follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Saturday, June 04, 2011

Kesian... Mak Bapak Takde, Mereka Hidup Merempat

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Kesian mereka ni... Dah la mak ayah tak tau kat mana, pastu mereka ni hidupnya merempat. Tidur di kaki lima. Hiks... Kesian engkau wahai anak kucing!

Iye anak kucing je la... Bukan anak manusia. Meh tengok gelagat anak-anak kucing ni yang sempat saya rakam di sepanjang perjalanan saya (skemanya ayat! haishhhhh!!!). Comel jer melihat telatah mereka tuh! Kalau Kak Ina tengok ni, mesti dia suka!

Mati?! Tokojut den! Rupanya sedang tidur dengan nyenyaknya dalam longkang! Anak kucing ni selalu sangat datang main sorang-sorang sekor-sekor di belakang rumah saya!

Ni pun antara port paling digemarinya. Suka sangat bermain dengan penyapu lidi ni. Lepas main, maka abihlah bersepah tercabut lidi-lidi tu si dia ni kerjakan masa main!

Sapa la punya motosikal  ni?! (Opsssss... lupa nak censored no plat). Tapi ada apa dengan motosikal ni.

Ada si dia ni tengah nyenyak tidur dalam helmet! Perghhhh!! Empuk tuh! Macam tidur kat tilam je eh?!

Port baik punya!

Yang mereka berdua ni hanya bermain di pinggiran...

Yang gambar terakhir ni pula tiada kena mengena dengan anak kucing ataupu hidup merempat! Ni spesies si Garfield la ni... Lepas makan terus carik port tidur baik punya! Nuuuu hah! Tu dia! Kat atas TV. Suam-suam je tempat tidur dia. Tu yang suka sangat gi tidur atas TV!

Garfield... Garfield... Terserlah ke'pemalas'an mu!

Erkkk... Hari ni entri tak berapa nak best! Jadi layan saja lah okeh!


3 comments:

ASaDa RyutaRo said...

baik punya tempat, tido dalam helmet! nasib baik tak kena amuk dengan tuan punya helmet.

yang dalam longkang tu memang tunggu hujan baru sedar kot. hahaha..

Nur Syahida said...

hAHA suka la tgk gelaaagat diorg..rindu hero2 kat umah

damha said...

tiap2 pg selalu ade kucing tidor dalam raga moto saya..he333...