BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum... Baik seperti yang
dijanjikan dalam entri semalam, dalam entri ni saya akan kongsikan beberapa tarikan yang terdapat di
Bukit Malawati, Kuala Selangor.
Kota Malawati telah diwartakan sebagai
Monumen Lama dan Tapak Tanah Bersejarah di bawah Akta Bendapurba Bilangan
168/1976 pada 8 September 1977.
|
Pintu gerbang masuk ke kawasan Kompleks Sejarah Bukit Malawati, Kuala Selangor |
Untuk pengetahuan, selain menjadi tumpuan pelancongan kerana tinggalan sejarah yang ada di sini, Bukit Melawati juga menjadi kawasan beriadah buat penduduk tempatan untuk bersenam atau berjoging sambil menikmati keindahan alam di sini pada waktu pagi dan petang. Kenderaan persendirian adalah dibenarkan untuk dipandu mengelilingi bukit ini pada hari biasa. Namun pada hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum, kenderaan persendirian adalah tidak dibenarkan melepasi pintu gerbang seperti dalam gambar pertama di atas.
Pada cuti umum termasuk Sabtu dan Ahad, terdapat perkhidmatan trem yang disediakan buat para pelancong yang ingin mengelilingi kompleks ini tanpa perlu berjalan kaki. Bayaran yang dikenakan adalah RM3.00 seorang bagi dewasa dan bagi kanak-kanak, saya kurang pasti, tapi harga adalah berlainan bagi kanak-kanak dan tentunya lebih murah dari harga orang dewasa.
|
Perhentian trem. |
|
Perkhidmatan trem Bukit Malawati yang disediakan pada Hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum. |
|
Saya lupa untuk kanak-kanak berapa hengget. |
|
Jangan
nak mengelat tak beli tiket okeh! Tengok betapa tebalnya misai pakcik
ni, satgi ada yang kena tibai dengan pakcik ni kalau naik trem tak beli
tiket. Huhuhuh... |
|
Keadaan jalan di kawasan bukit ni boleh tahan sempit jugak, bila trem ni amik selekoh, fuhhhhh, seram jugak bila kita perhatikan tayar trem tu betul-betul di atas garisan putih jalan terutama sekali bila berada di lereng bukit. |
Okeh, berbicara sedkit mengenai
Sejarah Bukit Malawati ini....
Bukit Malawati ini merupakan pusat
pentadbiran dan kota kesultanan Negeri Selangor di akhir abad ke-18 dan awal
abad ke-19. Pada masa tersebut terdapat sebuah kota yang sangat kukuh di puncak
bukit ini. Kota ini dibina semasa pemerintahan Sultan Ibrahim (1782 - 1826)
sebagai benteng pertahanan dari serangan Belanda kerana negeri Selangor
terlibat dalam pergolakan kuasa di antara Belanda dengan Johor dan Riau.
Akhirnya kota ini ditawan oleh Belanda pada tahun 1784 dan dinamakan ‘Kota
Altingsburg’, bersempena nama Gabenor General Belanda. Walau bagaimanapun
kejayaan Belanda tidak lama kerana julung kalinya dalam sejarah, seorang Sultan
telah menawan semula kotanya daripada
kuasa asing sebagaimana yang telah dilakukan oleh Sultan Ibrahim. Pada malam 27
Januari 1785, dengan bantuan orang Pahang dan Penggawa Permatang, baginda
Sultan telah menawan semula kota ini daripada tangan Belanda. Baginda
meletakkan batu-batu besar ke dalam muara Sungai Selangor dan berjaya
menghalang kemaraan musuh.
Di kompleks ini terdapat berbagai tinggalan
sejarah antaranya ialah tembok kota yang masih berdiri teguh, bekas tapak
istana, rumah api, makam diraja, perigi tujuh, batu hampar tempat memancung
kepala pesalah, tangga seratus, perigi beracun serta beberapa buah meriam yang diletak menghala ke muara Sungai
Selangor. Dipercayai juga di sini terdapat sebuah terowong menyimpan harta.
