BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM
Dengar sini semua, makcik nak membebel jap! |
Assalamualaikum... Tentu kamu semua biasa dengan serangkap ayat power ni kan, 'I follow u, u follow me back!'? Fenomena ini seolah-olah telah dijadikan budaya dalam dunia blog. Kebiasaannya dilakukan oleh 'adik-adik' blogger yang baru nak bertapak dalam dunia blog ni, yang baru punya follower cenonet ciput sahaja. Buat blogger yang dah punya ribu riban follower, mungkin masih ada namun bilangannya amat sedikit, yang mengamalkan budaya ini. Ayat tu biasanya akan ditempek pada komen entri mahupun shoutbox setelah seseorang blogger itu menjadi follower sesebuah blog.
Mungkin ada yang beranggapan, budaya itu sangat menjengkelkan dan sangat kebudak-budakan. Seolah-olah berblog ini hanya untuk mengejar bilangan follower, bukannya mutu/kualiti blog. Apa ada hal?! Biarkan saja lah mereka... Mungkin itu cara mereka untuk membina empayar dan jaringan untuk blog mereka pada peringkat awal. Jika ada yang rasa itu semua sangat menjengkelkan, sila abaikan saja,
tidak perlu untuk menghina/menyindir mereka. Serius, tampalan ayat
seperti itu pada blog kamu tidak akan mencederakan kamu langsung okeh!
Pada saya, saya tidak kisah semua itu. Sebab saya tidak rugi satu sen
pun sekiranya saya follow semula blog mereka. Itu salah satu cara saya sebagai
menghargai mereka yang sudi menjadi follower saya. Cara saya untuk
menceriakan follower saya agar mereka tahu saya amat menghargai mereka.
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita balas la semula...
Ekekekeke, macam pelik lak peribahasa tu. :
Ada yang berpendapat,
"kalau nak sangat ramai follower, bagi gempak bagi mantap dulu penulisan dalam blog, secara automatik orang lain pasti akan follow sebab tertarik dengan penulisan kita yang sentiasa berkualiti itu."
Ya, memang tidak dinafikan kenyataan itu ada kebenarannya. Namun ingat, tidak semua manusia lahir dengan bakat menulis tersebut. Bakat itu boleh wujud dalam diri seseorang, tapi pastinya mengambil masa, perlu dipupuk dan diasah dari sehari ke sehari. Kira miracle sangatlah kalau ada manusia lahir-lahir je terus sangat terror dalam penulisan (tidak mustahil sebab itu semua kerja Allah). Lepas tu ada pula pendapat lain yang mengatakan,
"ada je blog yang entri dia entah apa-apa je, entri macam sampah sarap yang layak masuk tong sampah, tapi ramai jer follower dia."
Hey, rilek la... Pastinya mereka punya senjata tersendiri pada blog mereka untuk menarik ramai orang menjadi follower blog mereka. Setiap manusia ada lebih, ada kurangnya. Bergantung kepada kebijaksanaan kita untuk memanfaatkan segala kelebihan atau kekurangan itu. Apapun, penting sangatkah follower sampai kena berkempen begitu sekali untuk mengajak orang menjadi follower blog kita?! Pandangan saya?! Ya, PENTING! Bagi saya, bilangan follower merupakan first impression seseorang terhadap ke'famous'an blog tersebut. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan saya, namun itu adalah hak kamu. Saya tidak ingin buat apa-apa huraian mengenainya, ramai blogger otai di luar sana yang sudah pernah membincangkan isu itu.
Apa yang dapat saya simpulkan di sini, setiap blogger ada cara masing-masing untuk mempromosikan blog mereka. Itu hak mereka. Jika ada yang rasa itu semua mengarut, tak perlulah kamu menjadi hakim tidak bertauliah menjatuhkan hukum bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah mengarut dan sangat menjengkelkan. Hormatilah blogger baru sebagaimana kamu ingin blogger baru menghormati kamu. Jika tiada blogger baru, tiadalah bertambah bilangan follower kamu yang dah lama tu. (Saya pon blogger lama jugak sejak tahun 2008).
Sekian terima kasih...
