follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Friday, June 03, 2011

2 Faktor Kenapa Nikah Cepat - Salih Yacob

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum... Susulan berita terkejut mengenai penikahan Salih Yacob dengan isteri ke-4, Samihah Sheikh Ali sebelum ni yang diadakan secara tiba-tiba, Salih Yacob tampil membuat penjelasan kepada media.

Siti Nurhaliza kata: "Biarlah rahsia..." Salih Yacob kata: "Bukan berahsia..."

Menurut Salih Yacob, mereka tidak pernah menetapkan tarikh pernikahan mereka setelah hubungan mereka didedahkan kepada umum, namun ada dua faktor yang menyebabkan mereka melangsungkan segera pernikahan pada 30 May 2011 yang lepas.

Katanya, faktor pertama ialah cadangan bercuti bersama keluarga di China minggu depan dan kedua, kelulusan untuk berpoligami diterima daripada Jabatan Islam Johor (JAJ), minggu lalu. "Sebelum ini, saya bersama tiga isteri bercadang membawa anak bercuti di China minggu depan dan kebetulan, JAJ meluluskan permohonan untuk berpoligami minggu lalu. Justeru, apa salahnya kami terus melangsungkan pernikahan bagi membolehkan Emi turut serta dalam rombongan minggu depan."
Dipetik dari : Harian Metro (2 Jun 2011)

Lawanya la bini baru kau ni Salih!


Ooooo... Itu macam ka?! Patutlah tiba-tiba saja keluar berita kata dah nikah.

Okeh! Sapa lagi nak kawin?! Sebelum tu, g solat Jumaat dulu bagi lelaki muslim tu!


Alahailah Pakcik Drebar... Napelah Kau Buat Camni Kat Aku?!

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum... Aisyemennnn... Pakcik-pakcik drebar bas ekspress ni betul-betul menguji tahap kesabaran saya ni! Dia buat lagi... Dalam masa 2 bulan ni, dalam 8 kali kot saya berulang alik Kuantan-KL-Kuantan menaiki bas ekspress syarikat yang sama. Dan setiap kali saya menaiki bas ekspress tersebut, pakcik-pakcik drebar ni, mestipasti akan menghisap rokok semasa memandu, alasan seperti dalam entri saya sebelum ni, untuk menghilangkan mengantuk! Adoiiiiiii!!!! Sakit kepala saya menghidu asap rokok mereka! Sememangnya semasa mengikuti latihan pengukuhan profesional yang diwajibkan untuk setiap pemandu sebelum dibenarkan memandu bas ekspress yang disediakan syarikat ni, mereka diajar untuk merokok ke sekiranya mengantuk semasa memandu?!

Tu dia! Sedapnya pakcik ni hisap rokok eh?!

Segar bugar dah pakcik ni. Tak ngantuk dah la eh?!

Gambar di bawah ni saya rakam ketika sedang berhenti rehat di R&R Temerloh. Yang ni adalah sticker yang ditampalkan pada cermin depan bas ekpress tersebut. Sticker ni hanya untuk mencukupkan syarat saja ye?! Ke sekadar hiasan dalaman bas ekspress ni?!

Hah yang ni banyak-banyak ni untuk apa ye?!

Pada Selasa lepas, saya sempat menghantar borang maklum balas online kepada syarikat berkenaan, namun sehingga kini masih belum ada apa-apa balasan. Tak dibalas jugak la tu jawabnya... Nanti kalau ada jawapan dari mereka, saya akan buat satu entri mengenainya. Sekian terima kasih!


Thursday, June 02, 2011

Petua Wajah Semakin Berseri

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Semua orang terutama sekali golongan wanita, pasti inginkan wajah yang sentiasa berseri-seri bukan?! Saya ingin kongsikan petua untuk mendapatkan wajah yang berseri menggunakan beras. Bagaimana?! Teruskan membaca...

