :KAU TAK KISAH TAPI ADA YANG KISAH PASAL STATUS DARA KAU.
TERKINI :TERIMA HUKUMAN REJAM SAMPAI MATI SELEPAS SERTAI PERTANDINGAN RATU CANTIK
TERKINI : JANGAN PANDANG PEREMPUAN COMEL BERPERUT BOYOT ITU!
Kemas nye Blog...care persembahan artikel pon tersusun...
zippo - biasalah.. pompuan.. hik3!
kakak rupenye,muka nmpak mcm muda lagi.hihi :)
saidathulhaziqah - agegegeegge.. malu lahh.. hahahaha.. dah tua da kite ni!
hihi.betul,muka kakak nmpak muda.kakak orang sabah kan?saya labuan :)
saidathulhaziqah - terpaksa menyorok bawah meja kalau cenggini.. hahahha...
Post a Comment