follower: jika widget tidak kelihatan, klik 'follow' pada navbar di atas sekali untuk follow.

Sunday, September 21, 2008

Tarawikh @ Masjid As-Syakirin KLCC



It was 19th of Ramadhan... It was my first time after 18 days of fasting, breaking fast with abg. Camni la kalau cinta jarak jauh ni! Kami berbuka kat Kg Baru, my favourite place of food hunting.. Keh! Keh! Keh! Tapi tak dapat restoran yang best pon masa berbuka.. Da tak sempat nak pilih coz masa tu lagi beberapa minit nak berkumandang azan Maghrib... Kalau selalu abg bawak aku makan kt Kg Baru tu, aku terlalu cerewet untuk memilih restoran, kali ni aku pasrah... Nak tak nak, kene gak ikut cakap abg.

Selesai berbuka, kami solat Maghrib kt Masjid Kg Baru. Rezeki kami pada hari tu dpt bubur lambuk Kg Baru yang diagihkan kepada setiap jemaah yg solat di masjid tuh... Dulu asal masuk jer bulan puasa, kt Kg Bharu ni famaous dgn bubur lambuk Kg Baru. Nak la jugak aku merasa, sedap sgt ke bubur tu... Tp actually, not my taste la.

After solat Maghrib, aku ngan abg bergegas pulak ke Masjid As-Syakirin KLCC untuk menunaikan solat sunat terawikh. It was my first time solat terawikh kt masjid ni... Boleh tahan gak masjid ni. Nampak exclusive je kt ruang solat tu. Siap pakai aircon tu... Dah siap solat terawikh, abg hantar aku balik umah ayah. Sampi situ jer la untuk ari tu...


Kad Raya Iftar Mahabbah

Again, hand made kad raya... Kad raya ni utk sesi kad raya exchange masa iftar mahabbah ramadhan anjuran Persatuan Pelajar Pasca Siswazah FKKSA, UMP. Bleh jer beli yg ready made, tp tak best la pulak klu yang beli...


Virtualfriends.net

Virtualfriends.net, "Where People Meet"! Tempat aku selalu lepak kt internet, ni la laman komuniti tuh... My point is reaching 44,444, tu yg aku amik gambr ni.. Tak sangka, da lama giler aku join community wed ni... Just imagine, since 2003. Da nak masuk 5 taon rupanya... Tapi bru 2 kali join aktiviti anjuran dorang.. Kira ok la tu :P


Self Made Invitation Card

Kad jemputan ni sempena Iftar Mahabbah Ramadhan (majlis berbuka puasa daaaa) anjuran Persatuan Pelajar Pasca Siswazah Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli, Universiti Malaysia Pahang. Ni hasil keje Fiza... Dia la yg bersungguh-sungguh design kad jemputan ni pakai Microsoft Publisher. Pastu, printnyer kt luar... Klu background kaler ijau lagi comel kad ni.. Nyway, ni pon kira ok la ni. Tak pernah lagi, event kecil-kecilan cmni dpt kad jemputan yg havoc cmni... Takde la havoc sgt pon, tp ok la ni...


Menang Duit Raya


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kui kui kui... Sungguh tidak saya sangka okeh boleh menang ini duit raya! Ingat lagikah hand made kad raya yg saya buat dulu sempena Majlis Berbuka Puasa VF Central 2008? Memang tak terlintas d fikiran langsung, kad sy akan menang. Da rezeki sy kot ari tuh! :P

My hand made kad raya :D

Duit raya from VF. RM10 jer actually. Kira ok la tu :P Bkn nilai, tp penghargaan tu yg penting... :P

Kad raya exchange, ni yg sy dpt. Thanks la, kepada saper2 yg bg ni okeh!


