follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Friday, June 03, 2011

Alahailah Pakcik Drebar... Napelah Kau Buat Camni Kat Aku?!

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum... Aisyemennnn... Pakcik-pakcik drebar bas ekspress ni betul-betul menguji tahap kesabaran saya ni! Dia buat lagi... Dalam masa 2 bulan ni, dalam 8 kali kot saya berulang alik Kuantan-KL-Kuantan menaiki bas ekspress syarikat yang sama. Dan setiap kali saya menaiki bas ekspress tersebut, pakcik-pakcik drebar ni, mestipasti akan menghisap rokok semasa memandu, alasan seperti dalam entri saya sebelum ni, untuk menghilangkan mengantuk! Adoiiiiiii!!!! Sakit kepala saya menghidu asap rokok mereka! Sememangnya semasa mengikuti latihan pengukuhan profesional yang diwajibkan untuk setiap pemandu sebelum dibenarkan memandu bas ekspress yang disediakan syarikat ni, mereka diajar untuk merokok ke sekiranya mengantuk semasa memandu?!

Tu dia! Sedapnya pakcik ni hisap rokok eh?!

Segar bugar dah pakcik ni. Tak ngantuk dah la eh?!

Gambar di bawah ni saya rakam ketika sedang berhenti rehat di R&R Temerloh. Yang ni adalah sticker yang ditampalkan pada cermin depan bas ekpress tersebut. Sticker ni hanya untuk mencukupkan syarat saja ye?! Ke sekadar hiasan dalaman bas ekspress ni?!

Hah yang ni banyak-banyak ni untuk apa ye?!

Pada Selasa lepas, saya sempat menghantar borang maklum balas online kepada syarikat berkenaan, namun sehingga kini masih belum ada apa-apa balasan. Tak dibalas jugak la tu jawabnya... Nanti kalau ada jawapan dari mereka, saya akan buat satu entri mengenainya. Sekian terima kasih!


4 comments:

Shah Zamri said...

hyep salam kenalan dari shahzone...
jom join segmen shahzone..

Segmen Shahzone:Sertai Segmen Shahzone Lepak 50 Blog Hangit! Blog Pilihan Shahzone Akan Menerima Ruang Iklan di Blog Shahzone Secara Percuma!!!

LUNA LANUN said...

jap! jap! nanti sy join klu masih sempat... sedang sibuk update senarai peserta segmen Ben Ashaari ni.. huhuuhuhu...

Cik Farah said...

Farah pun tak boleh bau rokok. Hishhhh.. Boleh pening dibuatnya!

damha said...

merokok membahayakan kesihatan semua org sekeliling...