|
Peta bergambar untuk menunjukkan lokasi beberapa tarikan sejarah di kompleks ini. |
|
Jambatan yang berlatar belakangkan bangunan Muzium Permainan Tradisional. Namun muzium ini telah ditutup. Melalui pemerhatian saya pada minggu lepas, saya boleh lihat atap genting muzium ini sudah banyak yang pecah dan bumbung banyak yang berlubang. Keadaan pasu-pasu di sekitar muzium ini juga banya yang pecah dipercayai angkara monyet-monyet di sini. Menunjukkan muzium ini sudah lama terbiar tanpa penjagaan atau sebarang pembaikpulihan. Sayang sungguh... |
|
|
Laman budaya. |
|
Muzium ini hanya dibuka untuk lawatan pada cuti umum. Namun saya masih belum berkesempatan untuk melihat kandungan di dalam muzium ini. |
|
Muzium Sejarah Kuala Selangor |
|
Bangunan ini kelihatans eperti sebuah dewan terbuka, terletak dalam kawasan dan bersebelahan dengan bangunan Muzium Sejarah Kuala Selangor. |
|
Beginilah suasana di kawasan ini pada cuti umum. Kawasan ini yang terletak di hadapan Muzium Sejarah Kuala Selangor merupakan kawasan yang menjadi tumpuan pelancong untuk beramah mesra dengan monyet. Nak bagi makan monyet-monyet Bukit Malawati, inilah tempatnya. Terdapat beberapa orang peniaga yang akan menjual makanan monyet berupa kacang tanah dan kacang panjang di sini. Jadi jangan risau jika kamu tidak membawa sebarang makanan untuk 'mereka', bolehlah membelinya di sini. |
|
Namun berbeza keadaannya pada hari biasa, sunyi. Cuma mereka yang joging kelihatan di sini pada waktu pagi dan petang. Owh lupa, dan mereka-mereka yang sedang bercengkerama macam cengkerik. Huhuhuh.. |
BAITULHILAL BUKIT MALAWATI
Kalau kamu perasan, apabila tiba Bulan Ramadhan, pasti ada hebahan di media cetak atau elektronik mengenai tempat mencerap anak bulan untuk menentukan tarik bermula puasa dan tarikh bermula Syawal. Di Bulit Melawati ni merupakan salah sebuah tempat yang ada di Malaysia ni untuk mencerap anak bulan. Penerangan lanjut boleh baca pada papan tanda bangunan di bawah ni okeh.
|
Tempat mencerap anak bulan pada Bulan Ramadhan. |
|
Boleh baca kan? |
|
Meriam-meriam tersebut adalah menghala ke muara Sungai Selangor. |
|
Muara Sungai Selangor. Gambar berikut dirakan di tepi meriam seperti gambar di atas. |
|
Perkampungan
nelayan yang terdapat di pinggir Sungai Selangor. Maaf kualiti gambar
kurang memuaskan memandangkan hanya menggunakan kamera telefon bimbit
yang canggih ni! :P |
|
Sisa runtuhan istana yang masih wujud sehingga kini di Bukit Malawati. |
|
Kalau buat photoshoot di sini memang cantik! |
BATU HAMPAR
Batu Hampar ini
terletak di hujung halaman Istana Sultan. Ia terletak di atas kawasan lapang
dengan menuruni tiga anak tangga menghala matahari terbit. Ia berupa seketul
batu pejal empat persegi berukuran 5x5x1 kaki padu yang beralas longgokan tanah
pasir sebagai kakinya. Ada pendapat mengatakan batu ini digunakan sebagai tempat
memancung penderhaka. Pendapat lain pula mengatakan batu ini adalah sebagai
tempat persemayaman Baginda Sultan Abdul Samad untuk memerhati pekan Kuala
Selangor.
|
Batu hampar |
|
Kedudukan batu hampar di hadapan pintu kota. |
BUSUT MALAWATI
Terletak
kira-kira 80 ela di hadapan pintu kota. Terdapat pohon sena yang kini telah
berusia 200 tahun. Kemuncaknya rata kira-kira 20 kaki persegi membolehkan
sultan bersemayam untuk berehat dan menyaksikan ayam bersabung.
|
Keadaan di puncak busuk ni memang rata. Serius. Siap boleh didirikan pondok rehat lagi tu. Pokok di sebelah kanan gambar ini merupakan pokok sena yang dikatakan berusia 200 tahun. |
|
Namun pokok sena ni bagi saya, sekilas pandang tak macam pokok yang berusia ratusan tahun pun... |
PERIGI BERACUN
Airnya berisi racun, hasil ramuan beberapa
jenis getah dan miang rebung. Airnya diisi sehingga ke paras dagu penderhaka.
Dijadikan tempat penyiksaan penderhaka. Namun semasa kunjunagn saya ke sini, menurut penduduk tempatan, perigi ni hanya mengandungi air hujan saja. Sudah tidak beracun lagi.