Basic Engineering Lab


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Time wat master degree ni pon, kene wat keje2 part time gak! Ni la subject yang sy kene ajar sejak dilantik menjadi Teaching Assistant kt UMP ni... Senang jer. Cos ajar amali jer... Klu kene ajar tutorial tuh, mang pening pala gak la. Tapi yg tension nya, tiap2 minggu sy harus marking report budak2 n, untuk 2 kelas... Adoiiiiiii.... Bkn takat tu jer, nak tanda kuiz lg! Takper2, tinggal 2 mgu jer lg. Pastu, abih la utk semester ni...


Ramadhan Kuantan Parade

Menjelang hari raya, kat mana2 shopping compleks, da jadi tradisi utk melakukan sale sana sale sini... Kuantan Parade tak terkecuali...






Bukak Pose @ Padang MPK


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Tak tau la since when menjadi tradisi org2 Kuantan ni untuk berbuka puasa kt padang MPK ni. Da 5 taon lebih duduk Kuantan, this was my first time la berbuka kt sini... Petang tu, mang sangat meriah suasana kt padang ni. Family, friends, couples, dan mcm2 org duduk kat padang ni menanti azan Maghrib berkumandang dr corong Masjid Negeri... Suasana seperti berkelah pon ader.. Yang famili, siap bawak periuk nasik, pinggan, cawan... Siap bentang tikar picnic lg tuh! It was my first experience la. Seronok gak sekali sekala rasa suasana camtuh!

Kak Ina, Me and Saiful Azman, menanti utk berbuka puasa...

Seawal kul 6pm, da ramai org duduk kt padang ni...

Bazar Ramadhan kt tepi padang ni jer, lepas beli juadah berbuka, leh duduk trus kt padang ni.

Masjid pon bersebelahan dgn padang ni gak, so mang convinience.. Mudah. Pas berbuka, tak yah kelam kabut nak carik masjid.

Ehemmmm.. No komen la, kitorg ni mang pantang dpt peluang bergambar, asyik nk snap jer :P

Menjelang waktu untuk berbuka, org semakin ramai duduk kt padang ni.

Muka sy yang selebet, tak sabar nak mamam!

Still leh senyum lgik :D

Kebab, nampak mengerikan skit... Tu sos cili, mayonis and black pepper sauce.. Tp sedapla!

Da berbuka da.... Aaaaaaaaaa, bismillahirrahmanirrahim..... ngappp!!!


Dinner @ Mail Ikan Bakar

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Restoran ni letaknya kt simpang menghala ke Masjid Tg Lumpur. Kat sini, dorg kata makanan seafood dia best... Contoh, ikan bakan, lala bakar, sotong goreng tepung, dll. Istimewa, sambal cecah ikan bakar dia tu... Murah pon, murah... Harga makanan kt restoran ni, klu weekend (kira peak hours la ni), dia akan charge mahal.. Klu weekdays, harga makanan dia murah... Aku tak tau la plak betul ke tak, sbb x pernah lg g mkn masa hujung minggu. So x dpt la nak compare... Dengar kta org jer. Tapi bab2 sup2 or tomyam kt sini, x berapa nak best lak.

Menu simple jer.. Tak mampu nk order manyak, satg x terbayar lak! Lagipon, mkn bertiga je, cukup la ni....

Sotong goreng tepung... Boleh tahan gak la sedap dia! Tepung dia ni sedap.

Ni ikan aper ek? Maaf agak gagal skit bab2 mengenal jenis2 ikan ni.. Yang sy tau, ikan sumer nmpk sama jer... Sambal dia ni, mang sedap... For me la, tatau la plak selera org lain cmner?

Slurrrrrrrrrrppppppp!!!!! Nyum2! My capuccino ice-blended.. Sadap oooo....


Jalan2 @ Teluk Cempedak

TC at 7.15pm... Da nak maghrib da.. Still duk lg kt pantai ni... Ishhkkkk!!!!

Me and budak kecik @ TC, having our meals from McD.. My favorite, fries and chocotop :P



Baru nak kuar ni....