CARA-CARANYA:

1. Ambil semangkuk kecil beras, basuh kemudian toskan airnya.

2. Goreng tanpa minyak sehingga hangus.

3. Tumbuk atau kisar kering sehingga menjadi serbuk.

4. Simpan di dalam bekas bertutup kedap udara.

5. Apabila hendak digunakan, ambil sedikit dan campurkan dengan air limau nipis.

6. Sapu rata pada muka dan biarkan sehingga kering.

7. Basuh muka sehingga bersih.


Isu Halal Secret Recipe : Kuatnya Penangan Internet Pasal Penyebaran Khabar Angin

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum... Berkenaan dengan posting saya sebelum ni yang bertajuk Secret Recipe?! Selama Ni Mengandungi DNA Babi?!,  terdapat komen dari seorang Anonymous (sila jangan takut sekiranya anda berniat untuk mendedahkan kebenaran, saya sentiasa menerima positif setiap pandangan pembaca saya okeh...), mengenai status kehalalan makanan tersebut, maka saya membuat semakan semula dan terus ke website Secret Recipe untuk melihat jika terdapat apa-apa maklumat mengenai cerita yang disebarkan itu. Teguran dari pembaca amat saya titikberatkan. Dari teguran itulah saya boleh memperbaiki kesilapan, kesalahan, ketidaktepatan fakta yang diutarakan dalam penulisan saya. Owh terima kasih kepada yang sudi menegur.

Susulan isu JAKIM yang menarik balik pengiktirafan status halal dua jenis produk dari jenama Puratos keluaran Puratos Malaysia Sdn. Bhd. iaitu "Talento Brownies Concentrate Secret Recipe" dan "Talento Cakes Concentrate Secret Recipe", terjadi salah faham mengenai kehalalan kek keluaran syarikat bakeri terkenal iaitu Secret Recipe. Isu ini timbul besar kemungkinan disebabkan penggunaan nama "Secret Recipe" pada kedua-dua produk keluaran syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd tersebut. Maka orang ramai membuat kesimpulan (termasuk saya) bahawa kek keluaran Secret Recipe adalah tidak halal.

Melalui pencarian maklumat yang saya lakukan sebentar tadi, hasilnya adalah seperti di bawah. Pada halaman utama laman web Secret Recipe sudah terpampang notis ini:

Notis yang terpampang di halaman utama laman web Secret Recipe.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Syarikat Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn Bhd.

Yang  ni pula kenyataan dari Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd.

Maka, bijakkan lah diri kamu untuk membuat kesimpulan okeh. Saya simpan kesimpulan saya untuk peringatan buat diri saya agar sentiasa berhati-hati dengan makanan yang dibeli di luar. Kesian Secret Recipe. Hah, betapa kuatnya penangan internet ni dalam penyebaran berita dan cerita tak kira betul atau sekadar khabar angin. Tapi saya tatap tetap mau bilang saya memang pinin2 pening-pening lalat kalau makan kek Secret Recipe tu sekaligus 1 slice tu.

Pendapat kamu bagaimana?!


Secret Recipe?! Selama Ni Mengandungi DNA Babi?!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum... Pulak dah! Selama ni duk kata kek Secret Recepi tu paling sedap la, ini la, itu la, tapi memang sedap pun. Hikhikhik... Lepas ni nak makan kek, belajar la buat sendiri. Tapi pastikan bahan-bahan yang digunakan tu jugak berstatus halal. Kalau buat sendiri pun, tapi bahan-bahan buat kek tu tak halal, sama jugak bohongnya tu!

Berikut merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh JAKIM dalam portal Halal Malaysia mengenai penemuan tersebut:

PENEMUAN DNA BABI DALAM BAHAN RAMUAN SYARIKAT PURATOS MALAYSIA SDN BHD

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd (JAKIM-20100609-123757) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan (Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder) yang digunakan syarikat tersebut. Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut:
  1. menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;
  2. mengemukakan resit pembellian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf (jika berkaitan);
  3. melakukan proses samak; dan
  4. mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.



8.  TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD. 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
30/11/2011  PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
9.  TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD. 
STATUS HALAL : Sijil Telah Ditarik Balik
30/11/2011  PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.


PERHATIAN dan PEMBETULAN


LEPAS HABIS BACA ENTRI INI, SILA BACA ENTRI INI PULA, KENYATAAN DARI SECRET RECIPE MENGENAI STATUS KEHALALAN MAKANAN MEREKA.