follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Tuesday, June 07, 2011

7 Batang Seorang?! Gulpppp!!!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Gunung Jerai, Yan, Kedah

Malaysia perlu menanam tujuh juta batang pokok bagi setiap satu juta penduduk bandar raya di negara ini bagi menyerap sekurang-kurangya 15 peratus pelepasan gas rumah hijau, kata Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr James Dawos Mamit.

Beliau berkata kini sebuah bandar raya di negara ini secara purata hanya mampu menyerap 1.5 peratus pelepasan gas.

"Oleh itu berdasarkan model progresif linear, saya telah mengira bahawa bagi setiap satu juta penduduk, kita memerlukan tujuh juta pokok bagi setiap bandar raya kita.

"Kita perlu menanam antara lain lebih banyak pokok teduh terutama di laluan pejalan kaki," katanya dalam sidang media pada Perhimpunan Agung Ke-15 Persidangan Anggota Parlimen Asia Pasifik bagi Alam Sekitar dan Pembangunan (APPCED) di sini hari ini.
Sumber: Harian Metro

Wahai orang-orang bandar (nasib baik saya ni orang kampung), rajin-rajinkan lah diri untuk turut serta kalau diadakan gotong-royong di kawasan anda. Bukan untuk faedah orang lain, tapi untuk faedah kamu jugak! Ni tak, kalau ada kempen gotong-royong, tak kisah la gotong royong apa pun, masing-masing nak sorokkan diri. Mungkin bukan semua, tapi kebanyakan. Betul tak?!


5 comments:

kokser kokdam said...

sile tanam pokok wahai org bandar..

eheh

Cik Farah said...

banyaknyaaaaa! Jenuh nak tanam.. Tsk tsk

Unknown said...

dekat kl nie ade tempat lg ke nak tanam pokok..flyover semaken banyak adela..hehe

eliyaezlinalias said...

memang bule tanam tapi asal tanam jek mati pokok tu..cemana tuh???

Cikbintang said...

hye dear..nk tiket wayang free x??
jom join GA ni..
ade headphone jgk adiahnye

jgn lupa tulis cikbintang as referrer ye...trima ksih..

http://ellismelia.blogspot.com/2011/06/attack-block-movie-contest-by-deqlis.html