Putrajaya Marriot Hotel

On 10 September 2008 lepas, ader interview NSF by MOSTI kt sini.. Abih interview tu, g la pusing2, round2 hotel ni... Sangat cantik ini hotel... Harga bilik pun musti sgt cantik! Hik3!

Pemandangan dr parking lot depan hotel Marriot...


Masjid Wilayah Persekutuan

Gambar dr dataran kt tgh2 masjid....

Cantik kan?!

Kt dewan ni la Dato' Siti nikah! ;))

Sy yg ketiadaan kerja while tgu abg sy selesai solat terawih.. Sdg on leave pose ari ni.. Hik3!


Ustat's Wedding


31 Ogos 2008 (Ahad) - Besnyer tarikh yg ustat pilih utk majlis persandingan dia ek! Senang nak ingat. Pastu, klu nk celebrate ulang tahun perkahwinan pon senang. Tak yah susah susah nak apply cuti, da mang cuti umum da tarikh tu sampai bila2 taon pon....

Tak sangka tul, jodoh dia sampai lebih awal dr sy! Dah la umo dia muda 2 taon dr sy, pastu masih blaja plak tu, leh jugak dia kawen ek! Tu la dikatakan, jodoh tu di tangan Allah. Takde sapa boleh halang ia terjadi... Sy jugak la, yg masih menanti da menanti...

Harus ader gambar ngan pengantin baru ni!

Kawan sampai mati! Macam pernah dengar ayat itu, tp di mana ya?! :D


Saturday, September 13, 2008

Handmade Kad Raya

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Next week saya ader Majlis Berbuka Puasa VF Central.... Tuan pengerusinya majlis mau buat aktiviti tukar2 kad raya pulak! Klu boleh buat kad raya sendiri... Adoiii la! Saya ini buta kreativiti, mau suruh sy buat kad raya pulak! Takpe2, saya try dan try dan try....

Bahan asas.. Oleh kerana ketiadaan kadbod, ketiadaan kad manila, ketiadaan kertas yg keras sket, so sy guna la kotak bekas external hard disk ini....

Antara bahan mentah yang ader dlm bilik time ni.. Sy utilize jer la sumer.. Apa nak jadi, jadilah...


Keadaan bersepah meja sy. Time ni on going progress wat kad raya...


Yea! Yea! Da siap.... Nampak cam sweet jerr... Simple, tp 6 jam gak sy amik masa utk siapkan ni! Dari kul 11.30 mlm smpi kul 7 pg besoknyer tau!


Tapi inner dia cm tak best la pulak. Sy tengok cam dak skolah rendah jer punya keje ni! Mesti adik sy gelak tgk kakak dia yg da masuk U ni wat keje skolah rendah dia camni! Kui kui kui...


Da siap! Dgn keadaan meja sy yg bersepah!

Can u see tat, kul 7.15 pg gmbr ni sy tangkap. Time ni baru siap buat kad raya tu. Time to sleep!


Buke Pose @ Permatang Badak

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

The event took place at Permatang Badak, Kuantan, Pahang. Tidak berapa pasti nama tempat makan ni... Rasanya macam tidak pernah lg makan di sini. Tapi ada banyak gerai makan. Banyak pilihan... BUt mostly mknn dia tak sedap.. Huhuhuhu...

Lai Chee Kang ais... Nampak menarik. Tapi tak byk sgt isi... I mean, x variety!

Orange Juice... Sebok plak budak kecik ni nk interprem!

Kuey Teow goreng kerang... Cam kuey teow goreng biasa je...

Nasi Goreng Paprik... Tgk pon saya tak berselera...


Char Kuey Teow... Tak best langsung! Tak nmpk cm char kue teow pon.. Nampak cam kue teow bandung je..

Hotdog Special?! Special la tu, isi kt luar, pastu roti pkai roti burger... Blh plak tokey kedai tu kata, dorg slh beli roti hotdog tuh! Kelakar plak buyinyerrr! Kui kui kui...


Kentang Goreng... Yg ni rasa cm kentang goreng gak!