|
Perigi beracun yang telah ditutup dan dikunci. Takut ada lak yang terjun bunuh diri nanti. |
MAKAM DIRAJA
SELANGOR
Terdapat 3 buah
makam diraja bagi 3 Sultan Selangor yang ada di sini iaitu:
- Sultan Selangor
Pertama - Sultan Salehudding (1766 - 1782)
- Sultan Selangor Kedua - Sultan Ibrahim (1782 - 1826)
- Sultan Selangor Ketiga - Sultan Muhammad (1826 - 1857)
|
Makam-makam tersebut terletak di dalam bangunan ini. |
|
Sebelum ni, makam ini dibuka untuk lawatan, namun atas beberapa sebab yang tidak dinyatakan di sini, pengunjung hanya dibenarkan untuk melihat dari luar pagar. |
|
Ermmmm... Batu yang berbalut kain putih tu, saya tidak pasti namun kelihatannya seperti sebuah kubur. Siapa punya?! Juga tidak terdapat sebarang informasi mengenainya. |
MERIAM PENGGAWA
Meriam Penggawa
ini sentiasa dibalut dengan kain kuning. Terletak di dalam kawasan makam Sultan
Selangor. Ditemui di pinggir Sungai Buluh, 12 km ke selatan Kuala Selangor pada
23 September 1966. Nama asalnya adalah ‘Petoi Boga’ yang bermaksud Puteri
Putih.
|
Kedudukan Meriam Penggawa yang diletakkan di hadapan makam diraja. |
Berikut merupakan beberapa lagi gambar pemandangan di kawasan Bukit Malawati. Gambar kurang memuaskan kerna pakai kamera enset cabuk lagi...
|
Gambar pokok ni saya ambil pada March 2010 yang lepas. Namun pada minggu lepas semasa datang untuk berjoging di sini, kelibat pokok ini sudah tiada. Ditebang agaknya memandangkan keadaan pokok ni yang sudah tua menunggu mati. Tapi serius, photoshoot berlatarbelakangkan pokok ni juga pasti hebat! perasan tak bongkah-bongkah seperti bati di bawah pokok tersebut?! Itu adalah kubur cina lama... Tak berani datang dekat untuk melihat jika terdapat tarikh pada makam tersebut. Seram pulak! |
|
Pemandangan menara pemancar ini juga menggamit pandangan saya. Sangat cantik! |
Maka, itulah saja.Namun lokasi perigi tujuh dan tangga seratus tidak dinyatakan dalam peta. Saya pun tak tau kat mana. Dan juga terowong menyimpan harta?! Siapa anak jati Kuala Selangor?! Tolong carikkan... Huhuhu...
21 comments:
cerita dan gambar2 yang menarik sekali....time bermesra dgn monyet tu yg tak tahan...tak ganas keeeee...takut lerrr
Contest---> : 'AKU SAYANG DIA'
jgn lupa join ye :))
zuwaidah - monyet2 tu sangat mesra pengunjung.. jangan takut...
lame da xg ke sane...rase2 nyer last saye g ke sane tahun 2005 or 2006 mcm tue la...hahaha...
http://afifsamshuri.blogspot.com/2011/06/selamat-pagi-malaysia.html
ada skali aku naik keretapi tu dia nye driver bawak laju cam cipan. kalah f1. ngeri aku.
hahahaha... cipan bwak keta camtu rupanya...
kat sini monyet banyak gila oooooo...
meaw - serius sangat banyak! tp semuanya baik-baik belaka... tak ganas...
tq atas info tu mengenai sejarah kat selangor...
pergh...dasyat la. cerita yg mnarik..gambar yg puas hati..
makam tu dipagar sebab masa sebelum makam tu dipagar, ada orang dtg buat pemujaan...mintak nombor ekor agaknya..huhu..
Mr.Oren - terima kasih utk pujian tu.. harap ikhlas la yer.. :P
xmirolx - ye ke? patut la pon...
Tangga seratus yang berhampiram laman budaya dan Muzimu Permainan Tradisional tu. Telaga tujuh pulak ada belakang Pejabat Pos Kuala Selangor.
berbangge kerje saye (peta) dpt di tayangkan. hehe...
tp ader tmpat tersembunyi yg saya tdk tunjukkan...cumer penddk tmptn jer tau tmpt tu...
satu kota lama bersebelahan dngn...
nama KUALA SELANGOR (mcm HOLLYWOOD tu)...
ader satu lorong naik keatas sebelum turun ke makan diraja...
klw anda berjln kaki blh lah anda naik ke atas...tp perlu brhati-hati...hehe..
sy salah sorg dr kakitgn mdks & nak ucap jutaan trima kasih atas info2 yg d paparkan.. insyaallah. . ape2 yg kurang akan kami perbaiki lg perkhidmatannya... sila dtg lg ke bukit malawati ya...
diella suhadan - sama2... insyaAllah...
teringin ke sana,cam best,ank2 pun suka ngn monyet,thnks ats info yer
TQ for ur info...wish to bring my kids to visit this historical place. Good effort!
Salam Nak Tanya, Pada Hari Ahad Tempat Situ Bukak Tak.. Takut Ada Yang X Bukak... Boleh Bagi Tahu Tak..
Terbaek la rencana al kisah bukit melawati. Tahniah. LUNA LANUN. Perbanyakkan hasil Karya destinasi riadah lagi.
Tempat ni apa ye maksudnya?
Post a Comment