*p/s: Kepada follower saya yang nak saya follow balik tu, tapi saya masih belum follow balik sehingga kini, serius bukan saya sengajakan. Saya juga manusia biasa yang punya aktiviti lain yang perlu dilakukan selain menghadap blog 24 jam. Maaf sangat-sangat kalau saya belum 'follow u back'!
22 comments:
nice one ;)
wau nice entry akak..
semua orang dari permulaan blog pun mesti guna treakmark sama
"i follow u, u follow me back"
tapi bila dh famous lupa zaman cenonet mereka, tak semua blogger famous mcm tue lah.. he3x :)
Saya setuju yg ini..sbb sy newbie juga yg masih menulis merapu-meraban...in process of learning though...
btol3x..
saya masih baru dalam blogger ni..
sokong ngan entri kali nie..
i follow u, u follow me back...wajib tau..tak nak follow back tak nak kawan...ahahah
ahhaa betul2 kadang-kadang annoy juga, tapi sumtimes ikutkan saje, uhuhuhu.
tak nafikan aku pernah buat XD
betul tu... pada IEB yg penting koram folow blog IEB dalam hati pin dah cukup
sgt setujuuu..mantapkan gaya penulisan dulu..hehe
p/s: tapi kalau syaz dpt invitation 'pls follow me back' syaz g follow je..hehe
kalau masa mengizinkan, follow je balik.. x luka pn kan?! hik3... x kurg satu sen pn duit kita.. :P
follow-follow.
alangkah bgs ek kalau semua followers yg beribu2 tu baca entri tiap2 kali update...
follower ramai tapi penulisan tak mantap nak buat ape kan
betul jgk tu..biarlah pun kalo dorg nk minta dfollow, bkn jadi satu masalah pun, org yg bermasalah je yg jadikan isu tu jd masalah..pelik sgguh..kalo sy, sy suka org bgtau sy yg dia follow sy, so sy tahu..kan hehe
sy setuju, mula2 dlu sy pn sama.. merayu2, "plz follow me back" hehe, tpi bla dh lama sikit sy dh xguna da, sy rasa cam mntk di follow tpi entri ntah pape, xde isi yg pnting.. dan, ada blogger yg dtg ke blog sy bla ckp cmtu, sy jdi cam geram je.. eee.. ntah pape je dia ni, cm mntak sedekah,pstu sy terfikir.. sy pn pnah jdi cam mereka, sy biarkan je.. bgi sy, jka kte follow blog seseorg tu tndanya kte suka kn blognya,bla org follow sy,sy akn follow dia blk, sbb sy hargai dia, tpi bergantung jgak pda entri yg dia post, klo porn blog.. sah2 sy xkn follow..
mula2 biasalah.. lelama bla dh pandai bertatih.. dh pndai mengatur langkah, erm.. ok la tu.overall, sy suka entri ni..
yup . tak syok2 la paksa paksa orang kan kan :)
kenal blog ini drp gegar blog bln julai
erm...sy new comer blogger..i love to do that.hihi
wow...so meaningful n menjaga hati smua pihak...tq sis for open up people's mind..>_<
dulu mula2 ye sy wat camtu..sbb masih mentah..skrg x lagi...sy xpaksa org follow sy..biar seikhlas hati..sbb nak tau byk mana bilangan org yg minat blog sy..hehe..ok x camtu?hoho
Kita serupa :)...suka entry ini...
untuk orang baru mcm Cik Ayu ni, sgt2 la appreciate follower2 awal. ye la, kalu menulis tp xde sape yang baca, semangat nak menulis tu mcm tu je la kan. tp kalu ade follower yg ramai (bagi Cik Ayu 20 org pun kira ramai), semangat nk menulis tu lain. ini la yg dialami Cik Ayu sbg pendatang baru.. kan bagus kalu kita support each other.. Cik Ayu x paksa orang follow tp insya Allah Cik Ayu akan follow blogger yang follow Cik Ayu sebagai tanda terima kasih sbb sudi juga menjengah
dr 2008 ek? great... hrum.. klu yg budaya follow me back tu, bia la, mungkin tu leh jd pemangkin semangat tuk diorang naik.. plus dorng msih mentah.. lama2 diorng pn sick ngan pe yg diorng wat tu kan? hehe..
Post a Comment