follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Tuesday, June 07, 2011

Rasa Macam Kat Crime Lab Drama Siri CSI Pulak

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum... Pernah tengok drama bersiri CSI (Crime Scene Investigation) tak?! Owhhh, drama ni merupakan antara drama siri kegemaran saya, selain Prison Break (ensemboinya la ba si Michael Scofield tu) dan Heroes (makin lama makin mengarut pulak cerita dia ni). Antara CSI Vegas, CSI New York dengan CSI Miami, saya paling minat dengan CSI Miami tu. Tak tau la kenapa.

Okeh cut the crap... Saya pun tidak berapa pasti kenapa petang-petang begini posting entri yang mengarut ini. Tapi saja mau kongsi scene 'crime lab' CSI saya dalam Clean Room, Makmal Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA), Universiti Malaysia Pahang ni. Sebenarnya, gambar-gambar berikut diambil semasa masih dalam proses lab work untuk master degree dua tahun lepas (2009). Cuma masa tu konon-kononnya sangat busy, maka tiada masa untuk update entri dan upload gambar-gambar berikut.

Kalau hantar gambar ni kepada CSI tu, rasa-rasa depa nak ajak saya berlakon tak?! Hahahaha... *perasan*

Antara banyak-banyak gambar yang saya self-captured, gambar ni yang paling saya suka. Menjadi lak lakonan. Hahahha... Tapi ini adalah cara yang salah untuk mengendalikan bahan kimia (asid asetik berkepekatan 100%) tersebut. Harus pakai google untuk mengelakkan percikan acid terkena mata.

Ni cara yang betul mengendalikan bahan kimia yang mudah meruap. Perlu dilakukan dalam fume hood (kebuk wasap). Ini untuk mengelakkan kita terhidu bahan kimia tersebut.

Pakaian dan PPE (Personal Protective Equipment) lengkap dari hujung rambung ke hujung kaki walaupun dalam gambar di atas tidak nampak kaki.

Sepanjang bermain dengan asid berkepekatan tinggi ni, sudah banyak kali terkena pada pakaian. Yang paling terkesan adalah seluar slack saya, abih berlubang terkena asid. Cuai sungguh! Nasib baik kat muka dan lengan hanya rasa gatal-gatal saja.

Alat ni dikenali sebagai GC (Gas Chromatography). Kalau dalam drama CSI tu, memang mereka ada gunakan alat ini. Maka bila saya tengok drama tu, bolehlah faham sikit-sikit terma-terma yang mereka gunakan semasa melakukan analisis bahan bukti. Sebab ni kot suka tengok drama tu. Huhuhu...

Yang ini sebahagian daripada GC di atas.

Sila perhatikan tarikh dan masa yang terpapar pada gambar di atas... Jam 02:56, sistem masa 24 jan menunjukkan itu adalah waktu pagi, bukan petang okeh! Urghhhh... Nak segera menyiapkan segala kerja-kerja makmal punya pasal, terpaksa stay up sampai ke pagi! Ingat senang?! Sudahnya, sampai sekarang masih lagi melekat di makmal ni.




Extraction system (sistem pengekstrakan) skala makmal.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh Makmal FKKSA ataupun peralatan analisis yang ada di sini,  bolehlah melayari portal rasmi Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli, Universiti Malaysia Pahang. Adik-adik yang nak buat latihan industri atau praktikal di sini pun boleh memohon untuk ditempatkan di makmal ni.


4 comments:

Syeeda said...

wah ..hii

senyumSOYA said...

amik forensik ka? huhuhu...
byak main ngn chemical tu..hati2 tau..(^^!

eliyaezlinalias said...

teringat jugeee kenangan taim blajo dlu~~~

Unknown said...

assalamualaikum....saya aizat dari syarikat pearltech resources....syarikat kami menawarkan perkhidmatan membekal, menyelenggara dan mengaudit kebukwasap...sekiranya ada ape-ape masalah berkenaan dengan kebukwasap sila lah hubungi saya +60108912375 atau emailkan segala pertanyaan ker pearltechresources@gmail.com....saya sedia membantu..